07

96 23 4
                                    

Yeseo keluar dari perut teksi setelah kereta itu berhenti di luar rumah Jaemin. Setelah mengucapkan terima kasih pada pemandu teksi itu, dia melangkah masuk ke kediaman milik Jaemin itu.

Tidak perlu mengetuk pintu terlebih dahulu, dia lantas memasukkan kod keselamatan pada pintu utama rumah milik sahabat baiknya itu.

"Jaemin ah!" panggilnya dalam keadaan nafas yang tidak begitu stabil.

Semuanya disebabkan dia yang sedang menangis. Menangis kerana mendapat tahu yang Hyunjin bakal berkahwin dengan Lia yang merupakan adik tiri lelaki itu sendiri.

"Na Jaemin!"

Dia berjalan ke dapur dan tepat seperti jangkaannya, Jaemin sedang berdiri di sinki, mungkin sedang mencuci pinggan.

"Yaa!"

Dia memeluk lelaki itu dari belakang dan mendaratkan kepalanya di belakang badan lelaki itu sambil kembali menangis. Kebiasaan dia setiap kali dia ingin meluahkan masalahnya.

"Hyunjin dengan Lia nak kahwin. Baru sebulan kami putus. Nampak sangat selama ni dia sebenarnya memang tengah bercinta dengan Lia kat belakang aku," adunya dalam esakan.

"Memang lah aku dah putus dengan dia. Tapi tetap juga aku sedih. Hampir setahun aku bercinta dengan dia. Dia siap janji nak kahwin dengan aku lagi. Tapi rupanya dia penipu!" tangisnya lagi.

"Yaa, kenapa kau tak cakap apa-apa ni?"

Yeseo akhirnya meleraikan pelukan. Pelik kerana Jaemin tidak memujuknya seperti selalu sebaliknya lelaki itu hanya kaku berdiri di situ.

"Yaa, kau-,"

"Lee Yeseo? Kau buat apa?"

Terus Yeseo berpaling dan jantungnya hampir gugur saat melihat Jaemin yang baru muncul dengan pakaian kerjanya.

"Kalau kau baru balik. Habis tu siapa-arghh!"

Terus dia berundur ke belakang bila melihat wajah 'Jaemin' yang di sinki tadi.

"Encik Yohan?"

"Dah puas menangis?" soal Yohan.

Dia mencapai kotak tisu dari meja makan lalu dihulur pada Yeseo. Dengan wajah yang membahang, Yeseo menyambut sambil dia tidak berhenti memaki diri sendiri.

"Saya naik dulu lah,"

Yohan meminta diri.

"Yaa! Kenapa tak cakap kau belum balik?" soal Yeseo pada Jaemin.

"Mana lah aku tahu kau nak datang rumah aku! Kebetulan Yohan Hyung tumpang rumah aku seminggu ni sementara nak tunggu paip bocor kat rumah dia nak baiki," beritahu Jaemin.

"Haish, malunya aku. Macam mana aku nak hadap muka dia kat pejabat nanti?" rengek Yeseo.

Sementara itu, Yohan yang sebenarnya masih belum mendaki anak tangga itu tersenyum nipis kerana dia dapat mendengar dua orang sahabat itu.

"Comel," pujinya sebelum dia meneruskan langkah.

Wish Where stories live. Discover now