Siapa sangka, kejadian di rumah Jaemin tempoh hari merapatkan lagi hubungan Yeseo dan Yohan. Ini kerana Yohan berterusan mengusiknya di pejabat.
Dalam tidak sedar, sudah hampir tiga bulan dia bekerja sebagai setiausaha Yohan. Dan minggu itu merupakan minggu terakhir, memandangkan cuti Irene sudah tamat dan ibu muda itu akan mula bekerja pada minggu hadapan.
Dan tengahari itu, Yohan mengajak Yeseo untuk makan tengahari bersama. Selalunya mereka akan makan di restoran berdekatan dengan pejabat sahaja. Tetapi hari itu, Yohan membawanya ke restoran yang lebih jauh dari biasa.
"Encik Yohan, tak rasa macam over sangat ke makan kat tempat macam ni?"
Yeseo memandang restoran yang berkonsepkan garden itu. Kawasan meja makan berada di tempat terbuka yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga.
"Kenapa pula? Awak tak suka?" soal Yohan.
Yeseo laju menggeleng.
"Suka. Cantik dan tenang je. Macam tempat orang dating pun ada juga," komen Yeseo.
"Baguslah kalau awak suka," ujar Yohan.
Dia kemudian memanggil pelayan dan membuat pesanan. Sementara menunggu makanan mereka sampai, mereka mula berbual.
"Yeseo, boleh saya tanya sesuatu?"
"Apa dia?"
Yohan berdehem kecil sebelum mengutarakan soalannya.
"Awak dengan Jaemin tu, ada apa-apa hubungan istimewa ke?"
Tergelak Yeseo mendengar itu.
"Saya dengan Jaemin tu kawan baik je. Kami kenal dari umur kami lima belas tahun. Kitorang rapat dah macam adik beradik. Takkan lah saya nak bercinta dengan dia. Kenapa Encik Yohan tanya?"
Yohan diam seketika sebelum dia memandang Yeseo penuh makna.
"Sebab saya nak pastikan yang awak betul-betul single,"
"Sebab?" soal Yeseo keliru.
"Sebab saya dah mula sukakan awak Lee Yeseo. Awak sudi tak jadi pelengkap hidup saya?"
YOU ARE READING
Wish
Fanfiction"My wish is for you to always be happy," Start|13/8/2022| End|13/8/2022|