SHORT STORY

10 2 1
                                    

Depan pintu 79, 7 Dis 2023
.
Apa yg kita tulis,
Sekejap—
.
"YA HAJJAH!!"

Suara yang dirindui oleh setiap insan yang pernah menjejaki kaki ke sini mula kedengaran. Mata melihat jemaah-jemaah wanita dihalau keluar dari kawasan solat jemaah lelaki. Kasihan. Nak solat pun kena halau. Tapi nak buat macam mana, siapa suruh duduk bahagian lelaki?

Aku melangkah keluar dari masjidil haram. Jam tepat menunjukkan 11 malam. Seperti biasa, aku keluar ikut pintu 79, pintu paling disukai ramai jemaah.

Aku suka masuk ikut pintu ini kerana mudah nak bertemu kaabah. Aku suka keluar ikut pintu ini kerana mudah untuk berjumpa dengan dia.

Dia,
Si gadis serba hitam yang sering bersendiri.

Hari ini, hari ke dua puluh tiga aku melihat dia di sini. Duduk bersendiri sambil merenung memandang pintu 79. Selalu aku tertanya, ada apa dengan pintu 79?

Tanpa menunggu, aku terus melangkah ke pili air zamzam yang terletak bersebelahan dengan pintu 79.

Satu cawan ditadah penuh.

Satu cawan diteguk rakus.

Cawan baru diambil. Laju pili air aku tekan. Air ditadah penuh.

Kali ini, aku memberanikan diri untuk bersemuka dengan gadis itu.

"Zam-zam?" Aku menegur.

Dia mendongak memandang aku. Tanpa aku sangka, dia tersenyum manis pada aku. Membuatkan aku terpesona. Membuatkan jantung aku hilang arah. Membuatkan wajah aku menjadi merah.

Membuatkan tangan aku sedikit menggigil sehingga berombak air zam-zam di dalam cawan.

"Syukran ya," balas dia sebelum cawan itu dia ambil. "Dah lama jadi tukang bagi air?

Cis, disindir! Mata aku terjuling ke atas.

"Kali ni, apa pula yang berlegar kat kepala kau?"

Dia tersenyum. Tangan ditepuk disebelah ruang kosong menyuruh aku duduk disebelah dia. Aku akur. Laju aku melabuhkan punggung sambil menghadap pintu 79.

"Aku tanya kau," bicara bermula, "Kalau kita tahu apa yang kita tahu, apa yang perlu kita buat?"

Aku terdiam.

"Kedua," sambungnya. "Kalau kita tak tahu apa yang kita tak tahu, apa yang perlu kita buat?"

Aku melangut memandang langit Haram.

"Ketiga, kalau kita tahu apa yang kita tak tahu, apa yang perlu kita buat?" Gadis itu sengih. "Jawab."

Mata terjuling serta-merta. Ni soalan aras tinggi bukan takat Spm. Entah-entah kalau ada sijil Phd sekalipun belum tentu boleh jawab.

Satu jam berlalu. Masing-masing merenung langit haram. Bersaksikan pintu 79. Aku masih tak jumpa jawapan. Malah, faham dengan kehendak soalan pun, tidak.

"Aku dah cakap, jangan overthinked terlalu jauh." Aku akhirnya memecah hening.

Dan dia ketawa.

Diikuti dengan senyuman nipis.

"Give up?" Kening sebelah terjongket.

"Ya, bendera putih." Wajah aku senada. "Apa jawapannya?

Dia tertawa lagi.

"Kalau kita tahu apa yang kita tahu — lakukan. Kalau kita tak tahu apa yang kita tak tahu — belajar. Kalau kita tahu apa yang kita tak tahu — simpan sebagai rahsia."

Dan kali ini,
Aku turut ketawa.

7 Dis 2023, hadapan pintu 79, Haram

.
.
.
Hampir sebulan ya kita memikirkan semua ni,
Harini baru boleh tulis & terapi

.
.
.
.











.
.






Long short story, laptop kita rosak pula. Ada banyak manuskrip dalam tu. Ada yang pernah publish, ada yang belum. Tak tahu ada softcopy atau tak tapi.. I miss my own writing laa.

Antara manuskrip yang hilang
*Coco Coffee
*Studio Gie
*Bench (Pej & Koman Ais)
*Pijie, Hann, Acan

Dan banyak lagi huhu
Also,
Menyesal juga ya dulu pernah buang akaun lama wp. Jom laa kita jadi orang baru :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DOMINANWhere stories live. Discover now