BAB 12

4 6 0
                                    

"SUICIDE."

Air mata luntur tak berhenti. Tubuh rebah dimuka bumi. Esakan kuat membedil bumi yang kian sunyi. Pujukan demi pujukan tak mampu memujuk hati yang bagai hilang dari jasad.

Gambar Shraff dan Una yang ditunjuk Yam tadi masih lekat dalam ingatan. Membedil rasa sunyi dalam diri. Rasa.. tak layak tengok dua insan yang pernah rapat itu mati dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Mereka pernah ketawa bersama namun mengapa dia perlu menerima berita ini?

"FATHIAH LATIF!!"

Bagai petir menyambar, jantung Fath sekali lagi gugur. Pantas kepala berpusing ke belakang. Mata melihat susuk tubuh Diff laju turun dari motor dan menuju ke arahnya. Sekelip mata, tangannya disambar kasar dan tubuh terdorong merapat pada Diff.

Dia memberanikan diri melihat pandangan berapi Diff. Dengan tangan Diff masih mencengkam lengannya, Diff berpaling pada Yam.

"Kau buat apa pada Fath?!"

Bahu Fath terhinjut. Dengan jarak yang sangat dekat, Fath benar-benar takut dengan Diff kala ini.

"Aku tak pernah izinkan siapa-siapa sentuh Fath termasuklah diri aku!"

Cengkaman tangan Fath terlepas. Langkah Diff maju pada Yam. Kolar baju Yam terus disambar kasar.

"Aku tanya kau, kau buat apa pada Fath?!"

Tak menjawab. Yam hanya membalas pandangan Diff tanpa apa-apa jawapan.

"Aku kenal muka kau.." Mata Diff mengecil. Ingatannya terbit bersama gambar yang pernah ditunjuk Pak ngah. Pak ngah tunjuk gambar budak yang tertangkap bersama Fath sewaktu peristiwa seluk poket. "Budak pit!"

Tanpa disangka, buku lima Diff laju melekap pada wajah Yam membuatkan Fath terloncat terkejut.

"Diff!" Fath menjerit. Laju dia menarik tubuh Diff. Namun tanpa kasihan, tubuh Fath ditolak kuat oleh Diff. Fath jatuh di tanah. Pandangannya terdongak pada Diff yang menunduk ke arahnya.

"Kau masih pilih dia untuk berkawan, Fath?" Diff menjerkah. "Aku benci perangai kau, Fath!"

"Kau nak benci orang yang tak pernah kau kenal ke bro?"

Suara Yam bukan sahaja membuat Diff berpaling, Fath turut sama terkejut dan tahu apa yang bakal berlaku. Mata melihat Diff yang sudah mencekak kolar Yam sekali lagi.

Bunyi motor membuatkan Fath berpusing ke belakang. Oh Tuhan, hantar bantuanMu tolong..

"Weh Diff, enough." Jeff berlari dari motor. Dia baru tiba di situ terkejut dengan apa yang dia pandang. Dengan helmet belum sempat dia buka, dia terus merangkul tubuh Diff. Tubuh Yam pula ditolak dan dipisahkan dari Diff. "Apa ni?"

Mata Jeff lekat pada sepasang mata Fath.

"Apa ni Fath?"

Fath hanya menggeleng. Tak tahu macam mana nak menerangkan apa yang terjadi. Dalam keadaan begini, tak akan mudah untuk mereka percaya pada dia.

"Aku dah cakap, hidup jangan menyusahkan orang!" Diff tiba-tiba melantun.

Fath terundur ke belakang. Kecut perut saat melihat Diff melangkah menghampirinya. Spontan Fath berlari menjauhi Diff dan Jeff.

"Diff.. Diff.. Sabar sikit." Jeff menarik semula tubuh Diff. Kemudian pandangan Jeff terarah pada Yam. "Kau siapa pula? Dari mana kau datang?"

Yam menarik senyuman sinis. Dengan selamba Yam melintasi Jeff dan Diff. Motor yang tersadai di sebelah motor Fath, Yam tunggang.

"Fath, ada rezeki jumpa lagi." Sempat Yam menjatuhkan salam perpisahan.

Fath terkebil-kebil melihat asap motor Yam yang semakin hilang. Macam tu.. je? Yam tinggalkan dia tanpa sempat keadaan menjadi pulih? Adakah dia yang perlu memperjuangkan cerita sebenar?

"Asal, kecewa tengok boyfriend kau blah macam tu je?" DIff menyinis.

