5 : 𝚊𝚗𝚗𝚘𝚢𝚒𝚗𝚐

19 4 1
                                    

malay
korean

"Johan jom lah pergi beli ais!" Jerit Wafiey. Johan yang sedang membetulkan kain pelikatnya berjalan ke arah tingkap yang terbuka untuk melihat Wafiey yang sudah menghidupkan enjin motor. Dia kemudian mengerling ke arah jam tangan miliknya.

"Solat Asar dulu lah gila , karang umur tak panjang kena langgar ke apa kau tak sempat solat asar" Ujar johan , mendalam sungguh ya pak ustaz!

"Hehe yelah yelah" Wafiey mematikan enjin motor itu semula dan naik ke dalam rumah untuk mengambil wuduk. Seonghwa di ruang tamu itu perlahan lahan hendak beredar ke dapur. "emm....aku mengganggu ke korang nak solat?" soalnya. Johan sudah menggaru kepala. Terus dia memanggil Aira yang sedang berjalan mahu masuk ke dalam bilik.

"Apa Hwa cakap?" soalnya. Aira memandang Seonghwa dan mengangkat keningnya. "Aku tanya dia, kalau aku duduk kat sini mengganggu ke diorang nak solat..." ucapnya, Aira terus menoleh ke arah Johan.

"Dia tanya , kalau dia duduk kat situ dia mengganggu ke kau dengan wafiey nak solat jap lagi" terjemahnya. "Eh no no , you did not bother us here lahh , it's okay!" jawab Johan. Terus Seonghwa berkata sesuatu lagi pada Aira. "Dia cakap takpe dia nak ke dapur" Johan mengangguk lalu Seonghwa terus turun ke dapur manakala Aira kembali ke biliknya.

"Jom, kau imam eh" Muncul wafiey sambil menurunkan seluar yang disengsengnya di kaki. "macam biasa" Johan membetulkan kopiahnya lalu mereka solat asar berjemaah bersama.

.

"woahh.....serious sedap!" ucap Seonghwa sambil mengunyah pisang goreng yang dimasak oleh Tasya. "I know right, sedap kan??" Tasya tersenyum gembira apabila Seonghwa memuji masakannya. Seonghwa mengangguk dan sambung makan pisang goreng yang dibuat gadis itu.

"Wey Aira" panggil Tasya, membuatkan Aira yang sedang membuka peti memberhentikan langkahnya. "Ape pasal" soalnya sambil mencapai susu kotak bitch lady- maksud saya dutch lady berperisa coklat.

"Ajar aku bahasa korea, senang aku nak berbual dengan seonghwa" Tasya mengerdipkan matanya beberapa kali dengan gediknya. Aira diam diam mahu saja memak8 gadis itu. sibuk je nak dekat seonghwa- eh?

"kau borak jela dengan dia dalam english, dia faham je" Aira menuang susu coklat di dalam gelas. Setelah melihat Seonghwa asyik pandang minuman yang dipegangnya itu, terus dia menghulurkan pada lelaki tersebut. "nak ke?" soalnya.

Huluran itu disambut sopan oleh Seonghwa. Pelik ya pelik , Seonghwa di korea sangatlah tidak bertamadun, sampai di Malaysia, sangat sopan!

"Ni makan malam lauk apa? dah ada planning ke aku nak tolong masak sekali" soal Aira pada sepupu perempuannya itu. Tasya sekadar mengangkat bahu. "Entah tu Cik Aina dengan mak aku yang masak, aku buat air je"

Aira menggeleng. Dia kemudian memandang ke arah goreng pisang yang sudah tinggal satu itu. "Kau–" belum sempat mahu menghabiskan ayatnya, Seonghwa terlebih dahulu menyuapkan kepingan goreng pisang yang terakhir itu di dalam mulutnya Aira.

Tasya memandang Seonghwa dan Aira silih berganti bagai tidak percaya. Terus lelaki itu bangun dan membasuh tangannya yang berminyak.

"jom teman aku main buai dekat halaman rumah" Seonghwa menarik lengan baju Aira untuk ke halaman depan. Manakala Tasya pula dah buat muka, tak suka betul dia sepupunya rapat dengan seonghwa.

"main sorang-sorang tak boleh ke?" soal Aira, pasrah. Tapi apakan daya, dah ada dekat depan buai dah pun. Pandai ya Seonghwa gunakan dia. Tanpa berlengah, terus sahaja lelaki itu melabuhkan punggung di atas buai yang elok terikat di pokok besar di halaman rumah keluarga Aiman itu.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now