BAB 11

4 6 0
                                    

"MA, kalau orang jadi baik, orang boleh balik rumah ke?"

Telefon terletak. Tangisan masih tersisa. Dua hari kena gantung sekolah, dua hari juga dia tak keluar bilik. Diff pun dua hari tak balik rumah. Mak long kata, Diff tidur rumah Jeff. Ada studi group dengan Jeff. Entahlah, dia malas nak ambil tahu. Sampai hari ini Mak long tak tahu dia digantung sekolah. Mak long cuma tahu dia sakit sebab muka dia tak hilang pucat kerana menangis tak berhenti.

Dan soal Diff, hati dia dah mati untuk Diff.

Betul mereka kata, Diff hanya mangsa di sini. Sampai bila dia nak jadikan Diff mangsa keadaan?

Pandangan dilemparkan keluar dari tingkap. Nampak anak-anak jiran depan rumah main lari-lari. Teringat childhood memories bersama Diff dan Hatt. Kalau dengan mereka, dia tak pernah dilayan seperti dua hari lepas. Diff dan Hatt akan melayan dia bak puteri. Ditatang penuh kasih sayang. Nak aiskrim, dapat aiskrim. Nak cendol, dapat cendol.

Dua hari lepas, dia kena tengking dengan Diff. Dia kena marah. Diff mengamuk dengan sikap dia.

Esakan berlagu.

He didn't asked pun kenapa.

Teringat ayat Ma tadi.

"Sayang, Ma dan Abah hantar Fath tinggal dengan mak long bukan sebab Fath jahat. Bukan ke Ma dan Abah ada bagitahu Ma dan Abah terpaksa ulang-alik Singapura sebab kerja?"

Ya, Ma ada cakap sebelum dia dihantar ke sini tapi hati tetap keras untuk mengakui semua itu. Lagi-lagi bila teringat ayat Abah sewaktu berada dalam kereta dalam perjalanan ke Seremban.

"Fath duduk dengan Pak lang dan Mak lang. Selagi Fath tak rasa diri Fath tu baik, jangan balik!"

Cakap siapa yang betul? Ma sekadar nak memujuk, kan? Yang sebenar-benarnya memang dia ni budak jahat, kan?

Mencik! Menci! Benci!

Tapi bila diingat semula, untuk membenci Abah, Abah dah lakukan yang terbaik untuk dia. Nak membenci Ma, Ma tak pernah kurang dalam kasih sayang walaupun kekangan masa agak dipersoalkan. Nak benci Hatt, Hatt setiap hari cuba telefon dia. Hanya dia tak pernah angkat call Hatt. Konon buat mogok anak terbuang. Sekali kena hina anak kutip, diri sendiri juga sensitif.

Nak membenci Diff, lagilah tak boleh. Diff dah buat macam-macam untuk dia. Diff dah bagi tumpang kasih sayang Mak long pun dikira elok sangat. Diff pun menjaga amanah Ma dan abah dengan baik. Sepanjang dia berada di sini, pernah tak dia terluka disebabkan Diff? Mungkin terluka hati disebabkan mulut laser Diff pernah banyak kali, tapi sampai hari ini, banyak tak Diff berkorban untuk dia?

Jangan hanya disebabkan satu hari membuat kesalahan, 355 hari kebaikan langsung tidak dipandang.

Kepala dilungkupkan di atas meja belajar. Suara Aizat Amdan yang melagukan Sungai Lui langsung tak masuk telinga. Suara-suara 'overthinking' lebih kuat menghentam benak hati.

Ah, tak suka overthinking!

Bunyi pop up membuatkan Fath mengangkat semula kepala. Mata memandang skrin telefon yang bercahaya. Lama. Sekali lagi masuk pop up. Dahi berkerut. Bukan mesej dari Ma, bukan juga dari Abah. Hatt pula memang tak pernah mesej dia kecuali dah balik cuti penggal. Tak akan Diff?

Telefon ditarik. Nombor tak dikenali timbul di notifikasi. Laju jari menekan pada mesej itu.

'Aku dekat Rasah.'

Mesej yang bawah pula dia baca.

'Belakang Shell. Dekat dengan Hospital besar.'

Dahi berkerut.

'Ada buah tangan dari Cik Emy.'

Cik Emy?

Mata membulat. Gambar profil ditekan. Oh...

MAK LONG dah tidur. Diff masih tak balik-balik. Betul-betul nak bergaduh dengan dia. Jeff pula tak dengar khabar langsung. Memang selama ini dia dengar khabar Jeff melalui Diff sahaja. Lagipun, dia tak rapat mana pun dengan Jeff.

Dengar khabar dari Mak long, Pak long akan balik minggu ni. Glurpp. Ini kalau Pak long tahu dia dengan Diff tengah renggang bak taufan melanda, mahu berkajang-kajang kena menjawab. Pak long tu bukan boleh tengok gaduh-gaduh. Lagi-lagi kalau tersalah tingkah laku. Jujur dia kata, Pak long sangat garang. Tak macam Abah. Abah sangat lembut. Abah sangat memahami.

Rindu Abah.

Motor dipandu penuh berhati-hati membelah langit malam. Angin embun meniup lembut. Sejuknya sehingga ke tulang belakang. Namun, dia tetap redah sehingga ke Rasah.

"Metta.."

Motor ditongkat.

"Yo," balas Fath.

"Waras?"

"Waras." Angguk Fath. "Kau?"

"Waras."

Sepi membedil. Janggal rasanya. Dulu mungkin boleh lepak sepondok, namun sekarang, bertentang mata pun malu.

Fathturun dari motor. Dia melabuhkan punggung di bawah pondok yang sama dengan Yam — kenalan lama. Sesekali mata memandang jam dipergelangan tangan. Dah lewat sangat. Takyt-takut kalau Mak long sedar kehilangan dia di bilik.

"Ada apa nak jumpa aku?"

Keluhan dibibir Yam berlagu. Sebelum itu, sempat dia menghulurkan barang yang dikirim oleh Cik Emy.

"Kau jangan terkejut dengan apa yang aku bagitahu." Yam memagung wajah memandang Fath.

"Apa dia?"

"Shraff dan Una.."

"Kenapa dengan mereka?"

"Suicide."



















DOMINANWhere stories live. Discover now