6

3 2 0
                                    

NIES memandang sekilas pada jam di telefon bimbitnya. Sudah menghampiri waktu zohor. Oleh kerana hari ini merupakan hari minggu, dia turun ke Café untuk membantu Ibu dan ayahnya. Keluarga Nies sederhana. Tapi dia cukup bersyukur dengan apa yang dia ada. Sebelum kesurau untuk menunaikan solat fardhu, Nies cepat-cepat mengambil tempat di meja yang kosong untuk mejamah makan tengah hari.

Sambil makan, dia memerhatikan gelagat pasangan kekasih yang duduk betul-betul di depannya. Dalam hati pun mula berkata 'Bila lah turn aku pulak nak ada pasangan.' Dia menggeleng dan ketawa. Seolah-olah tidak mungkin untuk orang seperti dia. Namun begitu Nies ada citarasa yang unik barangkali tidak wujud.

"Cakap je lah yang your parents memang tak akan benarkan kita untuk kahwin!" Perempuan di meja depannya bersuara lantang. Hampir keseluruhan pelanggan berpaling ke arah mereka. Nies terpaku. Tidak tahu bagaimana riaksi yang harus dia berikan. Pasangannya sedang memandang Nies. Dia mengalihkan penglihatannya daripada pasangan tersebut. Risau lelaki tersebut berasa malu diperhatikan begitu.

"Rubby, ini tempat awam, please behave." Bisik lelaki tersebut cuba menenangkan pasangannya. Mungkin sahaja perhubungan mereka mendapat halangan daripada orang tua lelaki tersebut. Itulah sinopsis yang boleh dibuat daripada pemerhatian tersebut.

"Biar lah semua orang tau yang you ni lelaki pengecut. Langsung tak berani nak memperjuangkan wanita yang you sayang. Buang masa I je setahun stay dengan you." Wanita tersebut masih dengan nada tingginya. Lelaki tersebut kembali bingung. Nies masih terpaku menundukkan wajah. Dalam hatinya berharap Ibu dan ayahnya datang meredakan keadaan kerana dia tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

"Eh you ni dah melampau.!" Lelaki tadi turut meninggikan suaranya. Hilang sabar barangkali. Nies berasa dia memang patut meredakan keadaan. Dia merupakan pemilik café tersebut. Bukan untuk menyibuk tepi kain orang lain tetapi dia ada hak. Pelahan-lahan dia menghampiri pasangan tersebut. Sekarang semua mata tertumpu kepadanya.

"Maaf, saya bukan nak menyibuk hal korang.... Tapi.... Café ni parents saya yang punya. Bagi saya tak baik kalau encik dan cik ni bergaduh macam ni dekat tempat awam. Tengoklah mata semua orang tengah menyaksikan dan memasang telinga untuk dengar masalah encik dan cik. Saya pun kurang selesa sebab saya nak jaga nama baik café ni. Jadi saya harap cik dan encik faham." Mendengar kata-kata daripada Nies wanita tadi terus berlalu meninggalkan kekasihnya.

"Maaf, kalau rating café awak kurang sebab hal ni let me know. Erm.. awak ambik card ni." Lelaki tersebut pun terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Nies. Nies memandang business card ditangannya. "Chief Executive Officer of Friends Forever" dia membaca perlahan-lahan jawatan yang terdapat pada business card tersebut. Tanpa dia sedar Ibunya telah berdiri dibelakangnya.

"Wah, Coolnya anak Ibu ni. Lepas ni boleh la ibu wariskan café ni atas nama Nies." Nies memandang ibunya dengan muka tidak puas hati.

"Ibu pergi mana? Kenapa sekadang baru nak datang, Nies takut..." Dia terus memeluk ibunya.

"Ibu solat tadi. Ayahpun. Takpe sekarang ni anak ibu dah besar. Dia dah pandai handle masalah." Ucap Ibunya bangga.

ASHRAF menghampiri Raihan yang sedang sibuk dengan game nya. Raihan sejak dia habis belajar, dia memang meluangkan masa lebih banyak dengan game daripada kerja.

"Aku dah break dengan Rubby." Sebaris ayat daripada Ashraf membuatkan dia berpaling. Sepantas kilat dia menutup komputer di depannya. Mungkin isu ini lebih menarik daripada game tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dreams Come TrueWhere stories live. Discover now