3

2 1 0
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir mereka berada di Korea. Berat jugak rasa kaki nak melangkah pergi. Tapi tak apa. Lain kali boleh datang lagi. Dian dan Nies sibuk mencari Asfa. Ada banyak soalan yang nak diajukan kepada Asfa. Mereka gagal menjumpai Asfa. Asfa awal-awal pagi lagi dah keluar pergi taman. Jongging bersebab memang macam tu.

"Hai Asfa." Asfa angkat kepalanya. Adam. Memang tujuan dia ke sini adalah untuk berjumpa dengan Adam.

"Hai." Balas Asfa. Adam yang tadinya berdiri telah mengambil tempat di sebelah Asfa. Asfa bergensot sedikit untuk memberi ruang kepada Adam.

"Last day right?" Asfa angguk.

"Jadi lain kali bolehlah datang lagi kan?" Asfa angguk lagi. Entah hantu mana yang menyampuk dia rasa sebak nak tinggalkan tempat ni dan perasaan itu membuatkan dia membisu seribu bahasa.

"Awak kata semalam awak ada banyak kawan dan saya boleh pilih mana-mana kalua saya nak ada kawan." Kata-katanya dihentikan sekejap untuk melihat riaksi dariapada Asfa. Asfa angguk laju. 'kenapa dengan mamat ni. Takkanlah dia ada simpan perasaan dekat salah seorang kawan aku kut.'

"Saya nak pilih sorang jadi kawan saya boleh? Nanti kalau saya datang Malaysia bolehlah korang bawak pusing Malaysia pulak. Sebab saya ni tak biasa sangat. Dah lama tak balik." Asfa masih menggunakan anggukan sebagai jawapan. Dia memang tak berniat nak bercakap panjang. Cepat-cepat dia nak tahu siapa yang Adam nak jadikan kawan.

"Saya nak jadi kawan kepada Asfa Harasyi. Can i?" Asfa diserang sakit jantung mendengar kata-kata daripada Adam. 'Biar betul dia ni? Takkanlah dia nak kawan dengan aku. Antara kawan aku, aku kut yang paling tak ada apa-apa.'

"Huh? Why me?" Adam angkat bahu tanda tak tahu.

"Saya rasa saya nak kawan dengan awak. Salah ke? Kawan je pun kan? Ada benda yang salah ke?" Asfa geleng.

"O...okay, kita kawan." Ucapnya dengan tergagap-gagap.

"Give me your number." Asfa ambil juga telefon bimbit yang berada di tangan Adam. Takkan dia kata tak nak. Adam sendiri dah cakap 'kawan je pun' maknanya kawanlah. Kita kan boleh kawan dengan siapa-siapa sahaja.

Asfa menulis nombor telefonnya. Seterusnya mengisi ruang name diletaknya 'Asfa Harasyi'. Selepas itu dia mengembalikan telefon bimbit tersebut kepada tuannya. Adam terus menekan 'save' setelah meneliti nama yang ditulis Asfa pada nombor telefonnya.

ASFA mengetuk perlahan pintu bilik Dian dan Nies. Pintu dibuka. Muka Dian dulu terpampang depan pintu. Kedua-duanya sibuk melayan telefon bimbit masing-masing. Namun begitu, setelah melihat kehadiran Asfa, telefon bimbit yang tadinya ditangan dibiarkan berbaring di atas katil. Memang dah lama mereka menunggu mangsa soal siasat ni.

"Kenapa korang pandang aku macam tu?" Asfa yang rasa tidak selesa dipandang terus mengajukan soalan kepada kedua-dua sahabat baiknya itu.

"Kita orang ada soalan. Tapi. Kau kena jawab betul-betul. Dengan jujur tau." Asfa rasa berdebar-debar. Soalan apa pulak yang nampak penting sangat macam tu.

"Macam mana kau boleh kenal dengan Adam Fayyad?" Soalan itu senang sahaja. Tapi entah mengapa Asfa rasa liurnya tersekat di tekak mendengar soalan yang diajukan oleh Dian dan Nies. Lebih-lebih lagi bila teringatkan peristiwa tadi. Kalau mereka berdua tahu memang matilah dia kena kenen dengan Adam.

"Okay. Aku cerita. Tapi kita buat macam teknik sumbang saran. Tak ada sesiapa yang boleh menyampuk ketika seorang ahli sedang bercakap ataupun memberikan pendapat." Dian dan Nies angguk. Tak sabar nak dengar cerita dah tu.

