BAB 8

10 6 0
                                    


BIBIR membisikkan irama This is Home nyanyian Swichfoot sambil jari mengetuk-ngetuk pen pada buku nota di atas meja studi. Fath menung pada corkboard di hadapan. Ada beberapa sticky note terlekat di situ bersama kalender. Ada catatan tarikh-tarikh penting seperti hari perlawanan bola baling, hari perbahasan, pertandingan kawad kaki dan macam lagi. Tak lupa, ada juga nota-nota Bio terlekat di situ.

Mulut menahan kuap. Mata kembali jatuh pada kertas kosong yang hanya tertera tajuk.

Pembelajaran digital di sekolah akan menaik taraf otak dan minda generasi muda.

Sah-sahlah betul.

Zaman moden ini, anak muda perlu explore digital lebih daripada hafal buku teks. Sekurang-kurangnya, generasi Z perlu ada kemahiran tentang penggunaan Microsoft. Tapi, macam mana nak olah ayat?

Jari berlari di atas papan kekunci Acer. Aktiviti digital membawa kebaikan kepada pelajar. Search. Jari mula scroll dari atas hingga ke bawah. Mata mencari tajuk yang sesuai.

Cop-cop.

Jari terhenti. Mata juga statik.

Penggunaan sosial media menjadikan seorang insan itu lebih banyak bersyukur.

Macam lari tajuk tapi macam boleh pakai.

Jari mula double click pada tajuk itu. Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Dia scroll dari atas hingga ke bawah. Kemudian naik semula dari atas hingga ke bawah. Tak kena. Tapi.. sekejap. Cursor terhenti di tengah-tengah artikel.

Apa yang dimaksudkan dengan bersyukur atas wujudnya sosial media?

Scroll bawah sedikit.

Pertama sekali, sosial media satu kompleks yang sangat tak disangka-sangka. Satu platform yang mampu membawa generasi kita terbang diseluruh dunia tanpa bergerak walau seinci. Dalam tak sedar, kita nampak perkembangan isu semasa orang yang kita rapat juga dengan stranger entah siapa-siapa.

Begitu sedikit kamu bersyukur.

Pernah dengar ayat itu?

Pernah tak rasa bersyukur saat buka mana-mana platform sosial media? Tak kisahlah Instagram atau Facebook, pernah tak terfikir nak bersyukur dengan ilmu yang Allah SWT pinjamkan?

Kalau tak disebabkan ilmu yang diberi, adakah kita rasa platform secanggih ini akan terlaksana?

Jari scroll ke bawah sekali.

Who knows what the future will be.

Dah bersyukur?

Knock-knock.

Pintu bilik diketuk dari luar membuatkan fokus Fath terganggu.

"Masuklah." Fath bersuara tanpa mata tak beralih walau seinci.

Berilmu itu antara rezeki dan nikmat daripada Dia, tapi dalam masa yang sama, mencari ilmu itu adalah satu suruhan. Mendalami ilmu sosial media turut dituntut juga. Bukan sekadar membuat posting lagha, tapi banyak lagi perkara baik boleh dilakukan.

"Kaitkan dengan isu agama ke?" Diff yang berdiri di belakang Fath menyoal.

"Tak tahu." Fath mengangkat bahu. "Random page je ni. Terbaca."

"Why not." Diff mengangkat kening. "You got the point here." Jari menunjuk baris ketiga di perenggan kelima. "Mencari ilmu adalah satu suruhan.."

"Kalau baloh dengan 'baca buku teks pun cari ilmu juga'."

"Apooo point macam tu. Tak bijak betul pembangkang nak aci tembak macam tu." Diff tidak bersetuju. "Ni nak tanya, Fath nak ambil position kedua atau ketiga?"

DOMINANWhere stories live. Discover now