BAB 13

59 4 0
                                    

DONE AND DUSTED!

Aku tersenyum sendiri melihat Kol Ariffin dan Qaid jalan beriringan di hadapan aku menuju kembali ke pejabat Qaid dari bilik mesyuarat. Puaslah aku dibebel itu dan ini kerana penghasilan slaid yang telah aku sediakan teramat ringkas bagi Qaid. Hampir bergaduh jugalah aku dengan dia pagi tadi kerana perkara yang dia tidak ingin aku masukkan ke dalam slaid adalah perkara yang aku rasa begitu penting untuk pemarkahan pembentangan aku.

Hasilnya, Kol Ariffin memuji slaid aku yang kemas dan teratur seperti yang dia inginkan. Isi kandungan slaid aku juga tidak merapu dan ringkas untuk difahamkan. Kol Ariffin pun tidak memberikan begitu banyak komen yang negatif terhadap pembentangan aku walaupun dia merupakan salah seorang pensyarah yang begitu cerewet di UPNM.

"Okay, Irdina. Bila saya dah datang melawat awak ni, maksudnya apa?" soal Kol Ariffin yang sudah melabuhkan duduk di sofa di dalam pejabat Qaid.

Qaid duduk bersebelahan dengannya manakala aku sekadar berdiri di hadapan mereka berdua sambil memeluk komputer ribaku di tangan.

"Maksudnya, ada lagi dua bulan sebelum saya tamatkan latihan industri saya di sini, Tuan," jawabku mudah kerana memang itu yang aku sudah jangkakan sejak dahulu lagi.

Cara Kol Ariffin adalah sedikit berbeza dengan pensyarah yang lain. Jika hendak diikutkan, penyelia akademik akan datang ke tempat latihan industri pelajar seliaan mereka selepas bulan ke-4 kami mulakan intern tetapi disebabkan Kol Ariffin yang begitu sibuk dengan hal kerja dan mengajar, dia akan tangguhkan ke bulan ke-6 bagi setiap pelajar seliaannya. Jadi, sempatlah aku untuk bertanya kepada rakan sekelas yang lain tentang pengalaman mereka apabila penyelia akademik mereka datang melawat.

"Keep up with the good work and make sure your supervisor loves you."

Qaid sudah tersenyum nipis manakala aku hanya menayang muka seposen kepada Kol Ariffin apabila mendengar ayat terakhirnya itu.

Loves me? Hah! Memang tidaklah.

"Baik, Tuan," sahutku dengan suara yang sedikit tegas dan bersemangat. Kol Ariffin memang pantang kalau pelajarnya menyahut dengan lemah gemalai, nanti dikatanya tak ada tenaga pula.

Walaupun aku merupakan salah seorang pelajar awam di UPNM, tetapi layanan pensyarah yang masih dalam perkhidmatan tentera akan melayan kami sama rata seperti layanan pelajar kadet yang lain.

Kol Ariffin bangkit daripada duduknya dan terus bersalaman dengan Qaid sebagai tanda terima kasih akan masa yang telah diluangkan. Aku sekadar tersenyum manis apabila Kol Ariffin mengangguk kepadaku sebelum dia pamit untuk beredar kembali ke kampus.

Aku membontoti penyelia akademikku ke muka pintu pejabat dan Kol Ariffin sekadar melayangkan tangannya agar aku kekal berdiri di sini. Begitulah sikap penyelia akademikku yang seorang ini, walaupun dia berpangkat tinggi dalam tentera tetapi dia tetap bersikap merendah diri terhadap orang awam yang lain.

"Good job, Cinta," bisik Qaid yang sudah berdiri di belakangku. Kepalaku yang tertutup dengan selendang diusapnya perlahan sebelum tangannya terus ditarik sepantas kilat apabila ada beberapa orang staf berjalan di hadapan pejabatnya.

"Thank you, bos!" Aku tersengih gembira. Mana taknya, salah satu mimpi ngeri aku semasa intern di sini sudah pun selesai dengan jayanya. Tidak perlulah aku risaukan apa-apa pembentangan yang perlu aku lakukan demi pemarkahan latihan industriku ini.

5 down, last semester to go!

"Balik ini kita celebrate okay?"

Aku sekadar mengangguk dan terus keluar dari pejabatnya untuk kembali ke meja kerjaku. Urusan pentingku sudah selesai, jadi apakah yang aku perlu lakukan untuk membuang masa sementara menunggu masa untuk pulang?

Cinta Untuk DisewaWhere stories live. Discover now