Part 10

26 4 0
                                    

Hari ni hujung minggu, sepatutnya masa untuk aku membuta sampai tengahari. Tapi tak tau apa mood Beomgyu bawa aku pergi hiking.

Alasan dia sebab BMI aku tak seimbang so tanggungjawab dia untuk seimbangkan benda tu. Banyak lah dia punya tanggungjawab!

"Jauh lagi ke?"

"Sikit je lagi."

"Tadi pun kau kata sikit lagi nak sampai tapi tak sampai-sampai juga."

Dia cuba scam aku ke ni.

"Alah lemah sangat lah kau ni. Pasni aku kena ajak kau hiking minggu-minggu baru bekerja otot kau tu."

Tak guna, dia cakap seolah-olah selama ni aku tak guna otot-otot aku. Aku meneruskan langkah tanpa membalas kata-kata dia.

Beberapa minit kemudian, kaki aku terasa macam nak tercabut. Aku rasa sampai sini je lah kudrat aku.

"Beomgyu, kaki aku sakit." rungutku.

"Habistu? Dah namanya hiking mestilah sakit kaki." jawab dia sarkastik.

Ceh tak gentle langsung, cuba lah dia offer nak angkat ke. Tak jadi aku nak mengemis simpati dari dia.

***

"Sampai pun!!" aku menjerit kegembiraan. Badan bukan main mandi peluh lagi.

Aku memerhatikan permandangan dari puncak bukit Ansan. Bukit je tau bukan gunung, kalau gunung memang aku patah sebelum sampai.

"Cantiknya.." takjub aku melihat kota Seoul yang indah. Universiti kami pun boleh nampak jelas dari atas ni.

"Cuba teka tempat favourite aku kat Seodaemun ni?" soal Beomgyu.

Aku pandang Beomgyu, dia pun tengah menikmati permandangan yang sama.

Dia ingat kawasan kat Seodaemun ni kecik agaknya.

"Hmm Yeonhui-dong?"

"Salah."

"Changcheon-dong?"

"Salah."

"Habis tu kat mana?"

"Kat gerai ahjumma Kim depan universiti kita."

Siot lah, tak terfikir langsung aku tempat tu.

"Alasan?"

"Sebab kat tempat tu lah aku temui jiwa aku."

Okay sejujurnya aku tak faham apa dia cuba cakapkan. Jiwa apa?

Jangan-jangan dia tersuka kat ahjumma Kim?

"Jangan cakap yang kau pernah suka ahjumma Kim? Tapi terpaksa move on sebab dia dah bersuami."

"Bodoh lah kau ni."

Free-free aku kena maki. Aku gurau je, tak mungkin lah dia suka ahjumma Kim yang dah sebaya ibu kami.

"Gurau je lah, maksud kau apa?"

"Lupakan je lah."

Merajuk pula dia. Tapi jarang lah nampak dia cemberut macam ni, berganda comel.

Setelah puas menikmati keindahan alam dan mengambil gambar. Kami pun bergerak hendak turun.

Matahari pun makin mencanak naik. Kalau lambat lagi, terbakar kulit.

Masa dalam perjalanan, aku terpisah dengan Beomgyu sebab dia laju sangat jalan. Tak reti nak tunggu aku.

Tak jauh setelah itu, aku ternampak Beomgyu sedang menyapa seorang wanita yang terduduk sambil menyentuh pergelangan kaki. Nampak macam cedera.

Beomgyu dengan selamba mengangkat wanita itu di belakangnya. Aku tercengang.

DIA ANGKAT PEREMPUAN TU! AKU SELAKU GIRLFRIEND DIA NI PUN DIA TAK SUDI ANGKAT, KENAPA PULA DIA ANGKAT PEREMPUAN TU?!

Aku menghampiri Beomgyu dengan wajah tegang.

"Beomgyu, siapa perempuan ni?" soal aku.

Serentak Beomgyu dan wanita tu toleh aku.

"Aku cuma nak tolong sebab dia cedera."

"Siapa ni? Girlfriend awak ke?"

"Eh bukan, dia kakak saya."

Dia cakap aku kakak dia? Dia dah melampau sangat ni.

"Jerk." aku terus pergi dari situ tanpa pedulikan mereka.

Cukup lah! Hari-hari makan hati dengan perangai dia. I've had enough.

Aku terlebih dahulu tiba kat bawah, manakala Beomgyu menyusul setelah itu. Perempuan yang dia angkat tadi tak lagi kelihatan bersama dia.

"Areum-ah, aku gurau je tadi tu. Saja nak tengok reaksi kau."

Dah mengorat perempuan lain, kata aku ni kakak dia. Boleh pula minta maaf macam tu je?

"Whatever, jom balik. Aku penat, nak mandi." aku terus menuju ke motor.

"Alah Areum, jangan lah merajuk. Buruk muka kau nanti." dia cuba memujuk.

Buruk tak buruk aku dah tak kisah. Sampai bila dia nak dera mental aku macam ni? Dah tiga minggu aku bertahan, dia langsung takde perubahan. Dia tetap layan aku macam bukan siapa-siapa dalam hidup dia.

Sumpah, aku penat!

***

Malam itu, otak aku tak berhenti berfikir tentang hubungan aku dan Beomgyu. Tentang orang-orang yang pernah cakap bahawa perangai Beomgyu tu teruk.

Ternyata apa yang diorang cakap tu betul. Beomgyu tak pernah fikir pasal perasaan aku, selalu buat ikut suka hati dia.

Tak romantik.

Tak gentleman.

Kadang tak matang.

Selalu buat aku sakit hati.

Dan paling penting, dia tak pernah cakap yang dia sayang aku.

Adakah aku patut teruskan hubungan ni? Atau tinggalkan lelaki macam dia yang jelas-jelas dah tunjukkan red flag.

Aku dah semakin tawar hati. I don't know anymore.

---

TBC

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now