"Perkenalkan nama kau. Aku tak tahu nama kau, dan asal-usul kau," arah si jejaka.
Gadis itu mengangguk perlahan lalu memandang jejaka dihadapannya.
"Nama saya Aisha Malika Eryna. Encik boleh panggil saya Aisha. Saya berumur 19 tahun dan masih belajar. Saya asal Kuala Lumpur. Saya anak sulung dari empat adik-beradik. Ermm, itu sahaja kot," terang Aisha lembut.
Isyraf mengangguk dan memandang pula penampilan gadis dihadapannya.
Bertudung labuh hingga paras siku. Berjubah. Berstokin dan memakai handsock. Perfect !
"Kenapa kau terima kerja babysitter ni ? Sebab duit semata ?" soal Isyraf lagi.
Laju kepala Aisha menggeleng.
"Eh, tak lah encik. Saya memang tengah cari kerja, dan kebetulan encik pula tengah cari babysitter. Jadi, saya setuju untuk jadi babysitter anak encik.
Sebab saya terima tawaran kerja ni adalah, saya memang suka budak-budak. Saya pernah jaga adik-adik saya bila Umi Baba takde kat rumah. Saya ada pengalaman jaga budak.
Bukan sebab duit semata. Pasal duit tu, saya tak kisah sangat. Saya tak pernah tahu pun berapa gajinya. Saya cuma nak kerja. Dan pasal gaji, terpulang. Encik bayar seikhlas hati encik jer. Saya tak paksa," ujar Aisha panjang lebar.
Isyraf mengangguk lagi. Dia mula tertarik dengan gadis bernama 'Aisha' ini.
"Kalau aku kata, gaji kau RM50 sebulan. Kau masih nak terima ?" soal Isyraf ingin menguji.
Aisha mengangguk. Asalkan dapat duit gaji.
"RM20 sebulan ?"
Aisha mengangguk juga.
Isyraf tersenyum nipis menampakkan kedua lesung pipitnya.
"Baik, aku terima kau berkerja. Gaji kau, RM3000 sebulan. Untuk beli keperluan anak-anak aku, just minta duit aku. Tak perlu guna duit sendiri," putus Isyraf.
Aisha terkesima. RM3000 ?
"RM3000, encik ? Tak banyak sangat, ke ?" soal Aisha cemas.
Isyraf hampir tergelak melihat muka gelabah Aisha. Nampak sangat gadis ini takut jika dianggap mata duitan.
"Takpe. Jaga anak-anak aku, bukan senang. Anak-anak aku lelaki. Mesti diorang lasak. Aku harap, kau tak cuai masa buat kerja," pesan Isyraf.
Aisha mengangguk faham.
Isyraf bingkas bangun dari duduk dan masuk ke dalam rumah. Tak lama kemudian, dia keluar sambil mendukung anak bongsunya. Di kanan dan kirinya juga ada dua orang budak lelaki.
"Macam mana kau tarik perhatian budak ?" soal Isyraf ingin menguji.
"Senang jer. Encik bagitau nama anak encik," ujar Aisha.
Isyraf mengangguk.
"Ini Damien Arian. Yang nombor dua ni, Danny Ryan. Dan budak kecil ni, Darian Ayyan," sempat Isyraf mencubit pipi tembam anak kecilnya.
"Baik. Meh sini anak encik. Saya boleh handle," Aisha menghulurkan tangannya.
Budak kecil berusia dua tahun itu bertukar tangan. Tanpa dipinta, Isyraf masuk meninggalkan mereka.
"Hai Damien, hai Danny. Nama akak, Aisha. Damien dengan Danny boleh panggil akak, Isha," kata Aisha mesra.
Danny mula mengukirkan senyuman. Melihatkan ayahnya tadi tersenyum kecil pada akak dihadapannya ini, dia yakin yang akak ini boleh dipercayai.
"Hai Akak Isha ! Akak ni, siapa ?" Danny beranikan diri menyoal.
