6 : 𝚊𝚌𝚌𝚒𝚍𝚎𝚗𝚝

24 3 6
                                    


"Bismillah, ready dam" Ucap Wafiey, kedua dua mereka menghidupkan enjin motor. Setelah hidup, mereka meninggalkan perkarangan rumah. Johan yang duduk di belakang Wafiey hanya memegang erat baju sepupunya itu setelah dia menukar ke gear 3.

"KAU KALAU YE PUN JANGAN BAWA KITA KE RAHMATULLAH AZWAFIEY JUNG!!!" Jerit Johan. Sangat laju ya dia bawa motor honda tersebut. Takut dikejar apa apa lagi.

"ADAM TU LAJU AKU LAJU LA GILA" Balas Wafiey. Beberapa minit selepas itu mereka tiba di rumah Adam.

"Thankyou do teman aku balik, hati hati au korang" ucap Adam. Wafiey mendengus. Ini yang dia taksuka, kena pulang semula ke rumah . Adam ni kadang menyusahkan juga ya

"Wafiey, bismillah , selawat , sampai tempat gelap baru press tau" Wafiey menggangguk setelah Johan berkata begitu. Tidak lama kemudian mereka nampak satu kelibat melompat lompat.

"aish shibal (시발-fuck)" Ujar Wafiey perlahan. "wei Johan" bisik Wafiey. Johan yang sedang memegang erat baju Wafiey itu mengangkat mukanya. "kenapa?" "pegang kuat kuat" balasnya dalam bahasa korea, membuatkan Johan keliru.

"apa kau cakap ni?" soalnya. Wafiey mengambil nafas dalam dalam sebelum mula menekan minyak. "Aku cakap pegang kuat kuat!!!" Jeritnya lalu membawa Motor itu dengan laju. Kelibat yang mereka nampak tadi sudah jauh ke belakang tetapi kelibat yang lain pula muncul, di atas kepala mereka.

"Jangan pandang atas wafiey–"

"ALIF BA TA ALIF BA TA TSA JIM HA KHO SIAL KAU PEGI MATI LAGI SEKALI LA ANJING" Carut Wafiey dan memulas handle motor itu untuk menambahkan kelajuan motor mereka.

.

.

"Aw aw aw" decit Wafiey setelah Aira menyapukan ubat pada luka di lengan kirinya. "Itulah engkau bawa motor macam nak tukar alam , laju kemain buat apa?" marah sang kembar. Wafiey memuncungkan bibirnya.

"Diam ah, better ni dari kena tegur dengan kak limah terbang tu" satu cubitan tepat kena pada peha lelaki itu. "Kau saja an nak takutkan aku. perangai pun macam sial-"

"Jung Aira, tak baik" tegur Aiman. Aira terus menutup mulutnya dan sambung merawat luka abang kembarnya itu.

"ummi ....Betul Johan nampak tadi yang–"

"Dah dah Johari Johan, ummi tahu tu . bende dah lepas jangan sebut sebut lagi kang bende tu datang kat sini padan muka" Ucap Lina, ibu kepada Johan. Tasya hanya gelak saja melihat kelakuan sepupu-sepupunya itu.

"Aduh korang ni tak macho ah" Tasya sambung ketawa manakala Aira sudah memberikan dia side eye.

"Kau okay tak? risau la aku" soal Seonghwa lalu melihat luka yang telah dirawat Aira. "Aku okay ah, ini anak jantan kampung mangga okay" Wafiey mendabik dada. Seonghwa terkebil kebil memandang rakannya itu. Lain sungguh ya perangai dia di korea dan di malaysia !

"Dah dah, bentang tilam tu. Wafiey , Johan dengan Hwa tidur dekat sini ya , nanti Cik Aina pasang penghawa dingin" Aina lantas bangun dan mengemas barang barang yang digunakan untuk merawat kedua dua anak jantan tersebut.

"Aira" Panggil Seonghwa. Aira yang fokus memandang telefon pintarnya mengangkat mukanya memandang Seonghwa. "what?"

"Ajar Aku bahasa melayu" dengar sahaja kata kata itu keluar dari mulutnya, Aira berfikir seketika. "sure ke ni nak belajar malay?" Seonghwa mengangguk lagi. Beberapa minit dia bermain telefonnya, dia meletakkan di dalam poket. "alright, esok ah, dah malam ni , aku tidur dulu" Aira bangun dari sofa , membuatkan Seonghwa bangun juga.

Baru sahaja mahu melangkah, tudung sarung yang dipakainya ditarik Seonghwa sehingga membuatkan gadis itu mendongak. Ah sudah, perangai lama dia dah datang balik!

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now