7 : 𝚋𝚊𝚌𝚔 𝚝𝚘 𝚔𝚘𝚛𝚎𝚊

13 2 3
                                    

"akh!!" jeritnya apabila lengan dan pipinya terseret pada kayu kayu dan batu. Dan akhir sekali, dia terjatuh ke dalam sungai yang dibahagian dalam itu.

"Alamak alamak apa aku kena buat ni...." Adam cemas, segera dia ke arah Wafiey dan Johan yang sedang mandi di bahagian satu lagi.

"WAFIEY!!! JOHANN!!!" Jeritnya. Wafiey dan Johan memandangnya. "Kau kenapa jerit jerit??" soal Johan.

"A-Aira!!! Aira jatuh kat sana!!!" Jerit Adam lagi dan menunjukkan jarinya ke arah tempat Aira jatuh , membuatkan semua membulatkan mata. Wafiey memandang Seonghwa.

"Seong..... Aira lemas kat sana-" belum sempat dia habiskan ayatnya dalam bahasa korea, Seonghwa terlebih dahulu bangun dan berlari ke arah tempat yang ditunjukkan Adam.

Tanpa rasa was-was, Seonghwa melompat masuk ke dalam sungai yang airnya deras. Dia melihat badan Aira yang sudah terapung hampir dibawa air, tetapi tersekat akibat kaki Aira tersangkut di dahan pokok yang berhampiran.

"Aira!!" Seonghwa segera mendapatkan Aira yang sudah tidak sedarkan diri. Dia kemudian perlahan meleraikan kaki Aira dari disepit oleh dahan tersebut. Aira dibawanya ke darat. Selepas itu, pertolongan cemas dilakukan.

Seonghwa menekan dada Aira beberapa kali. Selepas respon tekanan dada itu kurang memuaskan, hanya ada satu cara sahaja.

"Hwa!" jerit yang lain dan berlari ke arah dia dan Aira yang terbaring.

"Sorry Aira, aku kena selamatkan nyawa kau" Terus Seonghwa melakukan CPR, mouth to mouth bagi menyelamatkan Aira. Terkejut yang lain

"Weh weh kau tak boleh buat kat dia, haram-"

"Takpe biar aku je yang berdosa, bagi semua dosa dia dekat aku, asalkan aira selamat" respon Seonghwa dan terus menghembuskan oksigen untuk mengepam semula paru-paru Aira.

"Dalam darurat begini, aku rasa tak salah untuk buat demi selamatkan nyawa, wafiey" Johan berkata . Beberapa saat kemudian, Aira terbatuk dan mengeluarkan Air sungai yang banyak ditelannya.

"Syukur Alhamdulillah....." Taqim lega. Tasya masih terkejut, begitu juga dengan Adam. Segera Seonghwa memeluk Aira erat. "thanks god kau selamat....." bisiknya. Sedar akan perbuatan itu, Wafiey terus menarik Aira manakala Johan menarik Seonghwa.

"Eh Eh kau! tu haram eh" ujar Wafiey lalu membuka tudung sarung Aira supaya oksigen dan angin dapat masuk. Tudung itu Wafiey tutup rambut aira.

"Jom semua masuk kereta , kemas lepastu balik" Ajak Taqim. Yang lain bangun dan segera mengemas.

"Akh....Kaki aku woo" adunya. Seonghwa mengoyakkan baju t-shirt yang dipakainya lalu membalut kaki Aira. "biar aku tolong angkat dia" Seonghwa membantu mengangkat Aira yang dalam keadaan separuh sedar itu.

Tanpa membuang masa, Taqim terus pecut ke Klinik utama Kampung Mangga.

.

"Aira....Ayah risau sangat kalau apa apa jadi dekat puteri kesayangan ayah ni" ucap Aiman lalu mengusap kepala Aira yang sedang terbaring di atas katil hospital. Hospital kampung yang cukup kelengkapan untuk merawat pesakit-pesakit yang dimasukkan ke situ.

"Maaf Ayah....Woo takjaga Aira....Woo bukan abang yang baik..." Wafiey menunduk. Aiman menggelengkan kepalanya lalu menepuk belakang Wafiey perlahan. "Ini bukan salah wafiey, ni semua Allah dah aturkan, lagipun Aira selamat , itu yang kita patut bersyukur" ujar Aiman lagi.

