Part 8

31 2 0
                                    

Hari ni aku ambil masa untuk bersiap sebab nak kena pakai make up dan dress yang Ryujin suggest semalam. Dress berwarna kuning paras peha serta tanpa lengan terletak kemas di badanku. Ni kalau Beomgyu tengok, confirm dia tergoda. Tak sabarnya aku nak lihat reaksi dia.

Setelah puas hati dengan penampilanku, aku pun keluar untuk menemui Beomgyu di hadapan bangunan asrama lelaki.

Aku memasang senyuman lebar bila melihat kelibat Beomgyu keluar dari bangunan,

"Beomgyu-ah!" laung aku sedikit riang.

Dia menyapa aku dengan pandangan dari atas ke bawah, mungkin menilai penampilan aku yang agak lain hari ini. Mesti dia nak cakap aku cantik.

"Baju apa kau pakai ni? Tak kena langsung dengan kau." dia ketawa setelah menuturkan ayat itu.

Aku tercengang, pelik dan lawak sangat ke aku berpakaian macam ni?

"Tak cantik ke aku pakai dress?"

"Tak."

Dush! Straightforward sangat jawapan dia.

"Kau tu tak sesuai pakai makeup dan baju menonjol macam ni."

Dush! Sekali lagi macam kena tembak. Dia ni biar betul? Dia langsung tak tertarik dengan penampilan aku hari ni? I feel disappointed.

"Lagipun sekarang masih musim sejuk, patut pakai baju tebal sikit. Kalau sakit nanti macam mana? Dah pergi tukar."

"Tukar? Sekarang?"

Dia angguk. Perghh, rasa sakit tu menusuk sampai ke tulang sumsum. Walaupun agak berat hati nak balik ke dorm semula, aku gagahkan juga melangkah.

"Tunggu kejap." langkahku terbantut dek ayat itu. Aku pandang dia kembali.

Adakah dia nak tarik balik kata-kata dia tadi? Masih ada harapan untuk tak tukar baju.

"Solekan kau tu pun buang sekali ye, nampak ganjil muka kau kalau pakai benda tu."

Pulak! Ingatkan dia nak kata dia bergurau je tadi, rupanya dia siap komen pasal makeup aku.

Teruk betul boyfriend aku ni!

Aku kembali ke dorm, capai sweatshirt old fashion aku dan seluar slack. Tak lupa juga ganti heels yang tadi ku pakai kepada kasut sneakers. Lepas dah siap semua, aku pergi menemui Beomgyu semula.

Penat lah jadi girlfriend dia, asyik aku je kena pergi tempat dia. Alasan sebab asrama lelaki lebih dekat dengan kawasan kampus. Walaupun benda tu betul tapi at least hantar lah aku sampai pagar asrama perempuan, baru lah nampak kasih sayang dia tu.

Atau dia tak sayangkan aku? Hmm.

"Hah kan cantik pakai macam ni walaupun nampak selekeh sikit." komen Beomgyu lepas kamu berjumpa balik.

Dia puji dalam masa yang sama dia hina. Itulah dia perangai boyfriend aku.

"Apa-apa je lah. Jom makan, aku dah lapar." kataku, sudah hilang mood gara-gara hal tadi.

"Kajja!" Beomgyu bersemangat. Kalau pasal makanan laju budak ni.

***

Hari ni Beomgyu ajak makan di cafe bertemakan makanan western sebab dia craving pasta. Perut dia je dia fikirkan, perut aku ni macam mana pula. Aiyo tapi takpe sebab dia kata dia nak belanja aku. Nak pujuk aku lah tu!

"Beomgyu."

"Ya?"

"Esok datang lah pergi program keusahawanan yang aku cakap hari tu."

"Oh yang ada jual-jual dan pelbagai booth tu ke?"

"Ya."

"Oh, tengok lah kalau aku tak busy."

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now