BAB 9

4 6 0
                                    

BOTOL air mineral disambut bersama jelingan paling tajam untuk hari ini. Diff sengih. Freeze. Benua Antartika terlanggar bumi khatulistiwa ke sampai muka sikit pun tak ada senyum? Tak lain tak bukan, bergaduh dengan Jeff.

Teringat Jeff jumpa dia tadi.

"Aku bergurau dengan dia." Jeff sengih.

"Kau gurau pun, berapa kali padang pula?"

"Sepuluh push up je."

Itu yang muka tak sememeh ni. Masam gelugur. Nak tegur pun, kena susun ayat elok-elok. Alamatnya, bukan benua Antartika je yang jumpa dekat sini, jangan terkejut tiba-tiba Gunung berapi Mexico meletus di puncak Antartika.

Hyperbola.

Sandwic tuna pula diletak di atas meja. Baru hari ini dia tak ada dekat padang, dah banyak cerita dia dengar.

"Tengok tangan."

Telapak tangan ditebarkan. Diff menggeleng. Jeff yang duduk selang semeja dibelakang, dia jeling. Kening Jeff terjongket sebelah — apa?

French oil dikeluarkan dari beg sekolah. Bukan dia angkut minyak tu kemana-mana pun. Tadi Jeff yang bagi untuk rawat luka Fath.

"Diff nak pegang ni.."

Masih diam. Mukanya sahaja berubah tenang sedikit. Tapi tetap mampu membuat buaya di dalam air tak timbul. Diff menarik tangan kanan Fath merapatinya. Sentuhannya bukan pada kulit melainkan pada kain baju atau kapas yang bertemu kulit Fath.

Macam mana pun, dia dengan Fath tetap boleh kahwin. Ada gap yang menghalang. Dia bukan abang Fath seperti Hatt.

Titisan french oil pada telapak tangan Fath disapu dengan kapas.

"Kalau sakit, cakap.." Lembut Diff bersuara.

"Sakit." Dingin.

Diff senyum kecil. Manja. Betullah, Fath yang berada di depannya masih budak kecil hingusan yang memerlukan perhatian.

"Tahan sikit."

Diam. Diff beralih pada telapak tangan sebelah lagi. Tak adalah teruk mana pun luka. Setakat calar-calar biasa sahaja.

"I have no idea with my mind right now."

Diff terhenti sapu ubat.

"Clear dah arahan, tapi langkah tetap boleh salah. Dulu rasanya, jadi tukang bagi arahan juga. Tapi.. entahlah."

"Fokus, Fath."

"I do."

"No, you don't."

"Then, I was doing what?" Keliru dengan diri sendiri.

"Bersihkan hati semula. Your step sebenarnya lagi cantik than mine. Cuma fokus Fath melalut ke tempat lain. Hear my advice, stop doing for person. Fath buat semua ini sebab Fath atau sebab Ma dan Abah?"

"Apa maksud Diff?" Fath masih keliru. Matanya melihat Diff yang

"Fath buat untuk siapa nampak semua ini?"

"Huh?" Melihat wajah Diff masih jawab-soalan-Diff, Fath akhirnya mengeluh. "Untuk Ma dan Abah. For my sake. They will see me."

"Fath bukan tak wujud untuk mereka tak nampak Fath." Senyum Diff. "Stop buat untuk nampak diri bagus. Ma dan Abah Fath will proud of you."

"Will they?"

"Hundred percent sure. Giga sure. Kelar jari kalau salah."

Fath tergelak. Tangan yang terdedah tadi dia tarik.

"Your friend is giga crazy."

Topik bertukar.

"Kan.." Diff menarik senyuman senget. Mata memandang muka Jeff yang terjuling di belakang. "Mungkin dia ingat dia hero kut sampai nak tunjuk poyo."

"Eii, poyo sangat!" Fath mencebik. "Bukan Fath je yang kena, si Insyi, Aish, Awie pun dah berapa kali pusing padang. Bukan semua tak pandai kawad, tapi poyo je kawan Diff tu."

"Hmmm, betul. Dia memang poyo."

Nak mengekek tengok muka annoying Jeff di belakang. Diff menjelir dalam keadaan Fath tak sedar. Siapa-suruh-cari-fasal.

Tak fasal, Jeff bangun dari duduk.  Laju punggungnya dilabuhkan di sebelah Fath. Diff dah tergelak gaya ayam bertelur.

"Hai Fath. I heard you called me poyo, don't you?"

Fath terkejut. Laju pandangannya dibawa ke belakang. Sejak bila Jeff duduk di belakang. Bukan kantin memang kosong dari tadi ke memandangkan waktu sekolah memang dah lama habis.

"Diff cakap dulu."

Eh, Diff pula kena. Diff mengekek perlahan.

"True. Kalah brother polis yang datang untuk formasi polis haritu." Diff membalas. Langsung tak hirau dengan hati dan perasaan Jeff. Haha. This is we called, gurau.

"Brother tu, aku pun tak nak jadi." Jeff gelak perlahan. "Fath, sorry for your hands. Sakit ke?"

"Cukup elok kalau dapat lempang orang. Nak try?"

Jeff tergelak.

"Kinda rude nak lempang Jeff." Jeff menggeleng tanda tak mahu. "Maybe you can try dulu, Diff."

"Oh, tak terlibat." Dua tangan naik ke dada langit.

Serentak itu mereka bertiga tergelak.

"Jangan lupa, esok siang kita dah mula bicara irama."

Itu satu lagi. Dalam banyak-banyak manusia, mengapa mesti Jeff menjadi ketua? Debat, kawad dan sekarang, bicara irama.

Semalam pun, tengah lepak-lepak di Coco Coffee, Jeff dari ceruk mana tiba-tiba muncul.

"..am I late?"

"By the way, kita ada bicara irama minggu ni.."

"Ni script."

Banyak betullah mamat ni conquer pertandingan. Yang membosankan, bila jumpa Jeff, mesti ada discussions. Tak lagha macam berborak dengan Diff.

DOMINANWhere stories live. Discover now