Part 2

42 6 1
                                    

"At last, Rapunzel was home and she finally had
a real family. She was a Princess worth waiting for. Beloved by all, she led her kingdom with all the
grace and wisdom that her parents did before her.
And as for me, well, I started going by Eugene
again. Stopped thieving and basically turned it all
around, but I know what the big question is, hah.
Did Rapunzel and I ever get married?"

Tersenyum aku melihat lakonan Beomgyu yang luar biasa. Dah lah kacak, pandai dan berbakat pula tu. Memang boyfriend material sangat.

"And we're living happily ever after."

"Yes, we are."

Mereka pun menamatkan persembahan dengan jayanya. Aku bertepuk tangan dengan perlahan sebab sekarang aku ada kat tepi pentas bersama crew lain. Aku ni dah consider as ahli kelab ni jadi kena lah berdiri di sebalik pentas bukan kat tempat duduk penonton.

"Wei Areum, pergi ready kat depan changing room. Japgi diorang nak ganti pakaian. Pastikan semua costume cukup okay." Arah Ryujin.

"Baik boss." aku pun pergi melaksanakan tugas.

Selang beberapa minit, satu per satu pelakon datang dengan wajah gembira dan puas hati. Lakonan berjalan dengan lancar mestilah happy kan.

Tapi dalam banyak-banyak wajah tu, takde wajah Beomgyu. Mana dia?

"Sieun dan Beomgyu nampak serasi kan? Aku nak tengok diorang berlakon bersama lagi."

Aku terdengar salah sorang pelakon extra memuji chemistry dua watak utama itu. Sieun memang cantik, tapi... aku lagi cantik so tak jadi lah nak insecure.

"Nah costume. Sorry lah ada bau tak menyenangkan, aku banyak berpeluh tadi." ujar Jeongin sambil menghulurkan pakaian yang dipakainya semasa di atas pentas tadi.

Aku sambut costume yang diberikan oleh pemegang watak Hook-Hand Thug tersebut, perghhh betul lah bau dia memang tak menyenangkan langsung.

"Kamsahabnida." kataku. Dia pun beredar.

Beberapa orang lagi memulangkan costume mereka. Aku susun elok-elok semua pakaian tu pada palang penyangkut baju besi. Hanya tinggal watak Rapunzel dan Flynn Rider belum ada.

Mana pulak pergi dua ekor ni? Baik aku pergi cari.

Baru setapak aku melangkah, telingaku terdengar suara Sieun memanggil Beomgyu. Kedua-dua manusia itu dalam perjalanan untuk ke sini.

Punyalah aku sambut kedatangan mereka dengan senyuman lebar tapi dorang langsung tak layan aku. Okay be positive maybe dorang tak nampak aku.

"Beomgyu-ah, jom lah join wrap party malam ni." Sieun memujuk seperti typical it girl dalam cerita-cerita yang korang selalu baca tu.

"Macam aku cakap tadi, aku ada hal lain." balas Beomgyu, wow dingin semacam.

"Alah.. sekali ni je, tak best lah kalau takde-"

"Aku nak tukar baju. Please go away." usir Beomgyu.

Aku di sini tahan gelak. Nampak sangat Sieun try hard nak goda Beomgyu.

"Ish betul lah kata orang, awak ni teruk." Sieun ingin meninggalkan tempat ini, tapi aku sempat halang.

"Eh nak pergi mana? Kau belum bagi costume tu, nanti aku pulak disalahkan Ryujin."

"Nak balik. Esok aku pulangkan costume, aku dah bagitau Ryujin." kata dia dengan nada berang.

"Ewahh dia badmood libatkan aku sekali. Tak salah pun cakap elok-elok." gumam aku sendirian.

Kalau Sieun ni kawan aku, dah lama makan selipar. Nasib je dia tu kenalan biasa.

"Ehem."

Tiba-tiba seseorang membersihkan tekak dia, sebagai tanda nak tarik perhatian aku.

