2 : 𝚍𝚊𝚝𝚎?

33 3 1
                                    

Bahasa Korea
Bahasa Melayu

"Apa? dia akan tinggal dengan kita? Ayah jangan main-main!" terkedu Aira apabila Aiman memberitahu anak gadisnya itu bahawa anak kepada Park Hwanjoon iaitu Seonghwa, akan duduk sebumbung dengan mereka.

"Ye Aira, Ayah tak main-main, untuk mudahkan kerja dia akan tidur di bilik Wafiey. Jadi Aira kalau nak keluar tolong PASTIKAN pakai tudung" saja Aiman menekankan perkataan 'pastikan' itu.

"Dah kenapa pula dia nak tinggal dengan kita?!" soal Aira, masih tidak puas hati.

"Ahjussi Hwanjoon pergi oversea, dia taknak biarkan Seonghwa seorang diri dekat rumah bukan sebab seonghwa ni masih kecik tapi dia risau seonghwa buat perangai dia yang liar tu, buat parti lah itu ini tu yang Ahjussi Hwanjoon suruh dia tinggal dengan kita"

Cerita bapanya panjang lebar. Aira mengalah. Lagipun takkan dia mahu pentingkan diri pula kerana Park Hwanjoon dah banyak berjasa pada bapanya.

"Fine....Wafiey tahu tak?" soal Aira, Aiman menggeleng. Ini mesti balik balik rumah menjerit sakan dia.

"Ayah dah suruh dia bawa Seonghwa balik terus ke sini selepas diorang habis keluar, bag Seonghwa pun driver dia da hantarkan" balas Aiman. Nampaknya awal perancangan bapanya ini.

dingdong~

"pergi bukak pintu, Ayah nak masak kejap" Suruh Aiman, Aira akur sahaja. Sesampai sahaja di pintu, dia membuka pintu rumahnya itu.

"surprise" ujar lelaki dihadapannya itu sambil bersandar pada dinding. Aira menggulingkan biji matanya.

"kau lagi"

"kenapa? rindu?"

"tch, takda masa aku nak rindu kau" ujar Aira, dalam bahasa melayu.

"Apa kau cakap?" soal Seonghwa, tidak familiar dengan bahasa yang diungkapkan itu.

"Aku cakap kau hodoh, dah masuk lah, Wafiey kau buat apa lagi tu?!" panggil Aira setelah melihat kembarnya itu duduk mencangkung disebelah basikalnya.

.

.

Malam

"Dah siap makan nanti, solat maghrib sekali ye woo" Ujar Aiman, Wooyoung aka Wafiey mengangguk. Seonghwa hanya mengangguk sahaja mendengar perbualan mereka.

Manakala Aira dari mula makan asyik memberi pandangan maut pada Seonghwa. "pandai pula jantan ni berlakon?!" bisik hatinya.

Seonghwa yang perasan akan tenungan si Aira terus mengjengketkan sebelah keningnya pada Aira. Aira memberi side eye-

Setelah selesai makan malam, Aiman dan Wafiey memulakan solat maghrib bersama manakala Aira di dapur, membasuh pinggan.

"oit potato" panggil Seonghwa. Aira tidak menoleh malah meneruskan kerja membasuh pinggannya itu.

"aku nak tanya, yang woo dengan encik aiman buat tu dipanggil solat maghrib eh?" soalnya. Terberhenti kerja yang dilakukan oleh aira. Setelah menutup kepala paip, dia berpusing memandang Seonghwa.

"Ya, itu dipanggil solat maghrib, semua orang islam wajib mengerjakan solat , 5 kali sehari" jelas Aira. Seonghwa menganggukkan kepalanya, kemudian dia mengerutkan dahinya memandang Aira.

"Dahtu kau kenapa tak pergi ikut diorang solat sekali? ke lelaki dengan perempuan tak boleh solat sekali?? ke kau malas?? ponteng??" bertubi tubi soalan diajukan padanya. Aira menepuk dahinya.

