3 : 𝚏𝚊𝚝𝚑𝚎𝚛 𝚒𝚗 𝚕𝚊𝚠

32 3 5
                                    


"Aku dah cakap guna dua kereta kan , takkan kita nak duduk dalam satu kereta??"

"Hey chil lah, kau bukannya besar pun. Kecil je. Lagipun muat je kita berdua" Terus Seonghwa masuk ke dalam kereta berlanggar itu. Dia menepuk tempat disebelahnya, menandakan untuk Aira duduk disebelahnya. Aira menggelengkan dan menyuruh untuk Seonghwa sahaja yang main.

Setelah semua bersedia, perlanggaran antara kereta pun bermula. Aira hanya duduk di tepi memandang ke arah Seonghwa yang leka memandu sambil melanggar orang.

Bukan dia tidak mahu bermain, tetapi risau juga tiada ruang antara mereka kat dalam kereta tu. Walaupun Aira berperangai hanat sebegitu, dia tahu juga jaga batas. Ikhtilat dan halal gap mesti ada !

"Aku ni dah jatuh hati dekat si school heartbreaker ni ke?? what if dia rapat dengan aku sebab nak ambil hati aku then hancurkan macam mana dia buat dekat perempuan perempuan dekat universiti aku tu??" soalnya pada diri sendiri.

"Aira??" seseorang menegurnya membuatkan Aira memusingkan badannya.

"San?? Choi San??" Aira tersenyum apabila melihat rakan lama dihadapannya itu. Senyuman San yang mempunyai lesung pipit itu memang Aira kenal sangat!

"Bila balik sini??" Soal Aira. San menarik lengan baju Aira untuk mencari tempat yang kurang bising untuk menyenangkan perbualan mereka.

"Ah, dalam 2 minggu juga. Macam mana dengan puan Jung? encik Aiman?" soal San. Mereka merupakan rakan zaman kecil Wafiey dan Aira. Tetapi telah berpindah ke Jepun tiga hari sebelum kematian ibu mereka.

"San... Mak aku... dah meninggal... tiga hari selepas kau pindah Jepun" Jawab Aira sambil menunjukkan senyuman tipis.

"Aish....shi- sorry , i forgot about that..." San menundukkan kepalanya, sangat formal dan hormat. Aira ketawa sedikit sambil membela tudungnya.

"Takpe, lagipun dah lama sangat tak jumpa kau. Apeciter sekarang?" soal Aira, cuba menukar topik perbualan.

"well banyak nak cerita tapi nanti jelah, nah letak nombor telefon kau dalam telefon aku" San menghulurkan telefonnya lalu disambut sopan oleh Aira. Gadis itu mendail nombor telefonnya sendiri.

"nah" seseorang menghulurkan gula gula kapas dihadapan muka Aira. Gadis itu bingung lalu mendongakkan kepalanya. "Apa ni?"

"Ambil lah" ujar lelaki itu lagi. Aira menyerahkan telefon yang dipegangnya pada san lalu menyambut huluran gula gula kapas dihadapannya.

"wait– bende ni ha–"

"ye halal, aku dah tanya owner, dia siap tunjuk aku logo halal lagi yang bulat tu kan?" jawabnya. Aira cuba untuk menyorok senyumannya kerana tersentuh dengan perbuatan Seonghwa yang ambil berat mengenai larangan agamanya.

"Uh... aku taktahu kau tengah dating.... er aku balik dulu ah" celah San lalu berdiri, membuatkan gadis itu berdiri sama.

"Eh tak san, kau salah faham ni"

"Eh takpe, kalau ada problem call lah aku" ucapnya sambil membuat isyarat memanggil menggunakan tangannya dan terus beredar.

"Tu bukan San ke" soal Seonghwa sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ya, dia tak ingat kau dah la tu, sebab masa kecil pun dia rapat dengan aku while kau rapat dengan wafiey" Aira mencubit sedikit gula gula kapas yang dipegangnya lalu makan.

"gula gula kapas tu warna pink sebab ada babi dalam tu" sakat sang lelaki. Tersedak Aira dibuatnya. Terus dia memukul lengan Seonghwa sekuat yang dia mampu

"Eh kau biar betul?!?!" gelabahnya

"Takde lah aku gurauu , manada buat gula gula kapas guna babi aduh kau ni" balas Seonghwa membuatkan gadis itu lega.

"minimal guna alkohol je–"

"Yah Seonghwa park !! " Terus gadis yang kurang dari 170 cm itu mengejar lelaki dihadapannya yang sudah sakan ketawa.