Hampir sahaja dia menangis melihat adik kembarnya yang sedang terbaring itu. "Tapi woo cuai- woo-"

"Sudah tu Azwafiey Jung, bende yang dah lepas biarkan lepas, okay?" Aiman senyum dan menepuk belakang Wafiey dengan lembut. "Ayah tunggu kat luar tau, Wafiey jaga Aira okay?" Aiman keluar dari bilik yang Aira ditempatkan. Usai dia menutup bilik itu, terus dia memegang dada akibat terkejut seseorang diluar.

"Astaghfirullah hal Adzim..... Seonghwa , kamu terkejutkan ayah je tau" ucapnya. Seonghwa menundukkan sedikit. "sorry ayah tapi saya ada benda nak bagitahu...." Aiman melihat riak wajah Seonghwa agak serious.

"Apa kata kita pergi dekat kantin bawah dan kamu cerita apa yang nak bagitahu. Lagipun Ayah nak beli makanan untuk Aira" Seonghwa mengangguk lalu mengikuti lelaki yang berusia 48 tahun itu menuruni tangga untuk ke kantin di Hospital itu.

Setelah mereka selesai memesan makanan dan mencari tempat duduk yang sesuai, Aiman berdehem. "Jadi, Apa yang seonghwa nak bagitahu?"

"Masa Aira lemas, Seonghwa yang selamatkan dia dan bawa dia naik ke darat. Seonghwa berikan dia pertolongan cemas.... Seonghwa buat cpr dekat dia. Seonghwa tekan dada dia tapi respon yang dia buat macam takdapat nak bantu dia untuk bangun jadi seonghwa terpaksa-"

"Mouth to mouth?" soal Aiman, Seonghwa mengangguk laju. "Maaf Ayah, saya tahu sebagai orang islam, tak boleh buat macam tu tapi saya terpaksa dan serious cakap saya takda niat-"

"Ye Seonghwa takpa, Ayah faham. Kalau keadaan macamtu demi selamatkan nyawa, dibenarkan. Terima Kasih dekat pertolongan cemas kamu, Aira masih boleh bernafas" Aiman senyum pada anak lelaki angkatnya itu. Seonghwa yang dari tadi memandang lantai perlahan mendongakkan kepala memandang Aiman.

"Budak Adam tu pun, ayah rasa dia memang tak boleh nak berubah, jadi ayah rasa , marilah kita berangkat semula ke korea ya" Aiman senyum tipis lalu bangun untuk mengambil makanan yang sudah dibungkus di atas kaunter.

.

"Aduh ngah, nanti datang la lagi, 10 tahun sekali je kau balik, kerapkan diri tu balik sini ya?" Ujar Aidil lalu bersalam salaman dengan keluarga Aiman. "InsyaaAllah Abang long, Puasa atau Raya nanti Aiman balik sini ya kalau takda halangan" Adik adik perempuannya kini bersalam bersama Aiman.

"Aira jaga diri okay?" pesan Cik Aina pada gadis itu. Aira sekadar mengangguk sahaja. Setelah kejadian hampir lemas di sungai tempoh hari, dia sudah tidak banyak cakap, lagi lagi dengan lelaki bernama Adam.

"Aira~~" panggil seseorang. Bale sudah datang! tanpa berfikiran panjang, Aira menarik Wafiey untuk melindungi dia dari terus melihat muka Adam.

"Airaa sorry do , kau nak balik korea da ke?" soalnya, pasrah. Aira menggulingkan biji matanya, menyampah!

"Kau gi balik lah Adam, kau takde kena mengena pun dalam keluarga aku ni" ujar Wafiey, membuatkan Adam memegang dadanya, terkejut dengan sangat dramatik.

"sampai hati kau- dah tu, si mamat ni? ada sangat lah kaitan dengan keluarga ni??" Adam menunjukkan ke arah Seonghwa yang sedang bersandar di kereta Exora Jamal. Seonghwa yang sedang menyilangkan tangannya itu memandang serong pada lelaki itu.

"excuse me?" seonghwa merapati Adam dengan pandangan penuh benci dan tidak suka. "Aira takmahu dekat dengan orang yang cause trouble to her, so get lost loser" ucap Seonghwa perlahan lalu memberikannya senyuman sinis. Pintu kereta exora Jamal dibuka luas, membenarkan Aira untuk masuk.

"Janji eh kau datang sini lagi wafiey" Ucap Johan pada Wafiey sambil bersalam. Wafiey sekadar mengangguk. "Kau tunggu ah aku- oh ya ni ada hadiah untuk kau, aku lupa nak bagi" Wafiey mengeluarkan beg plastik lalu dihulurkan pada Johan.

Setelah mereka sudah masing masing naik ke dalam kereta, Kereta Exora yang dipandu Jamal itu meninggalkan perkarangan rumah tersebut....

.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now