BLURB

1.3K 16 0
                                    

Noah Iskandar tidak pernah menyangka bahawa hubungan yang terjalin selama tujuh tahun berakhir hanya beberapa hari sebelum hari bahagia mereka tiba. Akan tetapi, perkahwinan itu tetap akan diteruskan atas alasan ingin menjaga maruah keluarga serta reputasi syarikat.

Namun siapa sangka, gadis yang dahulunya hanya rakan sepermainan sudi menghulurkan bantuan dan kini bakal menjadi isterinya.

"Jangan risau. Kalau kau tolak pinangan tu, aku akan cuba back up kau." ‐ Noah Iskandar

"Tapi betul ke kau boleh selamatkan aku daripada mamat tak betul tu? Aku tak nak jumpa dia lagi." ‐ Sufi Nur Humaira.

Rupanya Sufi menerima pinangan itu bersebab. Dia bersetuju kerana ingin melindungi diri daripada bayangan bekas teman lelaki yang tidak berhenti menghantuinya.

Tanpa mereka sedar, benih-benih cinta mula tersemai di hati masing-masing.

"Aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku betul-betul dah jatuh sayang dengan kau." - Noah Iskandar

"Aku pun sayangkan kau, Is. Dari awal lagi aku dah serahkan hati ini sejak kau bergelar suami aku." - Sufi Nur Humaira.

Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama tatkala bekas tunang Noah, Bella kembali untuk menuntut cintanya terhadap lelaki itu. Malah, kehadiran Bella umpama racun yang perlahan-lahan meracuni hubungan Noah dan Sufi.

"Pergilah, Is. Awak buat saya semakin sakit." - Sufi Nur Humaira.

"Abang berharap agar takdir akan satukan kita semula. Andai kata keadaan masih sama, abang akan tunaikan permintaan sayang." - Noah Iskandar

Takdir menemukan mereka kembali, di masa dan tempat yang tak terduga. Akan tetapi, kata-kata Bella semakin membarah di hati Sufi. Sementelah, kejadian yang telah menimpa Noah menyebabkan wanita itu nekad untuk berundur daripada perkahwinan ini.

"Keadaan kita masih sama. Abang masih ingat lagi dengan janji abang empat tahun lepas? Jadi, tolong tunaikan janji abang." - Sufi Nur Humaira.

"Janji dengan abang, tolong bahagiakan diri sayang. Jangan menangis lagi sebab abang tak dapat temankan sayang lepas ini." - Noah Iskandar.

Apakah perjalanan takdir mereka benar-benar ternoktah di sini?

KAU, TAKDIR TERINDAH (TERBIT)Where stories live. Discover now