SEPERTI yang dijanjikan, mereka masuk macam biasa. Tidak Nampak langsung seolah-olah mereka masuk dengan tujuan untuk berjumpa atau terserempak dengan siapa-siapa. Asfa mula bingung kenapa dia buat sejauh ini hanya untuk melihat Adam. Seingat dia, dia tidak pernah lagi mengakui kepada dirinya sendiri yang dia mempunyai perasaan terhadap Adam. Belum sempat mereka mengambil tempat pada meja yang kosong, nama Asfa telah disebut oleh seseorang. Walaupun ini yang dia mahukan, jantungnya tetap tidak mampu berhenti berdegup dengan kencangnya.
"Asfa?" Sapa Adam. Masih ada ragu dalam sapaannya.
"Eh... Adam." Jawab Dian. Dia tahu yang sahabatnya di sebelah masih berusaha untuk bernafas. Dia bukan baru kenal Asfa sehari atau sebulan atau setahun. Malah puluhan tahun lamanya dan tanpa Asfa menyatakan yang dia ada perasaan dekat Adam, Dian sudah memahaminya.
"Hai Dian, Korang kerja dekat-dekat sini ke?" Dian kematian kata-kata. Takkan nak kata jauh dan mereka datang sini hanya sebab nak kejar Adam. Sungguh ini tidak masuk akal langsung. Dian bertekat. Kali ini tipu sunat. Eh pandai-pandai pulak buat hukum sendiri.
"Ha ah" Jawab mereka berdua serentak. Dian mula berasa lega apabila Asfa turut memberi respon. Risau jugak dia oksigen yang disedut sahabatnya itu tidak sampai ke otak. Tak pasal-pasal lepas ni kena pergi hospital pulak.
"Urm wait. Don't you recognise me?" Dian memandang kiri kanan depan dan belakang. Dia pasti yang lelaki itu memaksudkan dia. Tapi dalam masa yang sama terselit sedikit perasaan tidak yakin.
"Me?" Tanyanya selamba. Lelaki tersebut mengangguk. Mana mungkin tak kenal baru langgar pagi tadi. Okay macam hobi melanggar orang pulak dah.
"I did but I don't think we are close enough for me to say hai." Jelasnya. Lelaki tersebut tersenyum. Seorang lagi kawan mereka hanya membisu seribu bahasa. Barangkali masih memahami apa yang berlaku dihadapannya. Macam mana kawan-kawannya boleh kenal dua orang gadis yang berada didepannya sekarang.
"Okay accepted. Sorry pasal pagi tadi." Dian hanya mengangguk. Raihan masih berfikir. Wajah di depannya sekarang sangat familiar. Namun dia tidak dapat mengingat di mana dia berjumpa gadis ini.
"Okay since Edmir know Dian and I know both of you why not we sit here together?" Asfa menyiku Dian. Dian tahan gelak. Dia hanya mengukirkan senyuman kerana agak mustahil dia tidak menunjukkan sebarang riak. Dalam hatinya berkata 'Tahniah dear bestfriend. Maybe its time for your crush to noticed you'
"You guys ingat tak yang you guys ada janji dekat I masa kat Korea?" Dian dan Asfa mula berfikir macam lebih susah daripada soalan KBAT je.
"Maybe Asfa, because I know nothing about promising someone at Korea" Jawab Dian jujur. Jaranglah tak jujur kalau bab janji-janji ini. Pantang dia tak tepati janji.
"I did, untuk teman you jalan-jalan bila you balik Malaysia?" Asfa menjawab sambil meminta kepastian. Manalah tahu dekat korea haritu dia sedikit bengong janji banyak benda.
"Yes! exactly correct." Jawab Adam. Edmir dan Raihan berpandangan dan tersenyum. Mereka sudah menghidu bau-bau percintaan disitu.
"Look like we don't need to accompany you anymore after this." Kata Raihan dengan riak wajah yang mengejek.
"If it was Asfa's promised means that it doesn't have anything to do with me right? So you guys are free jalan-jalan together here." Dian pula menyampuk. Dia belum kenal lelaki di depannya sekarang. Nama pun tak kenal. Tapi dia dapat rasakan yang lelaki didepannya sekarang boleh ngam dengan perangai dia.
YOU ARE READING
Dreams Come True
Random"Dreams" atau dalam bahasa melayunya "Impian". Setiap manusia ada impian. Bezanya cuma lah tahap impian tersebut. Ada orang dia mampu menyimpan Impian yang besar dalam hidup dia walaupun kelihatan mustahil untuk dicapai. Ada juga yang cuma berimpian...