"Bukan, Aku tengah period, perempuan yang tengah period tak boleh mengerjakan solat ataupun baca al-quran. Lagi satu kalau aku boleh solat, aku boleh je solat sekali dengan diorang atau family aku yang lain" Terangnya lagi. Seonghwa menganggukkan kepalanya lagi. Banyak perkara mengenai Islam dia dapat tahu hari ini.

"Seong! jom game ! " kedengaran suara jung wafiey memanggil rakannya itu. Baru sahaja Seonghwa mahu melangkah keluar dari dapur, sempat dia menarik tudung sarung yang dipakai Aira sehingga gadis itu mendongak ke atas.

" HAHAHAHA BYE AIRA " Ketawa lelaki itu lalu menuju ke tingkat atas, bilik Wafiey. Jika kalian keliru mengapa dia sering berbuat demikian, dia belajar dari wafiey *cough cough*

" aku harap keturunan dia sampai dia je , siot betul perangai " dengus Aira lalu mengelap tangannya pada kain di atas table top. Setelah mengemas meja makan, dia pun mengorak langkah ke tingkat atas , menuju ke biliknya.

"Kau lah bawa kereta" Wafiey mencampakkan kunci kereta milik mereka pada kembar tidak sejantinanya itu.

"Hey Seonghwa ada kan, kau lah bawa" Aira mencampakkan semula kunci itu pada Wafiey. Lelaki itu mendengus lalu campak semula pada Aira.

"Kau bawak, aku nak tido kat seat belakang" ujarnya lalu terus masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk belakang.

"shibal-"

"Jung Aira , watch your mouth" ujar Encik Aiman di ruang tamu. Telinga bapak mereka sangat tajam ya , tetapi kembar dua beradik ni agak pekak.

"Bagi aku bawak lah" Terus Seonghwa merampas kunci kereta di tangan Aira. Segera dia menarik tangannya sepantas kilat setelah tangannya tersentuh tangan Seonghwa. Terus dia duduk di seat hadapan , disebabkan wafiey awal awal dah kunci pintu belakang.

"Kau memang kampit ya kembarku yang baik lagikan hodoh" bebel Aira, membuatkan Seonghwa tersenyum kecil.

"kau ada ₩30,000?" soal Seonghwa setelah Kereta sudah mula bergerak. Aira mengerutkan dahinya lalu memandang Seonghwa atas bawah.

"Kau nak buat ape?" soal Aira semula. "Kalau takde, dan sayang duit dan nyawa, pakai tali pinggang tu" ujarnya tanpa menoleh ke arah Aira. Aira terus melihat badannya yang tidak memakai tali pinggang kledar.

"Oh- hehe 미안해 (mianhae-maaf)" Aira menggaru kepalanya.

Setelah beberapa minit, mereka berhenti di sebuah rumah. Aira memandang sekeliling.

"Buat apa kat sini?" ujarnya perlahan. tidak sampai 1 minit, seseorang membuka pintu kereta dan duduk di tempat duduk belakang.

"오빠!! (oppa)" suara nyaring kedengaran membuatkan Aira side-eye si tuan empunya suara.

"Sayang! i miss youuu" balas Wafiey lalu memegang tangan teman wanitanya itu. Aira dah menggulingkan biji matanya, menyampah.

"kau cemburu ke?" soal Seonghwa membuatkan Aira menjelingnya.

"Sweethome Alabama- hey buat apa aku nak cemburu? abang aku kot lah kau ni" jawabnya. Patutlah Wafiey mahu duduk di seat belakang, mahu duduk bersama teman wanitanya .

Setelah beberapa minit perjalanan, mereka pun sampai ke destinasi, Amusement Park!

"Hwa , Aira! aku pergi dating dengan Haein ehh bye!" Lalu Wafiey hilang dari pandangan mereka. Aira dan Seonghwa hanya berdiri bersebelahan. Aduh wafiey!

"Aku pegi main kereta dulu ah" Aira berjalan menuju ke arah tempat bermain kereta langgar langgar. Seonghwa hanya ikut sahaja gerak geri gadis itu.

"Asal ikut?"

"Nanti kau kena culik aku nak cakap apa dekat wooyoung?"

.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now