4 : 𝙼𝚊𝚕𝚊𝚢𝚜𝚒𝚊 𝚒𝚜 𝚑𝚘𝚝

25 3 2
                                    


"Wah Rindunya Malaysia!!" Jerit Wafiey setelah keluar dari bangunan lapangan terbang tersebut. Serta merta Aira menarik rambut abang kembarnya itu.

"Engkau perlahankan suara boleh tak? kau ingat tempat awam macam ni bapak kau punya ke?" soal Aira, membuatkan si abang menjengketkan sebelah keningnya. "Kau lupa ke bapak aku bapak kau jugak"

"eh ye tak ye eh– ah tapi kau tak boleh diam ke–" belum sempat Aira mahu menyambung perbalahan itu, mulutnya disuap dengan buah jambu batu. "Ha diam pun" ujar Seonghwa dalam bahasa korea, membuatkan Wafiey ketawa melihat adiknya terkedu apabila Seonghwa menyumbat buah jambu batu yang telah dipotong. Walaupun dia tidak berapa pandai berbahasa melayu, tapi dia faham apa yang dibebelkan oleh Aira.

"Wafiey! Aira! Seonghwa! jom!" panggil Aiman setelah orang yang menjemput mereka muncul dengan menaiki kereta Exora.

"Beg mari sini biar saya letak dekat bonet kereta" ujar lelaki itu membuatkan si kembar mengecilkan mata mereka, macam kenal?

"Ayah, dia ni siapa?" soal Aira setelah Aiman selesai menguruskan apa yang perlu. "Ni? Aira dengan Wafiey tak ingat ke?" soal si ayah, membuatkan kembar itu menggelengkan kepala mereka.

"Ini lah Pakcu Jamal, Adik bongsu Ayah" ucap Aiman, membuatkan Aira dan Wafiey membulatkan biji matanya. "Pakcu??? Pakcu yang kita main otomen sama-sama masa kecik tu???" soal Wafiey membuatkan Aiman dan Aira ketawa kecil.

"Ya Azwafiey Jung, ni Pakcu Jamal la ni, amacam Handsome kan" ujar Jamal membuatkan wafiey ketawa manakala Aira menepuk tangannya sambil ketawa.

"Ha marilah kita kita gerak, nanti sesak pula trafik" ujar Aiman , segera masuk ke dalam kereta disebelah tempat duduk pemandu. Setelah Jamal selesai meletakkan beg, dia bergegas ke tempat pemandu. Tali pinggang dipakainya.

"Aku taknak duduk tengah la gila" Adu wafiey dengan gedik lalu menarik semula Aira keluar dari kereta. "Takkan aku pula nak duduk tengah?" soal Aira. Seonghwa disitu sudah menggelengkan kepala. Macam mana pula dia boleh terjebak dengan dua ketul ni ya?

"Dah tu apa salahnya?" jawab Wafiey, membuatkan Aira menjentik dahinya beberapa kali. "Aw aw sakitlah– Ayah tengok Aira!" Adu Wafiey lalu terus naik ke dalam kereta besar itu.

"Ayah... takkan Aira nak duduk tengah. Mana boleh . Seonghwa bukan mahram, mana boleh berhimpit dengan dia kan ayah??" Aiman menggelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya. Boleh botak kepala Aiman kalau begini.

"Wafiey....Betul cakap Aira tu. Dia perempuan, tak elok juga kalau dia duduk sebelah Seonghwa. Pergi duduk tengah, sekejap je lagipun" pujuk Aiman dengan lembut. Wafiey yang dari tadi memprotes terus mengesot ke tengah.

"fine" Wafiey pasrah. Yelah dia lupa pula mengenai batas agama. Dia pula lupa setelah ada teman wanita di korea. "Macam ni lah anak Azwarul Aiman , good boy!" puji Aiman membuatkan wafiey tersenyum.

Setelah mereka naik ke dalam kereta, Jamal menghidupkan enjin untuk memulakan perjalanan ke Kampung mereka. Aiman mempunyai rumah di bandar KL tetapi dia berhasrat untuk duduk di kampung untuk beberapa minggu dahulu kerana sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia setelah isterinya meninggal dunia.

.

.

.

malay
korean

"Kita dah sampai....." Aiman menjenguk ke tempat duduk belakang dan melihat ketiga ketiga mereka sedang lena tidur. "Abang Ngah tak nak kejut ke?" Soal Jamal, Aiman membuka tali pinggang keledarnya lalu membuka pintu kereta tersebut.

"Takpelah kita angkat dulu beg diorang, nanti Abang ngah kejut" Ucap Aiman lalu turun dari kereta diikuti oleh Jamal.

Beberapa Minit selepas itu, seseorang mengetuk cermin kereta yang berada disebelah pintu Aira. Sedar akan Aira yang tidur dibahu Wafiey, seseorang itu terus membuka pintu kereta.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now