03

117 26 10
                                    

"Terima kasih sebab beri kerjasama,"

Jaemin menunduk ke arah pegawai polis yang membawa Hyunjin pergi itu. Setelah itu, dia kembali masuk ke dalam rumah.

"Yeseo yaa,"

Dia mendapatkan Yeseo yang sedang duduk di sofa itu. Gadis itu masih dalam keadaan yang sedikit terkejut dengan apa yang terjadi.

"Gwaenchanha?" soal Jaemin.

Perlahan kepalanya digelengkan.

"Aku patut dengar cakap kau dengan orang lain waktu diorang bagitahu yang Hyunjin tu bukan lelaki yang baik. Kalau kau tak datang tadi, aku dah-,"

Yeseo tidak mampu menghabiskan ayatnya. Membayangkannya sahaja sudah cukup membuat dia rasa takut.

"Benda dah jadi pun Yeseo. Jangan cakap lagi. Jangan ingat lagi semua yang berkaitan dengan lelaki tak guna tu," bahu Yeseo dipeluk.

"Gomawo Jaemin ah,"

Jaemin tersenyum mendengar itu. Kepala Yeseo diusap manja.

"Kan aku pernah cakap, aku akan selalu ada untuk kau,"

"Bertuah betul aku sebab jadi best friend kau. Girlfriend kau pula nati seribu kali lebih bertuah sebab ada lelaki protective macam kau," puji Yeseo.

Jaemin sekadar tersenyum nipis.

'Lagi untung kalau kau lah orang bertuah tu Lee Yeseo,' ujar Jaemin di dalam hati.

"Oh ya, pintu kau tu aku dah call orang untuk betul kan. Tapi paling awal pun esok baru diorang boleh datang,"

"Haish, kenapa lah dia kena rosakkan pintu tu?" rungut Yeseo.

"Kalau macam tu, apa kata kau ikut aku balik rumah hari ni? Kau pun dah lama kan tak lawat parents kau kan?" cadang Jaemin.

Sebenarnya dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumah keluarganya saat dia menerima panggilan dari Yeseo tadi.

"Idea yang bagus. Tunggu sekejap, aku pergi bersiap,"

Wish Where stories live. Discover now