Sufi dan Uzma kini duduk di luar bilik kecemasan sambil memeluk sesama sendiri. Kukunya digigit, air mata mengalir laju.
"Hey, dah lah. Takde apa lah. In Syaa Allah Sha akan baik-baik jer," nasihat Fikry lembut.
"Haah, doa yang baik-baik. In Syaa Allah dia tak apa-apa," tambah Haziq pula.
Kedua rakan baik itu dari tadi lagi menangis tersedu-sedan. Lama juga lah mereka nangis.
Dah cuba dipujuk Fikry dan Haziq, tapi tetap sama.
Mereka rasa bersalah yang amat. Kalaulah mereka peka tadi, mungkin semua ni takkan berlaku.
Fikry dan Uzma masih cuba memujuk Sufi dan Uzma. Sementara Rayyan, Izzra dan Aish duduk di situ untuk menunggu.
Risau juga Rayyam dibuatnya apabila Aish diam sahaja. Bukan risau apa, tapi mesti dia sedih tengok keadaan kakak dia tadi, kan ?
Tiba-tiba pintu emergency room terbuka. Nurse-nurse keluar diikuti seorang doktor wanita dan menuju ke arah mereka.
"Maaf, encik ni keluarga Cik Aisha ye ?" soal doktor bertag 'Nayli' itu dengan sopan.
"Saya kawan dia. Macam mana keadaan Aisha, doktor ?" Rayyan bersuara.
"Oh, boleh saya tahu siapa ahli keluarga dia ? Ada perkara perlu dibincangkan," balas Doktor Nayli lembut, tidak mahu mengecilkan hati jejaka dihadapannya.
Rayyan terdiam. Dia memandang Aish di kanannya.
"Ermm... ni adik dia," Rayyam menunjuk ke arah Aish.
"Encik ? Boleh encik ikut saya sebentar ?" pinta Doktor Nayli.
Aish mengangkat wajahnya seraya mengangguk. Langkah doktor itu diikut sehingga sampai di bilik doktor.
•••
"Baik, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Saya harap Cik Aisha dapat sembuh seperti sediakala. In Syaa Allah, aaminn..." Doktor Nayli meletakkan fail putih tersebut di atas mejanya.
"Terima kasih, doktor. Semoga Allah balas kebaikan doktor. In Syaa Allah kakak saya akan kembali pulih," ujar Aish pula.
Keduanya bangun dari kerusi dan melangkah ke pintu.
"Saya minta diri dulu, doktor. Terima kasih banyak,"
"Sama-sama,"
Keluar sahaja Aish dari bilik Doktor Nayli, dia menghembus nafas berat. Tak tahu nak beri alasan apa pada rakan-rakannya.
Kini langkahnya diatur ke bilik Aisha. Mahu menjenguk keadaan kakaknya sekarang.
Tok tok
Clerkk
Sekujur tubuh yang terbaring lemah dipandang sayu. Luluh hatinya sebagai seorang adik tatkala melihat keadaan kakaknya.
"Ryna..."
"Ha Aish, macam mana ?" soal Haziq ingin tahu.
Aish tertunduk. Hal ini hanya dia dan kakaknya sahaja tahu. Even family diorang tak tahu pasal ni.
"Takpe lah dah kalau kau tak boleh bagitau. Asalkan Aisha okay," Rayyan menepuk bahu Haziq memberi isyarat.
YOU ARE READING
Duda Pujaan Dara [C]
RomanceBook 07 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah un...