"Akak babysitter baru korang bertiga. So, Damien dengan Danny okay ke ?" soal Aisha lembut.
"Danny okay ! Akak cantik lah. Akak nampak baik," jujur Danny.
Damien diam tak berkutik. Dia tidak kenal perempuan dihadapannya ini. Jadi dia beriak dingin.
"Damien ?"
Danny menyenggol lengan abangnya dan memberi isyarat mata.
"Takpe, Danny. Akak faham. Damien mesti tak biasa lagi, kan ?" kata Aisha tenang.
Damien mengangguk perlahan.
"Akak ni siapa ? Kenapa akak nak jaga kami ?" akhirnya Damien bersuara.
Walaupun usianya baru berinjak 7 tahun, setiap perkataannya sangat jelas. Dan Damien bersikap agak mature.
"Akak babysitter baru korang. Yang akan jaga korang bertiga nanti," Aisha menyamai ketinggian Damien dan Danny.
"Tapi kenapa akak nak jaga kami ?" soal Damien sekali lagi.
Aisha mengukirkan senyuman nipis.
"Okay. Ermm, Damien dengan Danny panggil ayah apa ?" soal Aisha.
"Daddy !" jawab keduanya serentak.
"Jadi, macam ni. Akak, cuma nak tolong daddy korang. Daddy kena work, kena jaga korang. Nanti, kesian lah daddy tak dapat rehat," jelas Aisha.
"Tapi sebelum ni, okay jer ?" soal Danny tidak mengerti.
Aisha memberikan senyuman.
"Daddy penat, takkan nak tunjuk kat anak-anak dia ? Dia kan sayang anak-anak dia yang comel ni. Jadi, kalau korang sayang daddy, kena dengar cakap daddy. Dan jangan buat daddy stress, okay ?" pujuk Aisha.
"Takkan daddy penat dengan anak-anak sendiri ?" soal Damien tidak berpuas hati.
Aisha menggeleng sebagai jawapan.
"Daddy penat pergi work lah, sayang. Kalau daddy tak pergi work, Damien, Danny dengan Darian nak makan apa ? Nanti, takde duit nak beli keperluan seharian. Akak Isha cuma nak tolong daddy korang, jaga anak-anak dia yang comel ni," Aisha mengusap pipi Darian di dalam dukungannya.
Terkekek Darian ketawa kerana suka diperlakukan begitu.
"Lepas ni, daddy takkan penat lagi, kan ? Danny tak suka tengok daddy penat. Lepas tu kena jaga kitorang lagi," adu Danny sambil menguis hujung bajunya.
"Takkan, sayang. Kak Isha akan jaga anak-anak daddy. Jadi, daddy fokus work jer," Aisha mengusap rambut hitam milik Danny.
Tanpa kata, Damien dan Danny terus memeluk Aisha selepas berpandangan sebentar.
"Terima kasih Kak Isha, dah tolong daddy," ujar Damien.
Aisha tersenyum lebar.
"Sama-sama, sayang,"
Darian dalam dukungan Aisha mulai lemas apabila Danny bertindak mencium pipinya.
"Akak Icha !" teriak Darian.
"Ye, sayang ?" soal Aisha risau.
Anak orang tu, weh. Mana tak risau !
"Akak Icha, Abang Anny uat Ian ! Huaaaaaa.... Abang Anny ahat !" Darian mula menangis.
Danny hanya tersengih.
"Lah, Abang Danny gurau jer tu. Shuhh, dah jangan nangis. Jom kita makan ye ?" pujuk Aisha.
Tangisan Darian serta-merta terhenti.
"Tom !" ujar Darian pelat.
Ketawa mereka berempat sebelum masuk ke rumah untuk menikmati makan tengahari.
Sementara di suatu sudut yang lain, jejaka yang memerhati itu tersenyum lebar. Nampaknya, dia dah jumpa orang yang betul untuk jaga anak-anak dia.
'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah'
☁️ 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐-
YOU ARE READING
Duda Pujaan Dara [C]
RomansBook 07 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah un...