Jaemin tersenyum mengenangkan yang hari itu adalah hari lahirnya. Hari yang dinantikan setiap tahun olehnya kerana dia akan meluangkan masa bersama Yeseo pada hari istimewa tersebut.
Telefon bimbitnya dicapai dan nombor Yeseo didial. Tidak menunggu lama, panggilannya dijawab oleh gadis itu.
"Kek coklat atau red velvet?" soal Yeseo di hujung talian.
"Hmm coklat," tidak menunggu lama dia membuat keputusan.
"Okay. Lagi dua puluh minit aku sampai," ujar Yeseo sebelum dia memutuskan talian.
Jaemin tersenyum. Dia kemudian membuka laci di almari soleknya. Satu kotak baldu bewarna biru dicapai dan dibuka.
Dia mengusap buah rantai yang berbentuk hati itu. Yang dibeli olehnya semalam sewaktu dia tidak sengaja terpandang perhiasan itu saat menemaninya rakannya Haechan yang ingin membeli hadiah buat tunangnya.
Dan atas cadangan Haechan juga, lelaki itu menyuruhnya untuk meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Yeseo.
Ya. Selama ini dia menyimpan perasaan terhadap Lee Yeseo, sahabat baiknya sendiri. Sejak mereka pertama kali berjumpa sewaktu keluargnya berpindah ke kawasan rumah Yeseo lagi.
Selama ini dia sedaya upaya menyimpan perasaannya kerana risau Yeseo akan menjauhinya. Malah rasa sakitnya ditahan setiap kali melihat Yeseo bertukar teman lelaki.
"Kau kena luahkan semuanya malam ni Na Jaemin,"
Dia meyakinkan diri sendiri. Kotak itu disimpan di sebalik jaketnya bila dia mendengar bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah.
Sebaik sahaja dia turun ke bawah, dilihatnya Yeseo sudah meletakkan kek ke atas meja makan bersama makanan lain yang dimasak olehnya sendiri.
Itulah rutin mereka di hari jadi keduanya jika mereka tidak pulang ke rumah keluarga masing-masing. Menghabiskan malam hari lahir mereka sehingga hari baru berganti.
"Jaemin ah,"
Dia mengambil tempat di hadapan Yeseo. Baru sahaja gadis itu ingin meletakkan lilin ke atas kek, telefon bimbitnya berbunyi.
"Sekejap,"
Yeseo meminta diri membuatkan Jaemin sedikit keliru kerana selama ini gadis itu tidak pernah menjauhinya bila ingin menjawab panggilan telefon.
Namun perasaan itu ditepisnya. Sehinggalah Yeseo muncul kembali dan duduk di hadapannya.
"Siapa yang call?"
"Yohan Oppa,"
Terkedu Jaemin seketika.
"Oppa?" soalnya.
Yeseo mengetap bibirnya dan mengangguk perlahan.
"Kitorang-,"
"Cepat betul korang rapat kan? Hyung nak apa? Takkan hari cuti pun call kau? Bukan ke dia sekarang ada kerja kat luar daerah?" soal Jaemin bertubi-tubi.
"Oppa beritahu yang dia dah nak sampai,"
"Eo? Kenapa bagitahu kau?" makin keliru Jaemin dibuatnya.
"Jaemin ah, sebenarnya-,"
"Apa?"
"Yohan Oppa lamar aku semalam. Dan, aku terima lamaran dia,"
YOU ARE READING
Wish
Fanfiction"My wish is for you to always be happy," Start|13/8/2022| End|13/8/2022|