BAB 11

50 6 0
                                    

"AKU terima nikah Cinta Irdina Binti Muhammad Mursyid dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

Dengan itu, sudah sahlah aku sebagai isteri kepada Syaqir Qaid. Aku tersenyum dengan perasaan yang bercampur-baur saat aku melihat wajah ibu yang sudah bergelinangan air mata. Aku menggenggam tangannya erat sekadar ingin menyalurkan sedikit kekuatan kepadanya.

"Anak ibu nak tinggalkan ibu dah," bisiknya sambil memeluk kejap bahuku.

Aku melihat Qaid sudah melangkah ke arah kami yang berada di pelaminan. Jadi, ibu mula bangun dan sempat melabuhkan ciuman lama pada dahiku. Aku turut sebak namun aku tahu perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang boleh memisahkan aku dengan keluargaku sendiri.

Sekurang-kurangnya, aku tahu Qaid tidak akan lakukan seperti itu.

Qaid melabuhkan duduk di sebelahku di atas pelamin ringkas yang aku pilih. Memandangkan kami bernikah pada waktu malam, jadi aku mahu majlis pernikahanku ini dijalankan dengan ringkas dan tenang.

Rasa seperti mimpi saja semua ini. Dalam sekelip mata saja aku dinikahkan oleh ayah sendiri bersaksikan keluarga aku, keluarga Mak Long dan juga keluarga Qaid. Hanya Zahrin seorang saja tiada pada malam ini dan kata Zaqwan, abangnya itu sudah berhari-hari tidak pulang ke rumah.

"Assalamualaikum, isteri saya."

Aku tersenyum malu saat Qaid menarik daguku untuk memandang tepat ke arahnya.

"Eleh, malu-malu konon. Padahal suka!" Suara Zaqwan sangat lantang mengusik.

Wajahku mula memerah apabila ditegur sebegitu tapi memikirkan keluarga Qaid masih ada, tidak jadi aku ingin memarahi sepupuku itu.

Kau siap nanti, Zaqwan!

"Abang, dah nama pun sesi pembatalan air sembahyang sekarang ni. Macam mana nak batal kalau kau still pakai sarung tangan busuk tu?" Tegur Alia perlahan di sisi abangnya.

Qaid sekadar menjeling adiknya dan terus membuka sarung tangan putihnya itu dan diletakkan ke atas ribanya. Pandai pula Qaid mencari sarung tangan yang sedondon dengan warna baju melayu putih yang dipakainya sekarang. Ia kelihatan bagaikan satu set.

Inilah kali pertama aku melihat sepasang tangan milik Qaid yang sebelum ini sering terlindung di sebalik sarung tangan kulitnya. Kulitnya putih, jari-jemarinya turut halus dan runcing sepertiku. Cantik!

Melihat tangan itu, tiada sebarang cacat cela yang boleh menjadi penyebab untuk Qaid sering memakai sarung tangan. Jadi, apakah sebab lainnya?

"Adik... salam tangan suami tu," tegur ayah apabila aku sekadar diam tak terkutik sambil memandang tangan Qaid lama.

Aku membawa tangannya ke bibir dan ciuman ikhlas serta-merta mendarat pada kulit sejuknya. Qaid hanya diam dan aku dapat rasa ketegangan di sebalik pegangan tangannya ini.

Aku... dah punya suami!

"BASUH pinggan ke membazir air je tu?"

Bulu roma terus tegak berdiri saat suara gemersik milik Qaid menyapa halwa telinga. Nasib baiklah aku tidak melatah, kalau tidak haru-biru jadinya.

"Awak ni!" Bibir diketap kuat menahan geram.

Terkekek Qaid mentertawakan isterinya ini dari jauh. Aku menjelingnya yang sudah bergerak ke meja makan, tangannya lantas mengangkat tudung saji yang menutup lebihan lauk-pauk dari majlis pernikahan kami tadi.

"Hai, pengantin baru buat apa berduaan dekat dapur ni? Sepatutnya ada dalam bilik dah sekarang."

Muncul pula kakak bersama suaminya ke ruangan dapur dengan sengihan mengusik masing-masing.

Cinta Untuk DisewaWhere stories live. Discover now