From: Gyu<3
Kau masih marah pasal aiskrim kemarin ke? Sorry lah, siapa suruh tak kirim awal-awal. Btw, jom tengok wayang malam ni. Aku belanja.Aku tahu dia cuba memujuk tapi cara dia pujuk tu ergh macam buat tambah sakit hati. Nevermind, lambat laun aku akan terbiasa dengan cara dia. Yang penting sekarang, aku dapat tengok wayang free!
Sewaktu aku melepasi pintu asrama perempuan, seseorang yang aku tak kenal menegur aku.
"Sunbaenim."
Aku memandang ke arah empunya suara. Dah dia panggil sunbae mesti dia junior aku.
"Ya?"
Gadis itu nampak ragu-ragu untuk bercakap.
"Sunbae ni girlfriend baru Beomgyu ke?"
Ops dah tersebar kah tentang hubungan aku dengan Beomgyu. Perlahan aku mengangguk kepala.
"Kenapa?"
"Saya cuma nak bagi amaran, Beomgyu tu nampak je hensem tapi perangai dia teruk. Kawan saya pernah keluar date dengan dia, tapi tak bertahan sampai seminggu sebab dia layan kawan saya tu macam sampah. Belum terlambat lagi untuk sunbae tinggalkan dia."
Aku speechless. Selama dua hari ni memang dah nampak ciri-ciri redflag pada Beomgyu tapi aku anggap itu cara dia, so aku lah yang kena faham dengan dia. Lebih-lebih lagi aku berpegang kuat pada ayat 'kalau sayang kena lah terima seadanya'. Macam bodoh kan.
"Oh, kamsahabnida untuk amaran tu. Sunbae akan berhati-hati dengan dia." balasku. Sejujurnya aku tak tau nak kata apa, sebab perempuan ni datang kat aku bagi amaran pasal Beomgyu macam tiber.
Selepas selesai berurusan dengan junior tu, aku pun teruskan perjalanan untuk pergi berjumpa Beomgyu. Aku malas nak fikirkan sangat pasal amaran junior tu.
Tiba di depan hostel lelaki, macam biasa lah kena tunggu dia setengah jam. Kenapalah aku ni suka sangat tepati masa.
"Oi Areum!"
Suara deep lelaki itu kedengaran kuat, kalau orang lain dengar mesti diorang tak rasa yang kami ni couple.
Aku berpaling ke arah dia, di sisi dia ada sebuah motorsikal. Eh tak sangka dia bawa motor.
Kaki ku atur mendekati dia, "Whoa, motor siapa ni?"
"Kawan, aku pinjam. Jimat sikit tambang bas."
"Kau ada lesen ke?"
"Of course I have." katanya lalu memakai helmet. Dia capai satu lagi helmet, dan aku berharap dia pakaikan aku helmet tu. Tapi...
"Nah helmet, pakai dan naik cepat." dia cuma hulurkan helmet dan terus naik atas motor.
Tak gentleman punya lelaki. Areum stop! Ini bukan kdrama, kau tengah berhadapan dengan realiti. Tapi bagus guna naik motor, dapat lah aku peluk dia dari belakang.
Lepas pakai helmet, aku pun naik motor di belakang dia. Tatkala aku dengan happy nya nak peluk belakang dia,
"No jangan peluk, aku geli nanti tak selesa bawa motor."
Tak guna, aku letak pula tangan aku kat bahu dia.
"Bahu pun geli juga."
"Habis tu aku nak berpaut kat mana?"
"The seat."
Hampeh betullah!
***
Usai tiba di panggung wayang, kami pergi membeli tiket. Bila tiba giliran kami untuk beli tiket kat mesin kiosk, aku tak tau nak pilih movie apa.
"Movie apa yang best?" tanyaku pada Beomgyu, kut-kut dia ada cadangan.
"Up to you."
"Hm how about Anti-Romantic lakonan Kang Taehyun?"
"Tak best, hero dia tak bijak. Lakonan kaku dan ending diorang tak bersama."
Oh mesti dia dah tengok tu lah dia tau ending.
"Kalau macam tu filem Blue Hour lakonan Choi Soobin."
"Choi Soobin? Huh for real? Pelakon paling tak cool kat Korea. Tukar lain.."
Amboi sedap mulut dia mengkritik orang. Namun aku tetap cari juga movie lain.
"Ni lah lakonan Choi Yeonjun, Good Boy Gone Bad."
"Movie ni lagi lah! Hero dia acah-acah hensem, adegan lawan pun nampak tak real. Layak dapat rating 0.5/10 je."
Aish semua lah tak kena selera dia. Okay tinggal movie terakhir ni je lagi,
"Pilihan terakhir Can't You See Me lakonan Huening Kai. Jangan cakap yang kau dah tengok."
"Memang dah tengok, hantu dia tak seram, seram lagi wajah pelakon utama tu. Ending semua mati, not worth watching."
(sorry MOA, author tak bermaksud untuk hina member TXT yang lain, hanya sekadar gurauan XD)
"Habis tu kalau semua kau dah tengok dan tak best, kita nak tengok apa?!" aku tertengking dia tanpa sengaja. Perangai dia buat sakit hati aku.
Dia sekadar mengangkat bahu. Wajah dia macam biasalah, tak ada rasa bersalah langsung. Aku dah hilang mood nak tengok wayang.
"Tak payah lah tengok, dah takde mood." aku terus beredar, Beomgyu ikut aku sekali.
Tak guna, aku mengharapkan dia pujuk aku tapi dia terlalu bodoh untuk sedar.
—-
TBC
YOU ARE READING
My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]
FanfictionBila kau dah lama single dan desperate nak ada boyfriend supaya tak alone pada hari valentine. Maka dapatlah kau boyfriend yang kacak, tinggi, bergaya tetapi perangai TERUK nak mampos! p.s. spin-off dari kisah my worst boyfriend ver. taehyung, kali...