1 : 𝚑𝚎𝚊𝚛𝚝𝚋𝚛𝚎𝚊𝚔𝚎𝚛

86 4 3
                                    

" WAFIEY KAU NI ALAHHHH " Jerit Aira apabila kembarnya , Azwafiey Jung atau nama koreanya , Jung Wooyoung merosakkan awning tudung Aira .

" Aira , suara tu " amaran Encik Aiman apabila mendengar anak perempuannya meninggikan suara

" maaf ayah " ujar Aira sambil menggarukan kepalanya. Dia kemudian berdiri dihadapan cermin untuk membetulkan awningnya yang sudah tidak jadi dek kerana sikap abang kembarnya yang begitu hawnat .

Jung Aira atau Aira Jung ,, merupakan seorang perempuan kacukan melayu dan korea dan Mempunyai kembar tidak sejantina , Jung Wooyoung , atau nama islamnya , Azwafiey Jung .

Bapanya orang melayu tulen , manakala ibu mereka pula orang korea selatan , telah meninggal dunia semasa mereka berumur 15 tahun .

Kini , Encik Aiman yang mendidik anak anak kembarnya itu setelah kematian isterinya .

" Wafiey , Takpayah lah! " marah Aira lagi apabila Wafiey sengaja menarik tudung Aira setelah dia selesai membetulkan tudungnya .

" panggil aku wooyoung laa , kita bukan dekat kampung punn "  ujar Wafiey. apa yang dimaksudkan olehnya adalah , kampung mereka di malaysia , dimana mereka perlu memanggil nama islam masing² untuk mengelakkan dari tersasul .

" whatever , aku lagi suka panggil kau wafiey " ujar Aira . Wafiey memuncungkan mulutnya . Mahu saja Aira melempang kembarnya seratus lapan puluh darjah.

" Wafiey, behave please " Tegas Encik Aiman berkata apabila anak lelakinya itu tidak reti duduk diam. Terus Wafiey berhenti dari kacau Aira.

" Dah solat subuh kan Wafiey? " Soal bapanya lagi. Terus Wafiey memandang bapanya dengan dahi yang kerut.

" Dah.....? "

" Okay "

" Aira taknak tanya pulak?? Woo taknampak pun dia ambil wudhu' " soal Wafiey, mengprotest.

" Aku cuti , wanita kan " Jawab Aira pantas, membuatkan remaja yang hampir meningkat dewasa itu memuncungkan mulutnya.

" Sudah sudah . Dah breakfast kan? Dah cepat pergi Kolej nanti lambat masuk kelas pula " Encik Aiman meletakkan kunci kereta pada tangan Wafiey setelah mereka sudah bersiap sedia untuk ke Kolej mereka.

" Yeay harini aku bawak~ " ujarnya pada Aira, seperti menganjing.

" Kau bawa kereta jangan sampai ke rahmatullah ye , bawa elok elok " Amaran Aira, membuatkan kedua dua bidadaranya ketawa.

" Pergi dulu Ayah " Wafiey salam tangan Encik Aiman , begitu juga dengan Aira.

" Kalau apa apa , Ayah dekat cafe kita tau " Ucap bapanya sebelum dua kembar itu bertolak ke tempat pengajian mereka bersama.

.

.

.

korean
malay

" Kau habis kelas pukul berapa? " soal Wafiey sambil membuka tali pinggang keledar di dalam kereta, mereka berdua keluar dari kereta dan dia mengunci kereta tersebut.

" Lepas zohor. Kau? " soal Aira balik, membuatkan kembarnya itu melihat ke arah jam.

" Pukul 12. Aku tunggu kat cafeteria jela nanti pandai pandai lah cari aku eh " Ujar Wafiey lalu menggosok kepala adik kembarnya itu.

" Kau selalu buat ceni macam aku muda 5 tahun dari kau je padahal 5 minit " Aira menepis tangan Wafiey setelah baru sedar yang tudungnya hampir serabai— oh ada udang disebalik batu

" Hehe byee " mereka berdua masuk ke dalam bangunan kolej mereka mengikut aliran yang diambil. Setelah beberapa minit Aira berjalan, akhirnya seseorang menegurnya.

" Airaa~ " sapaan itu membuatkan Aira berpusing kebelakang.

" Oh— hi Hyun! " Lambainya pada sahabat karibnya.

" Cantiknya style hijab kau harini, suka aku tengok setiap hari! " puji Hyun, Aira memukul bahunya perlahan.

" Biase je ni , dahla jom masuk kelas " Aira menarik rakannya masuk ke dalam bilik kuliah. Setelah kelas pertama selesai, mereka berdua menuju ke perpustakaan universiti mereka.

" Kau tahu tak, Seonghwa mart bad boy tu baru ni dia mainkan perasaan perempuan lagi " ujar Hyun, gadis ni mana takpernah takda berita dan gosip panas. Ada saja yang nak diceritanya pada Aira.

" Serious ah?!– okay tak terkejut, mamat tu memang macam tu jelah sampai mampus takpernah berubah " balas Aira, dia menyandarkan dirinya pada kerusi sambil menyilangkan kedua dua tangannya.

" Tapi kau tak rasa ke Park Seonghwa yang kita tengah kata ni.... dia agak hot? kau tak rasa ke yang di attractive?? " soal Hyun sambil meletakkan dagunya di atas tangannya yang berada di atas meja.

" Pftt.... Seonghwa? Park Seonghwa?? weh abang kembar aku lagi handsome lah " pantas Aira menjawab.

" ehem ehem " seseorang berdehem membuatkan Hyun dan Aira segera menoleh ke belakang mereka.

" Apa tadi? kau nak cakap yang wooyoung lagi handsome dari aku? tch , kelakar" ujar makhluk yang secara tiba-tiba berada disitu.

Panjang umur dia- gelabah Hyun apabila Seonghwa menyedari yang mereka sedang mengumpat tentang dia.

" Betul lah, Wafiey lagi handsome dari kau. Kau tu dahla hauk lepastu suka kacau aku masa kita satu kelas dulu " jujur Aira membuatkan Hyun terus menutup mulut rakan baiknya itu.

" yelah potato " terus Seonghwa menarik sedikit tudung Aira sehingga membuatkan kepala aira terkebelakang. Seonghwa ketawa lalu terus beredar.

" Aishh shib– astaghfirullah, biadab betul mamat tu " ujar Aira lalu membetulkan semula tudungnya yang senget.

" Kau pun! kroni dia dahla ramai, kau macam nak ajak gaduh pula dengan dia " jujur kata Hyun agak gerun dengan si Seonghwa, bukan kerana dia fikir apa yang Seonghwa akan buat pada dia, tetapi peminat-peminat gilanya yang sanggup buat apa sahaja demi menarik perhatian lelaki itu.

" Aku tak kisah pun sebab dia kawan woo lepastu bapak dia kawan bapak aku " balas Aira. Sehanat-hanat wooyoung si kembarnya, dia takkan biarkan orang lain mengganggunya.

" Baguslah macamtu, jom masuk kelas. lagi berapa minit nak mula " Hyun bangun dan diikuti Aira

.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now