"Due date tinggal seminggu, tapi data kajian kita belum siap. Banyak lagi benda kena buat. So, saya harap kita semua dapat siapkan tepat pada masanya. Fighting!" ujar Minjeong selaku ketua kumpulan untuk assignment pemasaran kami.
Ah dah terasa hectic week nak dekat-dekat exam ni. Mana lagi program keusahawanan akan berlangsung tiga hari lagi.
Selepas perjumpaan bersama kumpulan selesai, aku pergi ke kafe untuk mengisi perut. Setelah pilih makanan, aku angkat tray dan mencari tempat duduk. Dari jauh aku terlihat Beomgyu angkat tangan sambil memandang aku, menyuruh aku duduk bersama dia. I think this is the first time we eat lunch together.
Aku mengambil tempat duduk di hadapan Beomgyu, tray berisi makanan ku letak atas meja.
"Muram nampak?" ujar Beomgyu. Memang kekusutan kat wajah aku ni tak boleh disembunyikan.
"Ya, stress sikit sebab minggu ni banyak assignment nak kena hantar."
Tiba-tiba dia memaut bahu aku, tersentak aku dibuatnya.
"Stress? Let me show you what I do to relieve stress."
"O..kay."
***
Dia bawa aku pergi mall kecil di sekitar Yeonhui-dong. Buat apa? Aku pun tak tahu. Dan kini kami berada kat atas jejantas yang menghubungkan dua bangunan. Di bawah pula ramai orang lalu lalang, entah kenapa dia bawa aku ke tempat sesak ni.
Aku ingatkan dia nak bawa aku pergi main game, sebab itu hobi dia.
"Apa kita buat kat sini?" aku pandang Beomgyu.
"I always do this for fun." balasnya, langsung tak menjawab soalan aku.
"Buat apa?"
"See and learn."
Jauh dari apa yang aku fikirkan, dia tiba-tiba mengumpul air liur dalam mulut dia.
Apa dia buat ni? Kotorlah!
Lepastu dengan sekuat hati dia ludah kat bawah jejantas. Aku tengok bawah, ludah dia terkena kat kepala salah seorang yang lalu lalang di bawah. Aku menekup mulut kerana shock dengan keadaan tu.
"Sembunyi cepat." ujar Beomgyu seraya menarik tangan aku untuk berundur supaya orang yang kena ludah tu tak nampak kami.
"What the hell are you doing Beomgyu? Jijik lah. Kesian kat orang tu." aku marah dia.
"Hahahaha relax lah." dia masih boleh ketawa.
"Aku dah biasa buat benda ni kat sini." sambungnya.
Aku menggeleng berkali-kali. Itu ke dia buat untuk keseronokan? Jijik siot.
"Try lah buat. Best tau."
"Ee tak nak lah. Kotor."
"Bukan selalu, buat je lah." dia seakan memaksa aku.
"Orang tak marah ke?" soalku sambil memandang sekeliling.
"Tak. Cubalah cepat."
Aku pun bagai kerbau dicucuk hidung, ikut je kemahuan dia. Aku kumpul air liur banyak-banyak macam dia buat tadi.
"Banyak lagi." arah Beomgyu.
Aku meludah ke bawah setelah mengumpul banyak air liur. Elok masa tu ada lelaki botak kat bawah tengah jalan. Ludah aku kena kepala dia.
Lelaki botak tu pegang kepala dia bila terasa ada sesuatu, lepas tu dia pandang atas. Nasib baik aku dan Beomgyu sempat menyorok.
Beomgyu tertawa terkekek-kekek sambil mengawal bunyi suaranya, aku turut sama tergelak, best pula buat benda gila ni.
"Kan aku dah cakap benda ni best." kata Beomgyu dengan sisa tawanya.
Ya aku setuju memang best. Aku buat benda ni sampai lah stress aku hilang. Walaupun kotor tapi berkesan buat aku happy. Mungkin ini lah yang junior tu maksudnya perangai teruk dia, tapi bagi aku tak lah teruk mana. Masih boleh diterima.
Beomgyu? Tak sangka dalam pada dia control macho, terselit perangai tak senonoh dia. Can't deny that he made me happy today. What other 'surprises' will he show me in the coming days?
—-
TBC
YOU ARE READING
My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]
FanfictionBila kau dah lama single dan desperate nak ada boyfriend supaya tak alone pada hari valentine. Maka dapatlah kau boyfriend yang kacak, tinggi, bergaya tetapi perangai TERUK nak mampos! p.s. spin-off dari kisah my worst boyfriend ver. taehyung, kali...