"Hari pertama kita dekat sini. Aku rasa boring duduk sorang-sorang. Jadi aku pergi jalan-jalan dekat kawasan hotel ni. Lepas tu aku rasa aku tak tahu aku kat mana. Aku tertinggal telefon dekat dewan tu. Kawasan tu pulak tak ada orang lalu lalang sangat. Lepas tu korang pun tau kan yang aku ni tak berapa pandai cakap inggeris. Adam dia tegur aku, Dia tanya aku sesat ke? Dia kata memang ramai yang sesat dekat situ...................." Asfa menghabiskan ceritanya. Tak satu peristiwa pun yang dia abaikan dan tidak dimasukkan dalam ceritanya. Dian dan Nies angguk-angguk sahaja mendengar cerita daripada Asfa. Menarik sangat agaknya.

DIAN memasang earphone di telinganya setelah mengambil tempat duduk. Dengan majalah di tangan dia rasa dia akan bebas daripada yang dinamakan 'bosan' sepanjang perjalanan Korea ke Malaysia. Dia hari ni duduk asing-asing dengan Nies. Kebanyakan mereka duduk asing kecuali Alif dan Tasha. Punya kuat jodoh mereka.

Dian perasan ada seorang lelaki yang mengambil tempat di sebelahnya. Dia malas nak pusing tengok. Malas nak beramah mesra sebenarnya. Lelaki tadi terus membuka telefon bimbitnya. Gambar seorang perempuan berambut pendek. Senyumannya sangat manis. Isteri dia kut. Tebak Dian.

"Kau apesal intai wallpaper phone orang?" Dian angkat kepala. Muka lelaki ni macam pernah jumpa. Tapi siapa ya?

"Mana ada...." Jawabnya pendek demi menegakkan benang yang basah. Setelah menjawab dia mengangkat majalahnya dengan lebih tinggi. Terkumat kamit mulutnya memaki orang di sebelahnya. 'Kenpalah aku tak pernah beruntung. Bagilah yang kacak macam Nam Joo Hyuk ke dekat sebelah aku. Ni tak. Mamat mat saleh tak berapa nak saleh ni. Eh kejap. Ni bukan ke?' Dian cepat-cepat memandang lelaki tadi.

"Tadi kau curi-curi tengok wallpaper aku. Kali ni muka aku pulak. Kenapa?" Dian tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu lagi. Dia memang betul-betul nak cam muka lelaki itu.

"Oh..!" Terkejut Raihan mendengar kata-kata daripada Dian. Semua mata memandang kepada mereka.

"Kau ni kenapa? Kalau ya pun janganlah buat macam airlines ni kau yang punya." Dian senyum. Dia rasa bangga dapat ingat orang di depannya ni.

"Kau kan yang langgar aku..." Belum habis ayatnya, Raihan terus menyambung.

"Ya. But. Bukan aku yang langgar kau. Kau yang tak ada mata. Faham?" Dian mencebik. 'Sombong betul' getus hati kecilnya.

"Tak kisahlah. Asalkan aku dah buktikan yang ingatan aku kuat." Raihan sambung dengan menatap phonenya. Dia macam tengah siapkan sesuatu dalam phone. Malas betul dia nak layan Dian ni.

ARYANI menatap telefon bimbitnya. Sunyi. Hari ini dah masuk seminggu Ryan tak berhunung dengan dia. Marah sangat ke dia? Aryani terus menghempaskan tubuhnya ke katil. Penat rasanya. Duduk dalam jangka masa yang panjang memang buat tulang belakang rasa macam nak patah.

Walaupun Ryan dah tunggu dia bertahun-tahun, namun dia lebih selesa hubungan mereka dibataskan setakat 'kawan'. Namun sejak kebelakangan ini Ryan Nampak pelik. Ada sahaja benda yang dia tak puas hati. Ini tak betul, itu tak betul. Sampai Aryani sendiri tak faham apa yang Ryan nak sebenarnya.

Untuk menghilangkan boring, Aryani mengambil telefon bimbitnya dan melawat ke laman instagram sebentar. Dia menaip nama 'Putra Aryan'. Ada entri terbaharu. Aryani cepat-cepat tekan pada gambar latest tersebut. Ryan dengan seorang perempuan. Berpegang tangan sambil eyes to eyes. Aryani menyedari ada sesuatu pelik yang bertandang di hatinya.

"Its not hard to love those who have been in love with us for the long time" Aryani membaca caption itu perlahan-lahan. Dia langsung tidak mengenal perempuan tersebut. Siapa dia? Kalau ya pun mereka bercinta kenapa Ryan tidak pernah memberitahu dengannya tentang perempuan ini? Dia mengusap dadanya. 'cemburukan aku?' Tanyanya pada diri sendiri.

Tangannya cepat mencari nama Dian. Dia ingin berjumpa Dian. Paling lewat pagi esok untuk mengabarkan berita ini. Dian tempat dia menceritakan semua hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. 

Dreams Come TrueWhere stories live. Discover now