BAB 6

9 7 0
                                    

KAKI melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sekarang bukan waktu rehat atau waktu Koko. Sekarang waktu di mana semua orang sedang bergerak menuju ke lab. Dan dia..

Begitu bosan untuk ke lab. Chemy? Huh. Tak minat.

Mata semoat mengintai isi dalam perpustakaan. Sunyi. Bukan sunyi atas dasar itu perpustakaan tetapi sunyi atas dasar tiada manusia. Sama seperti istilah sunyi dalam kehidupan dia.

Sunyi yang tiada makna. Walaupun kaki berdiri di bandar Seremban sekalipun, hidupnya tetap tiada rasa. Dia cuma berlagak kuat sedangkan hati meronta-ronta tanpa dia tahu apa yang dia cari.

Fath melangkah ke arah signboard Biologi. Walaupun dia kureng dengan Kimia, dia amat meminati subjek Biologi. Dia suka main bedah-bedah. Dia suka belajar tentang badan manusia.

Satu modul Biologi ditarik keluar. Random page. Gambar manusia terpapar didepan mata.

Hidup dia tak adalah indah mana. Abah ahli perniagaan aras tertinggi. Abah selalu sibuk mengembangkan businessnya. Mama pula Pensyarah STEM. Pada awalnya, mereka semua boleh dijadikan satu keluarga pokok yang sangat lengkap. Abah, Ma, Hatt dan dia. Namun, apabila usia semakin meningkat, Abah hanya nampak ilmu itu penting untuk kami berdua. Hatt dapat masuk MRSM Felda. Abah izinkan atas alasan, Hatt perlu berkerjaya dan berjaya. Dan dia pula dapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah. Namun, Abah disagree dan tak izinkan untuk dia mendaftar atas alasan terlalu jauh.

Abah suruh dia masuk sekolah harian berdekatan rumah. Dia akur. Hatt pula sudah dihantar ke MRSM Felda. Hari demi hari, rumah menjadi sunyi. Abah dan Ma mula anggap dia boleh hidup sendiri. Abah dan Ma memilih untuk menjadi ahli perniagaan yang aktif.

Dan dia mula hidup bersendiri.

Page sebelah diselak. Gambar jantung pula.

Hari demi hari, kesunyian menghamparkan rasa tawar dalam diri. Bosan. Dia curi-curi keluar rumah tanpa izin Abah dan Ma. Dia berkawan dengan budak-budak yang suka melepak di kolah Pak Saad. Hidupnya sedikit sebanyak terisi dengan aktiviti luar seperti memancing.

Seperti main gitar.

Seperti lepak mamak sampai pagi.

Seperti jual burger di tepi jalan.

Seperti.. celuk poket orang di pasar malam semata-mata nak berhibur.

"You are to much!" Abah memekik.

Mata Abah waktu itu garang seperti helang. Sangat digeruni. Selain badan menerima penangan buluh bercabang dari Abah, Abah juga menghalau dia keluar dari rumah. Namun disebabkan hati seorang Ma yang masih menyayangi dia, Ma berjaya pujuk Abah.

"Fath duduk dengan Pak lang dan Mak lang. Selagi Fath tak rasa diri Fath tu baik, jangan balik!"

Muktamad.

Hanya disebabkan kes mencuri.

Sob.

"Jantung tu umpama kompleks terpenting dalam tubuh manusia, kan?" Satu suara menegur.

Fath mengangkat wajah ke sebelah. Alangkah terkejutnya mata melihat satu susuk tubuh yang tak disangka-sangka akan berdiri di sebelah dia.

"Bayangkan kalau jantung penat berdegup dan take a long break. Apa jadi pada kita?" Matanya jatuh pada Fath.

"Mati." Dingin Fath menjawab. Modul ditangan dia tutup.

"Same goes with us. Kita akan mati kalau jantung kita pilih untuk mati, betul?" Rambut ditolak ke belakang. "What if one day kita choose untuk mati?"

DOMINANWhere stories live. Discover now