"Shut up Diff.." Air mata Fath tumpah. Lepas satu, satu lagi dia perlu hadap. "You know nothing."

"I know nothing? It's 3 am and where are you now? Kau buat apa dekat sini, Fath?" soal Diff. Suaranya tak sejerkah tadi namun masih berbisa. "I told you many times, berhenti menyusahkan hidup orang lain. Sampai bila Fath? Sampai bila nak hidup macam ni?"

"Stop.." Esakan Fath kedengaran. Bahu menggigil sedih. "Stop acting like you care about me." Buku lima digenggam. "Pergi mati dengan sangkaan kau. Kau tak pernah tanya apa yang terjadi pada aku. Kau.." Air mata jatuh lagi. "Kau hanya tahu aku ni budak jahat."

Diff terdiam. Memang dia pernah buat Fath menangis banyak kali tapi hari ini.. dia melihat Fath menangis depan matanya sendiri.

"Aku tak mencuri." Fath menggeleng. "Tapi tak ada siapa nak dengar cerita yang betul. Budak tu bukan mat pit. Nama dia Qayyam. Kau pergi cari dia dan minta maaf dengan dia dulu baru aku mengaku kau sepupu aku!"

Dan tanpa salam, Fath terus mendapatkan motornya.

Belah malah yang penuh kesejukan,
dia meredah bersama tangisan.

Demi Tuhan,
dia bukan budak jahat.

SUDAH jatuh, ditimpa tangga. Terkulat-kulat Fath menunduk ke lantai. Liur dah sebaldi dia telan. Rama-rama dalam perut sudah menyorok. Kalau tadi kecut sebab anak, sekarang kecut sebab bapak.

Nasib baik dia dah menangis puas-puas atas motor tadi!

Pak long berpeluk tubuh menghadap Fath. Fath sudah memejam mata. Memang mati dia kena kali ini. Sudahlah pukul 3 pagi..

"Fath pergi mana pagi-pagi buta ni?"

Walaupun suara Pak long tak garang mana namun ketegasannya tetap mampu membuatkan bulu roma meremang. Fath menelan liur. Perlahan-lahan mata naik pada wajah Pak long sebelum telinga menangkap bunyi motor masuk ke perkarangan rumah.

"Ayah.." Diff terkejut. Bila ayah balik? Melihat pakaian ayah sekadar t-shirt dan kain pelekat, Diff tahu ayah sudah agak lama berada di rumah. Laju Diff matikan enjin motor dan mendekati ayahnya. "Salam.." Tangan dihulurkan pada ayah.

"Hadif, kenapa balik lewat sangat ni? Pergi mana dengan Fath?"

Diff menggaru pipi. Bohonglah kalau Diff tak takut. Rasanya dah sebesen dia telan liur.

"Oh Fath lapar tadi. Kebetulan Diff pun nak keluar cari burger."

"Keluar dengan Fath semata burger?"

Diff menggigit hujung bibir. Kepala perlahan-lahan dianggukkan. Mata sesekali menjeling pada Fath yang menunduk pada lantai.

"La-lapar.." Diff gagap. "Ayah tak tidur?"

"Baru balik tadi. Tapi pelik motor satu pun tak ada. Ayah sempat mandi dan solat malam, tapi kamu berdua tak balik-balik. Betul ke pergi makan burger ni?"

"Betul. Tu dalam raga ada burger sebungkus. Nak?" Kebetulan memang dia ada beli burger dengan Jeff sebelum terserempak dengan Fath di belakang pondok tadi.

"Tak apalah. Ayah dah kenyang. Yang Fath ni, lain kali kalau lapar, pergi dapur dan masak. Kamu tu perempuan. Pak long tak izinkan lepasni Fath keluar jam-jam macam ni. Kalau apa-apa jadi nanti, Pak long nak bagitahu apa dekat abah kamu?"

Fath menggosok belakang tengkuk.

"Sorry Pak long. Lapar.."

"Sudahlah, pergi masuk. Esok sekolah, bukannya cuti. Nanti tertidur dalam kelas." Pak long bising. Pintu rumah dibuka. "Kalau sempat, buatlah solat malam sebelum tidur. Tapi kalau malas, cukuplah witir dan tidur. Jangan lupa Al-Mulk."

"Baik ayah."

"Baik Pak long."

Hilang sahaja Pak long dari bayangan, sedas jelingan dari Diff dia terima. Fath menarik nafas dalam-dalam.

"Aku tak pernah menipu bapak aku."

Dan Diff pun hilang dari pandangan. 





















DOMINANWhere stories live. Discover now