2

3 1 0
                                    

ASFA mengendap di pintu bilik Dian dan Nies yang terbuka sedikit. Tiba-tiba pintu dikuak oleh seseorang. Asfa tayang muka selamba. Namun begitu, Nies hanya menunjukkan muka yang tidak beriak.

"Dian tak sihat. Macam mana ni? Aku dahlah tak berapa nak pandai pasal selok belok negara orang ni." Ucap Nies selamba. Asfa menunjukkan muka terkejut. Dia terus meluru masuk mendapatkan Dian yang tengah berbaring sambil berselimut.

"Kenapa dengan Dian?" Asfa meletakkan tangannya di dahi Dian. Panas.

"Dian demam. Aku rasa dia penat sangat kut kelmarin dahlah dia ni memang selalu jet lag." Terang Nies. Mereka buntu. Tak tau macam mana cara nak bawak Dian pergi hospital. Ubat? Memang tak bawak langsunglah. Dah namanya bercuti kan.

"Aku ada idea. Kau tunggu sini je tau. Nanti aku datang balik." Nies di tinggalkan dengan persoalan. 'dia nak pergi mana tu.? Nak minta tolong siapa? Takkanlah Alif dan Tasha. Dia orang kan sekarang tengah jalan-jalan dengan Family. Takkan nak kacau orang yang tengah sibuk nak merapatkan silaturrahim.' Jauh melayang fikiran Nies saat ini.

Saat-saat seperti ini Asfa tidak memikirkan nama lain kecuali 'Adam Fayyad' dia berusaha mengingat jalan ke taman tempat dia berjumpa Adam kelmarin. Dia yakin Adam akan dapat bantu dia. Dia agak-agak sahaja yang hari ini pun Adam akan jogging dekat tempat yang sama.

Cari punya cari akhirnya matanya menangkap kelibat Adam yang sedang duduk di sebaris kerusi yang kosong. Hanya Adam seorang yang berada disitu. Memakai pakaian sukan bewarna kelabu berkasut biru. Asfa berlari untuk mendapatkan Adam.

"Adam." Adam mengangkat kepala setelah mendengar namaya dipanggil oleh seseorang. Asfa masih termengah-mengah lagi menahan letih. Tesekat-sekat nafasnya. Ini semua demi Dian. Sahabat dunia akhiratnya.

"Yes Asfa?" Adam yang tadinya duduk terus berdiri menghadap Asfa.

"Boleh tak awak tolong saya. Kawan saya demam panas. Kita orang tak bawak ubat langsung. Lepas tu kita orang tak tau selok-belok dekat sini kalau nak bawak dia pergi hospital." Adam pula yang jadi cemas.

"Okay. Dia kat mana sekarang. Awak bawak dia keluar dekat lobi. Saya tunggu depan tu. Saya kena ambil kereta saya dulu." Tanpa berelngah, Asfa terus pergi ke bilik untuk mendapatkan Dian dan Nies. Nasib baik wujud seorang Adam Fayyad dekat bumi Korea ni.

DIAN terasa lega sedikit setelah mengambil ubat yang diberikan oleh doktor tadi. Kini dia berada dalam tandas. Menatap dirinya sendiri. Pucat. Dia mengeluarkan lipstick di dalam beg sandangnya. Di calit sedikit di bibir. Barulah nampak elok sedikit. Nasib baik dia tak crush dengan Adam. Kalau tak nak ke malu sampai rasa nak gali kubur sendiri dia dibuatnya.

"Dian. Dah okay?" Tanya Adam. Dian angguk. Nies dan Asfa menarik nafas lega.

"Sekarang nak pergi mana? Makan?" Tanya Adam lagi. Ketiga-tiganya berfikir sejernak.

"Theme park" Jawapan daripada Dian mengundang rasa hairan Asfa dan Nies. Adam ketawa.

"Apa kau merepek ni?" Marah Asfa. Dia memang kenal sangat Dian. Suka cakap bukan-bukan. Sesuka hati dia sahaja nak petik nama tempat nama nak pergi.

"Serius nak pergi theme park? Kalau serius. Kita kena pergi makan dulu. Baru boleh pergi theme park." Mata Dian bercahaya. Nies pun sama. Asfa rasa sedikit tidak selesa dengan kawan-kawannya. Dia rasa serba salah sebab dia adalah punca Adam terlibat dalam kes ni. Tak pasal-pasal Adam kena melayan kerenah Nies dan Dian ni.

"Okay." Mereka bertiga mengiringi langkah Adam. Almaklumlah memang tak tau lansung mana kedai makan. Mana tandas awam. Mana pusat beli belah. Jadi, benda yang harus dibuat adalah membuntuti Adam.

Dreams Come TrueWhere stories live. Discover now