"Sayang, buka lah pintu!"
Yeseo masih kaku di tempatnya walau sudah banyak kali pintu diketuk oleh Hyunjin. Dia tiada niat untuk membuka pintu buat lelaki itu.
"Lee Yeseo!"
Terhinjut bahunya bila pintu disepak oleh lelaki itu. Mungkin Hyunjin sudah hilang sabar setelah hampir setengah jam dia di luar.
"Buka Yeseo! Atau I pecahkan pintu rumah You!"
Yeseo mula diserang rasa takut. Dia segera mencapai telefon bimbitnya di atas meja ruang tamu. Nombor Jaemin dicari.
"Jaemin ah-,"
"Yaa!"
Terus terlepas telefon di tangannya bila Hyunjin muncul tiba-tiba. Dilihat pintu rumahnya sudah rosak akibat tendangan lelaki itu.
"Susah sangat ke You nak buka?" soal Hyunjin.
"Hyunjin ah," Yeseo mengundur ke belakang bila Hyunjin menghampiri.
"You kenapa? Takkan sebab I cancel dinner kita semalam You terus nak jauhkan diri dari I? Huh?"
Yeseo jatuh terduduk di sofa.
"You tipu I kan? You ingat I tak tahu You dengan Lia buat apa semalam?" soal Yeseo.
Hyunjin terkedu mendengar itu. Namun selepas itu dia tertawa pula.
"Haish, jadi You dah tahu lah ni?" soal lelaki itu sinis.
"I patutnya dengar cakap orang yang You ni memang lelaki tak guna. Sekarang ni I nak You keluar dari sini,"
"Kalau I tak nak?" soal Hyunjin.
"Gila! Keluarlah!" jerit Yeseo sambil dia berdiri.
"Berani You halau I!"
Pipi Yeseo ditampar kuat membuatkan gadis itu kembali jatuh ke sofa.
"You ingat You siapa boleh arah I sesuka hati hah?" Hyunjin menindih tubuh kecil itu.
"Pergilah!" Yeseo cuba menolak namun gagal.
"You nak tahu I buat apa dengan Lia semalam? Sini I tunjuk," Hyunjin ketawa perlahan.
Baru sahaja tangannya ingin menyentuh Yeseo, bahunya tiba-tiba ditarik dari belakang.
"Jantan tak guna!"
Bukkk!!!
Terus terjatuh Hyunjin akibat wajahnya yang ditumbuk kuat itu. Dan kepalanya terhantuk sedikit pada meja kecil di situ dan dia terus tidak sedarkan diri. Yeseo yang melihat itu segera memandang si pelaku.
"Jaemin ah," air matanya laju mengalir.
YOU ARE READING
Wish
Fanfiction"My wish is for you to always be happy," Start|13/8/2022| End|13/8/2022|