PROLOG

54 11 0
                                    

PROLOG

SATU sticky note berwarna kuning yang terlekat pada papan menu itu menarik perhatiannya. Di sebalik kaca mata hitam, lama dia perhatikan sticky note itu. Rambut panjang yang menutup anak mata terus di tolak ke belakang. Tangan yang sama, dia mencabut sticky note di papan menu itu.

Nak baik, jangan tinggal Allah.

So true...

Sebab Allah SWT yang memegang jiwa. Allah SWT yang pegang yang pegang hati. Allah SWT yang melihat hamba-hambaNya ini dengan dekat sekali. Siapa kita untuk dustakan sifat Allah?

Dia melangut sejenak. Telinga dipenuhi dengan suara Sleeping with Sirens. Kepala yang serabut perlahan-lahan rasa kosong saat membaca nota ringkas yang tertampal d papan menu tadi.

Lagi sekali dia menolak anak rambutnya ke belakang.

Mata memandang kaca yang memantulkan wajahnya. Rambut panjang. Serabai. Sebelah kiri telinga bertindik subang hitam pekat. Jari jemari penuh dengan cincin berlambang tengkorak. Begitu juga dengan pangkal tengkuk. Belum tengok cara pemakaiannya lagi.

Urghhh...

Dia mengeluh perlahan.

Aku kena berubah.

Sticky note di tangan dia tilik. Keluhan perlahan dilepaskan lagi.

Susah tak untuk menjadi seorang yang baik? Definisi baik yang dimaksudkan itu apa sebenarnya?

Bukankah untuk menjadi baik itu, perlu istiqomah?

Susah. Susah. Susah.

Mudahkan.

Mata dipejam.

Betullah, nak jadi baik, memang tak mudah. Solat tak? Lengah-lengah atau awal waktu? Puasa cukup tak? Dah ganti puasa-puasa yang tercicir? Aurat macam mana pula? Jangan disebabkan kau lelaki, kau aci redah je sarung pakaian macam tak pernah diterapkan islam dalam jiwa. Belum lagi bab tingkah laku. Mungkin sebab introvert je, tingkah laku aku terjaga.

Macam mana dengan doa selepas solat? Ah... mana rajin nak berdoa lepas solat kalau solat pun macam patuk ayam! Berdesuppp, settle!

Jangan tanya bab-bab zikir.

Ah, susahnya nak berubah. Semua benda nak kena kira.

Look, everything takes time, kan?

Dia membuka mata semula. Sticky note di tangan dia pandang.

Nak jadi baik itu kena ingat Allah, kan?

Okay, let's do this. Tak mudah kalau kita susahkan. Dan.. sampai bila nak macam ni?

Kaki melangkah ke kaunter kafe. Dari jauh, Kak Latif tersenyum manis. Sempat Kak Latif menggeleng lembut. Dia membalas senyuman dengan tawa kecil. Dia tahu, Kak Latif sakit mata dengan pemakaian dia hari ini.

"Kak.."

Kaki berhenti melangkah betul-betul di hadapan kaunter.

Kak Latif senyum.

"Dah insaf?" soal Kak Latif sebelum tawa Kak Latif dan dia pecah.

.
.
Dia senyum. Betullah, everything takes time. Everyone will get a chance to change their life. Untuk hidup yang lebih baik, berubahlah. Sebab.. sampai bila nak letak kaki dalam neraka? Sampai bila nak hidup macam ni?

Berubah,

Walau payah.

Nak jadi baik ya..

Insyaallah, dengan izin Allah, kita sama-sama shot erti baik dalam diri kita.

Fighting!








---

Created - 12/12/21
Modified - 9/8/22
Modified  - 30/12/23

-

DOMINANWhere stories live. Discover now