"HAHAHAHA MIANHAE~" Ketawanya lagi. Inilah rutin Seonghwa terhadap Aira setiap hari pada zaman sekolah dahulu. Trust issue nya terhadap lelaki itu sangat tinggi hingga apa apa yang dikatakannya, Aira memerlukan bukti yang sahih dan bukan ayat semata-mata.

Manakala Wooyoung dan Haein hanya memerhati gelagat mereka dari jauh.

"Oppa sure ke Aira boleh ubah Seonghwa oppa?" soal Haein, kekasih hati Azwafiey jung itu.

"I'm not sure Sayang, but i know my twin sister could change him, to be a better person" Jawab Wooyoung sambil senyum, kemudian memandang keksaih hatinya itu.

"Aishh ni lah yang Haein sayang dekat oppa ni!" Haein memeluk lengan Wafiey lalu melentokkan kepalanya di lengan teman lelakinya itu.

.

.

.

.

Bahasa Korea
Bahasa Melayu

.

"Seronok ke pergi berseronok tadi?" soal Aiman pada anak anaknya. Wafiey menggangguk manakala Aira menggulingkan biji matanya.

"Best ye best, spend time dengan Seonghwa je, Wafiey dia pergi dat– uhmmmm" Mulut Aira ditekup oleh abang kembarnya itu.

"Hehehe wafiey pergi dataran dengan kawan.... dataran yang ada festival tu" ujar Wafiey, cuba untuk menutup topik itu.

"Hmm... Seonghwa macam mana? okay? Mr. Park ada call tak?" soal Aiman. Seonghwa menjawab pertanyaan Aiman dengan sopan.

"Call.... Oh ye, Ayah, tadi Aira jumpa San. Dia dah balik Korea !" cerita Aira dengan terujanya. Seonghwa yang sedang duduk sambil menyilangkan tangannya memandang tempat lain.

"San?? anak Ahjusshi Jongcheol?? wah, nanti boleh lah ajak dia datang rumah, lama dah tak borak dengan dia" Aiman yang duduk dimeja makan itu menghirup kopinya yang dibuat oleh Aira.

"Ayah, cuti sem ni kita takda pergi mana mana ke?? woo bosan lah" soal anak lelaki Aiman itu. Setelah lama berfikir, akhirnya dia bersuara.

"Kita balik Malaysia nak?" soal Aiman. Bersinar mata kedua kembarnya itu. Bukan seronok nak jumpa kawan lama di kampung tetapi, seronok nak hirup angin di Malaysia.

"Nak nak , nanti boleh Woo flexx dekat Johan banyak barang dari korea hehe" ucapnya. Terus kepala Wafiey diketuk perlahan oleh bapanya.

"Takbaik macam tu woo, riak takabbur tu dosa. Ayah dengan eomma tak ajar eh" marah Aiman. Wafiey menggaru kepalanya sambil tersenyum.

Aira yang perasan akan keadaan Seonghwa yang diam itu terus bersuara, "Seonghwa ikut juga ke ayah?" Terus Seonghwa memandangnya.

"Mesti lah! Boleh kan Seonghwa? Mesti kamu tak merasa lagi rasa duduk di Malaysia kan? boleh la budak kembar dua orang ni ajak kamu jalan jalan disana" soal Aiman pada seonghwa yang sudah seperti anaknya sendiri.

"Boleh....ke?" soal Seonghwa dengan sopan. Aira rasa nak tumbuk saja lelaki itu, lain sungguh ye dia dihadapan bapanya. macam lelaki melayu terakhir!

"Aigoo, mesti lah boleh , hwa kan dah macam keluarga Ahjussi sendiri"  Aiman mengukir senyuman yang ikhlas.

"Kalau macam tu....hwa panggil ahjusshi... Ayah juga, boleh?" minta izinnya.

Aira yang leka meneguk air teh , tersedak sakan manakala Wafiey mengerdip ngerdipkan matanya beberapa kali, tidak percaya dengan kelakuan rakannya ini.

"Boleh boleh! Aigoo sopan betul ye kamu, jadi keluarga kekal ayah jelah macam tu" sakat Aiman. Seonghwa menggaru kepalanya.

"macam mana?"

"Jadi menantu Ayah"

"Uhukk uhukkk!!! " makin kuat tersedak Aira disebabkan oleh Wafiey yang turut tersedak disebelahnya.

.

Imam mudaku Shahrul AdhwaWhere stories live. Discover now