BAB 04

69 6 1
                                    

TIDAK sempat hendak melabuhkan duduk, aku sudah dipanggil oleh Encik Azman ke dalam pejabatnya. Hatiku ini sudah mahu meletup memikirkan apa sebabnya lelaki itu ingin berjumpa denganku sekarang. Berdebar sungguh ya!

Semalam, habis kecoh satu pejabat dengan suara Kak Salwa yang membebel dan memarahi aku kerana pulang selepas waktu makan tengahari bersama Abang Fauzan. Tuduhnya, aku sengaja mengelat untuk tidak menyiapkan kerja yang dia berikan sedangkan Abang Fauzan telah pun bersuara bagi memihak pada diri ini.

Hanya satu aje yang ada di dalam otak aku sekarang, pasti Kak Salwa sudah mengadu pada Encik Azman dan sebab itulah penyeliaku yang seorang ini ingin berjumpa seawal ini. Nak kata rindu, tidak mungkinlah kan.

Tok! Tok! Tok!

Aku menghembus nafas kasar apabila suara Encik Azman lantang mengarahku untuk masuk. Pintu kaca pejabatnya aku tolak perlahan, tanganku ini sudah mulai rasa sejuk mengalahkan pemegang besi yang aku pegang sekarang.

"Duduk." Tanpa memandang ke arah aku, Encik Azman mengarah lagi.

Aku menarik kerusi di hadapan meja kerjanya dan terus melabuhkan duduk tanpa sebarang suara. Buku nota kecil yang sentiasa aku bawa jika aku diseru oleh Encik Azman ke dalam pejabatnya, aku renung sambil menggigit bibir. Serupa seperti pesalah aje gayaku sekarang ini.

"You know I'm only the acting for the manager, right?" Dia menyoal lalu menanggalkan cermin mata bacaannya.

Aku sekadar mengangguk. Aku cuba untuk bertentang dengan mata penyeliaku ini apabila Encik Azman merenung tepat ke dalam anak mataku.

"That means, I'm just your temporary supervisor. You are actually not under my care, to be honest. You are under his," sambungnya lagi.

Aku mengangguk lagi. Apakah reaksi yang perlu aku tunjukkan sekarang? Entahlah, aku sendiri pun tak tahu.

"Saya akan bawa awak berjumpa dengan supervisor awak sekejap lagi, so selepas ni awak akan direct terus pada dia and he will manage the tasks for you. Understand?"

Aku mengangguk lagi. Ah, sudah macam burung belatuk pula!

"Just to remind you, he is the manager and he is not like me. Maybe... a lot way different than I am. So, don't expect you will be treated the same way, okay? Accept the challenges and learn from him as much as you could."

Gulp, ini boleh dikira sebagai amaran ke?

"Supervisor saya tu... lebih garang daripada Encik Azman ke?"

Untuk pertama kali, aku melihat Encik Azman tergelak besar mendengar persoalan yang sangat random daripada diriku sendiri. Tawa lelaki itu serba-sedikit menghilangkan rasa gugup di dada.

"Awak nak cakap saya garang ke sekarang ni, Cik Irdina?"

Aku tersengih malu, "Adalah sikit..."

Aku mendekatkan ibu jari dan jari telunjukku untuk menunjukkan betapa 'sedikit' kegarangan Encik Azman terhadapku selama ini padahal hakikatnya Encik Azman itulah merupakan satu-satunya manusia yang aku sentiasa gerunkan jika berada di dalam pejabat.

"Dia tak garang, cuma dia tak suka bergaul dengan perempuan," balas Encik Azman mudah.

Oh, Islamik orangnya. Patutlah pun. Terangguk-angguk kepala aku tanda faham. Mungkin, ada hikmahnya juga bakal supervisor aku ini hadir sekarang. Boleh dia ruqyahkan sedikit Kak Salwa yang tidak habis-habis ingin bergossip tentang dia itu!

Cinta Untuk DisewaWhere stories live. Discover now