None other than Choi Beomgyu. Aku menoleh ke arah dia.

"Boleh tolong?"

"Apa?"

"Bukakan zip belakang ni. It's stuck."

Aku menelan air liur. Z-zip?

"Boleh ke tak?" sekali lagi dia bertanya.

"Boleh boleh."

Aku berjalan menghampiri dia. Lebih tepat lagi di belakang dia. Zip yang tersekat itu aku cuba turunkan. Tapi dah nama tersekat mestilah keras sikit, jadi aku gunakan seluruh tenaga aku untuk tarik zip ke bawah.

Yang untungnya zip berjaya dibuka. Yang malangnya, pakaian tu terkoyak. Tambah malang lagi badan Beomgyu yang kekar itu terdedah. Taktau lah itu malang atau tuah aku dapat lihat body sado dia.

Apa-apa pun Beomgyu tak marah atau panik, sebaliknya dia nampak tenang dan bersahaja. Kemudian dia berpaling berhadap aku,

"You wanna see my body so badly, huh?"

Mataku membulat. Heol! Memang lah aku mengaku untung dapat lihat badan dia tapi tu tak sengaja.

"Tak! Don't get me wrong. I was just-"

"Yoon Areum.. you.."

Dia tahu nama aku. Wahh ingatkan dia tak kisah dengan kehadiran aku.

"You like me right?"

Soalan yang betul-betul di luar dugaan otak aku. KETARA sangat kah aku syok kat dia? Setahu aku tak langsung. Aku sejenis yang pandai sembunyi emosi.

"Tak."

"Jangan tipu. I know you're interested in me. Dari pandangan mata kau tu pun aku dah boleh tahu."

Shit.. dia boleh baca gerak geri orang lain ke? Macam mana ni? Takkan nak mengaku.

"Just admit it. Kau tak jerit pun nampak badan aku, so kau memang suka aku."

Ok yang tu aku mengaku aku silap. Tapi mamat ni terlalu yakin.

"Don't be over confident." aku menjeling, mencuba untuk tidak bertembung mata dengannya.

"But it's true, that you like me. And I like you too, so keluar dengan aku."

Korang dengar apa dia cakap? Dia suka aku dan ajak aku keluar kan? Aku sedang bermimpi ke? Atau Choi Beomgyu memang benar ajak aku date?!

Omaiigaad. Kalau ini mimpi, tolong jangan bangun. Aku ingin selamanya dibuai mimpi indah ini.

Aku memandang dia tak percaya, dia tersenyum tapi aku tak dapat rasakan kemanisan dalam senyuman tu. Dia lebih kepada berpuas hati.

"You like me too?" soal aku bagai si bodoh.

Dia mengangguk, "Kau setuju ke tak keluar dengan aku?" soal dia.

Gila tak setuju?! Tapi sebagai perempuan, kena lah jual mahal kan.

"No. Kita tak kenal each other pun."

"Are you dumb or what? Itulah gunanya keluar temujanji untuk kenal pasangan kita."

Sakit sikit tau bila dia kata aku dumb tapi takpe, aku faham yang aku ni slow sikit. Maklumlah dah lama single. Last aku bercinta masa sekolah menengah dulu. 7 tahun lalu.

"Aku.." aku masih berfikir. Tapi bila tengok wajah kacak plus babyface dia, terus aku rasa macam nak kata ya tanpa banyak soal.

"Baiklah aku setuju." putusku. Inilah masanya untuk aku mencuba lagi dalam perhubungan.

Berkarat dah skill romantik aku gara-gara lama disimpan.

"Nice. Tomorrow's night, 8 o'clock. Aku send location kat kau nanti." dia mengukir senyuman yang kali ini nampak manis.

Alahai cupid, aku harap lelaki inilah yang kau tembak hatinya untuk aku.

Dan paling penting aku tak single lagi pada hari Valentine nanti!!!

—-

TBC

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now