BAB 09

62 4 0
                                    

SUDAH dua hari aku terpaksa menginap di rumah kakak gara-gara risau akan bergaduh dengan ibu dan ayah lagi. Sewaktu bertembung dengan ibu dan Mak Long di restoran hari itu, ibu enggan mendengar apa-apa penjelasan daripada aku dan dia cuma berharap apa yang didengarinya hari itu adalah tipu helah aku semata-mata.

Aku tidak mampu untuk menafikannya dan aku juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Jadi, aku sekadar melarikan diri daripada terus-terusan dibelenggu dengan 1001 rasa. Aku bukan sahaja melarikan diri daripada bertembung dengan ibu dan ayah di rumah, Qaid juga mengalami nasib yang sama ketika kami berada di pejabat.

 Aku bukan sahaja melarikan diri daripada bertembung dengan ibu dan ayah di rumah, Qaid juga mengalami nasib yang sama ketika kami berada di pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengeluh untuk ke sekian kalinya setiap kali mesej itu dibaca. Qaid rindu aku? Aku yakin itu hanya salah satu caranya saja untuk menarik perhatian aku supaya membalas mesejnya ini.

"Adik." Kakak sudah bersandar pada birai pintu bilik yang aku sedang tumpang tidur buat dua hari ini.

Aku mengangkat kepala namun aku langsung tidak menyahut panggilannya. Kini aku sedang berbaring mengiring membelakangi si kakak yang berada di muka pintu. Aku masih tiada mood untuk berbual atau membahas perkara yang sama berulang kali. Cukuplah semuanya aku sudah ceritakan hari itu kepada Irzatie dan sekarang, aku hanya ingin bersendirian.

"Ibu suruh balik. Qaid dan keluarga dia ada depan rumah ibu ayah sekarang," beritahunya dengan bersahaja.

Bagaikan terkena renjatan elektrik, tubuhku terus bangun tegak daripada perbaringan dan mataku sudah membulat memandang ke arah kakakku.

"Dia buat apa kat sana?"

Irzatie sekadar mengangkat bahu. "Aku tak tahu, dik. Aku rasa kau perlu balik and explain everything pada ibu ayah. Make them understand. Kalau betul kau tak nak teruskan dengan Qaid, kau putuskan sekarang. Jangan bila dah terlajak nanti, baru kau nak menyesal."

Aku terdiam seribu bahasa.

"Aku tahu kau suka pada budak si Qaid tu. Aku pun tengok dia elok je, serba-serbi perfect. Handsome, ada kerjaya, pandai ambil hati ibu ayah. Senang cakap, dia mampulah nak jaga kau nanti. Jadi, apa lagi yang tak kena pada kau?"

Hati dia, kak. Aku tak ada di dalam hati dia. Aku tak nak, aku saja yang beria nakkan dia padahal perasaan dia tidak lebih antara penyelia dan seorang pelajar universiti sahaja terhadap aku.

"Baliklah, dik. Slow talk biar semua orang faham keadaan kau. Aku tunggu kat dalam kereta, biar aku hantar kau balik."

Dengan itu, kakak menutup kembali pintu bilik tidur agar memberi ruang untuk aku bersiap. Keluhan berat terlepas lagi dari bibirku.

PINTU utama rumah yang terbuka luas membuatkan langkahku mati separuh jalan. Aku berpaling dan melihat Irzatie sudah pun berlalu pergi untuk kembali pulang ke rumahnya. Jadi, aku sudah keseorangan sekarang.

Cinta Untuk DisewaWhere stories live. Discover now