ASHRAF tergesa-gesa mendapatkan Raihan. Tetapi malangnya dia tak Nampak langsung kelibat Han. 'Takkanlah dia pagi-pagi macam ni boleh hilang. Pergi mana? Jogging? Jarang tengok Han keluar kalau kat Malaysia nih.' Dia garu kepala yang tak gatal.
"Raf, kenapa duk tergaru-garu dekat sini? Tak reti ke duduk. Sarapan."Ashraf berpaling menghadap Mummynya.
"Mum, kita ada masalah besar tau. Klien dari Korea nak datang. Dad pulak masih dekat London. Masalahnya sekarang ni. Raf tak berapa pandai bab pengurusan atasan ni. Mum tau kan Raf suka kerja bahagian bawah je. Han mana?" Mummynya hanya tersenyum mendengar suara kerisauan daripada anaknya.
"Han dan pergi jemput dia dekat airport." Ashraf terkedu. Cepat betul! Adik aku ni apa ? Superman ke? Han memang agak cekap kalau bab-bab pengurusan. Yang paling penting dia pandai cover. Dan part yang paling best lagi dia ni mulut manis.
"Cepat betul dia tu kan Mum. Mum tak rasa ke nak kahwinkan dia?"Ashraf senyum jahat, dia sengaja nak kenakan Han dia tahu yang Han tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Orang nak bercinta dia pun nak jugak. Macam budak-budak.
"Kalau Mum kahwinkan Han. Mum kena kahwinkan Raf sekali. Raf ni berkias ke? Dah nak kahwin sangat?"Ashraf senyum. Kahwin? Dengan Rubby? Macam, best je. Bisik hatinya. Namun dia tak faham kenapa Mummy dia kurang berkenan dengan Rubby.
"Mum dah boleh ke terima Rubby?" Muka mummynya berubah riak mendengar soalan daripada Ashraf. Dari situ Ashraf dah tahu yang Mummynya masih lagi tidak boleh menerima Rubby. Dia pun tak faham kenapa? Melalui pandangan dia, Rubby elok. Sopan santun. Pakai tudung. Cakap pun berlapik tak macam perempuan lain.Dia malas nak panjangkan cerita tentang Rubby takut Mummynya bertambah panjang muncungnya. Biarlah kalau memang dah jodoh lambat laun mummynya akan terima jugak.
DIAN sibuk memasukkan telefon bimbit ke dalam begnya. Dia masih lagi menunggu Aryani. 'Kenapa lama sangat dia ni, selalunya dia yang datang awal dari aku.'Dian masih lagi berusaha memasukkan telefon bimbit ke dalam begnya. Dia terasa melanggar seseorang. Dia terduduk.
"Sorry." Ucap seseorang. Dian mengangkat kepalanya. Dia masih ingat lagi lelaki di depannya ini.
"Eh. Awak kan yang..." Ya yang di depannya ini adalah lelaki yang bagi last mix popcorn dekat dia masa kat Korea. Alah yang Dian kata handsome tu lah.
"A... saya tak sengaja. Awak boleh bangun tak ni?" Dian tak mampu berkata-kata. Dia terpaku dengan ke kacakkan lelaki di depannya ini. Seolah-olah dia memang ditakdirkan untuk dilanggar oleh lelaki-lelaki kacah sahaja didunia ni.
"Sa.. saya okay. Awak in hurry ke? Awak pergilah. Awak macam tergesa-gesa sampai terlanggar saya." Dian perlahan-lahan berdiri. Lelaki di depannya tersenyum. Manis sekali.
"Ya. Saya nak jumpa klien. Bukan klien saya. Klien kawan saya. Saya jalan dulu. Contact saya nanti." Sebelum berlalu, lelaki itu sempat menghulurkan name card kepada Dian. Dian terus meneliti pada name card tersebut.
"Edmir Adith." Ucapnya perlahan sambil mengukirkan senyuman.
"Woi... Puas aku carik kau. Kat sini kau ye." Senyuman di bibir Dian padam setelah ditegur oleh Aryani.
"Kau lama sangat apesal? Aku penat tunggu kau tau tak?" Marah Dian. Sebenarnya bukan marah sangat pun. Kalau Aryani datang awal mesti dia tak jumpa mamat handsome tadi. Siap suruh contact pulak lepas tu.
"Aku ada kerja sikit kat rumah tadi. Jomlah. Carik café. Aku tak sabar dah nak cerita ni." Dian hanya menggeleng kan kepalanya. Dia terpaksa ikut langkah Aryani kerana tangannya telah ditarik oleh Aryani.
YOU ARE READING
Dreams Come True
Random"Dreams" atau dalam bahasa melayunya "Impian". Setiap manusia ada impian. Bezanya cuma lah tahap impian tersebut. Ada orang dia mampu menyimpan Impian yang besar dalam hidup dia walaupun kelihatan mustahil untuk dicapai. Ada juga yang cuma berimpian...