Dian, Asfa dan Nies duduk di atas bangku yang kawasannya agak jauh daripada pandangan orang lain. Petang ini kawasan taman agak lenggang. Mungkin sebab hujan baru sahaja berhenti. Namun begitu, Dian, Asfa dan Nies terdesak untuk meluangkan masa bersama. Selepas berumah tangga agak susah untuk mencuri masa bersama kawan-kawan.
"Kenapa kita terdesak erk nak lepak hari ni?" Nies memecahkan kesunyian.
"Katanya nak buat rumusan tentang life." Jawab Dian.
"Satu je rumusan yang aku boleh buat, hidup ni kadang-kadang unpredictable jugak." Mereka bertiga sama-sama ketawa. Betul. Tepat sekali untuk menjelaskan kehidupan mereka sekarang. Unpredictable. Tidak dijangka.
"Apa yang korang paling syukur sekarang ni? Aku nak dengar tiga." Dah macam kat kem motivasi pulak nak kena bagi benda-benda yang kita thankful for.
"erm... sebab kau punya idea kan, so kau kena jawab dulu soalan kau sendiri. Mesti kau tanya sebab kau dah ada jawapan so biar kami fikir dulu." Respon Nies kepada Dian. Dian terdiam seketika. Mungkin dia sendiri ingin mendengar jawapan daripada kedua sahabatnya sebelum menyatakan isi hatinya, ataupun lebih tepat ingin menggunakan jawapan daripada sahabatnya untuk mengolah jawapan sendiri.
"Kalau aku... urm. Tiga benda kan. Yang pertama aku bersyukur, aku masih diri aku yang dulu, jadi sahabat korang dan still hidup bahagia bersama family aku macam dulu. The second one, aku bersyukur aku ada kerjaya yang stabil dan dengan kerjaya ni, aku boleh bantu orang lain. Gunakan rezeki yang ada. And the most thankful thing is.... For marrying my husband. Aku rasa dia cukup sempurna untuk aku. Walaupun aku rasa agak geli nak cakap tapi, why not. bukan selalu kan?" Ayat yang terakhir membuatkan Nies dan Asfa tersenyum sampai telinga. Bukan mudah untuk sahabatnya yang sorang ini menyatakan syukur dengan adanya suami dalam hidupnya.
"Part last aku paling suka." ungkap Asfa sambil mengejek. Dian menjeling tajam sambil bibirnya mengukirkan senyuman.
"Cepatlah korang pulak." Kata-kata Dian membuatkan kedua-duanya terdiam. Sedang berfikir barang kali.
"Sama!" Jawab Asfa.
"Sama jugak!" Jawab Nies selamba. Dian berkerut.
"Apa yang sama?" Tanyanya minta kepastian.
"Benda-benda yang aku bersyukur sangat Allah bagi dekat aku." Jawab Nies.
"Sama." Ulang Asfa lagi. Mereka bertiga sama-sama ketawa.
'Doaku selalu bila nak memulakan sesuatu yang baharu dalam hidupku, Ya Allah semoga engkau mengukir takdir untuk ku, takdir yang mendekatkan aku denganmu dan bukan menjauhkan aku darimu. Ya Allah dalam perjalanan ku mencarimu, temui aku dengan orang-orang baik yang bakal menegur, membimbing dan mengajak aku mendekati mu. Sejalan dengan tahunmu yang masih berganti, aku memohon Ya Allah, setiap bertambahnya usia ku, tambahkanlah keimanan ku. Akhir sekali, Aku meminta ya Allah, jika kau berikan aku kesempatan untuk membina sebuah rumah tangga di dunia ini, ketemukan aku dengan seorang pembimbing yang kuat, berani dan bijak Ya Allah. Agar dia boleh membimbing dan membawa aku dekat dengan mu. Aamiin.'
Allah memberikan aku yang terbaik. Yang datang dengan tidak terjangka dek akal fikiran ku. Pernah aku menyerah dengan hidup. Namun Allah memberikan aku waktu untuk bangkit. Kini yang aku lihat hanyalah kebahagiaan. Syukur Ya Allah. Ini kisan aku dan kehidupan aku. Tidak sehebat kisah romeo dan juliet. Tidak juga klise.
YOU ARE READING
Dreams Come True
Random"Dreams" atau dalam bahasa melayunya "Impian". Setiap manusia ada impian. Bezanya cuma lah tahap impian tersebut. Ada orang dia mampu menyimpan Impian yang besar dalam hidup dia walaupun kelihatan mustahil untuk dicapai. Ada juga yang cuma berimpian...