BERSIAR-SIAR dengan lelaki yang tak dikenali? Di negara orang pulak tu. Memang kerja gila. Asfa Harasyi cuba untuk memerhatikan wajah lelaki di sebelahnya. Memang tak kenal. Kenapa dia tak boleh tengok lelaki ini dengan jelas? Dia menggosok-gosok matanya. Kringgggg!!! Bingit sungguh bunyi alarm di sebelahnya memecahkan kesunyian pagi.
Asfa menggosok-gosok matanya. Mimpi rupanya. Dia cuba mengingat wajah lelaki tadi kembali. Gagal! Dia cepat-cepat bangkit daripada pembaringannya apabila sedar yang hari ini dia ada benda penting nak dibuat.
Asfa capai tuala yang tadinya tersangkut elok di sebelah almari. Diletakkan ke atas bahu dan kini berlari masuk ke dalam bilik mandi. Risau pulak dia kalau dia yang menjadi orang yang paling lewat sampai nanti.
DIAN OLIVIA. Wajahnya seindah namanya. Tetapi sikapnya sama sekali tidak. Jeans. T shirt. Sneaker dan tudung bawal cotton yang selesa dia gayakan. Mencalitkan sedikit make up diwajahnya. Itu sahaja. Dia memerhatikan jam ditangannya. Kenapa aku yang awal sangat sampai? Dengan bagasi yang dipenuhi barang dia berbual dengan dirinya sendiri.
Dian Berniat hendak menunggu di KFC yang berdekatan. Keadaan lapangan terbang pagi ini agak sesak. Dia memerhatikan sekelilingnya dan memulakan langkah setelah matanya menangkap logo KFC di sebelah kirinya. Kakinya mengatur langkah kearah itu. Langkah terhenti apabila terasa bahunya dilanggar oleh seseorang. Beg sandangnya terjatuh, telefon bimbit dan segala isi dalam perut beg itu terkeluar. Dian terasa darahnya menyirap saat ini. Dia mengangkat kepalanya.
'Tinggi 180 berat 65 kg. Aku bukan terlalu dramatik macam dalam novel tu. Ya! Dia di depan aku ni memang handsome. Pan asia. Mungkin dia anak kacukan. Nak kata Mat Saleh macam tak berapa cukup sangat nak jadi Mat Saleh.' Dia menganalisis lelaki itu dengan muka sinis yang ditunjukkan.
"You sure you know how to walk?" Lelaki itu terus berlalu setelah menghabiskan ayatnya. Pedas sekali. Maggie kari pun kalah. Dian yang masih terduduk terus bangun.
"Boy. Are u serious?" Lelaki tadi menghentikan langkahnya dan memandang Dian.
"What?" Dia terus meneruskan perjalanannya. Dian garu kepala yang tak gatal. 'apa yang aku tanya dia serius atau tak? Macamlah dia tadi lamar aku ajak kawen'. Dia kembali berdialog dengan dirinya sendiri. Kembali duduk untuk menyimpan semula barang-barangnya ke dalam beg sandang.
"KAU ni kenapa? Kau kata kau nak kita orang pergi majlis tunang kau. Tapi kenapa dekat lapangan terbang?" Aryani tak ingin lagi membiarkan dirinya berada dalam keadaan yang tertanya-tanya. Setelah melihat Tasha dan Alif berdiri tegak di depan, dia terus mengajukan soalan kepada mereka.
"Ya! Aku pun hairan. Setahu aku orang kahwin je main lari-lari ni. Tunang macam tu jugak ke?" Asfa.
"Kau orang nak tunang dekat sempadan Thailand ke?" Nies
"Atau kau orang nak terus kahwin?" Dian.
"Apa kisah sangat. Biarlah. Jawab Cik Tasha." Ainul menghentikan segala pertanyaan. Tasha hanya tersenyum mendengar soalan-soalan yang diajukan.
"Kau orang memang betul-betul nak tahu?" semua angguk. Memang semangat berkobar-kobar nak tahu ni.
"Aku nak tunang dekat Korea. Aku nak buat kelainan sikit. Family kita orang akan gerak petang ni. Kita pagi ni sebab nak prepare tempat sikit. Nak tengok sama ada dia orang buat kerja based on our wish ke tak." Semua buat muka. Muka penuh persoalan. Muka meluat. Muka bengang. Muka tak ada perasaan. Semua ada.
"Tapi tak apalah jugak. Boleh kita jejak kaki kat Korea." Jasmine seorang sahaja yang kelihatan gembira dengan perkabaran itu.
DIAN dan Nies duduk sebelah-sebelah dekat dalam kapal terbang. Jarak mereka dengan yang lain adalah sedikit jauh. Tapi mereka langsung tak kisah. Berdua pun boleh kalau dua kepala ni dah jumpa antara satu sama lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/252167475-288-k593022.jpg)
YOU ARE READING
Dreams Come True
Random"Dreams" atau dalam bahasa melayunya "Impian". Setiap manusia ada impian. Bezanya cuma lah tahap impian tersebut. Ada orang dia mampu menyimpan Impian yang besar dalam hidup dia walaupun kelihatan mustahil untuk dicapai. Ada juga yang cuma berimpian...