ꏳꀍꍏᖘ 40 - " Bila Dia Keluar ? " 👀

2.1K 86 0
                                    

Hari ini Aisha sudah dibenarkan pulang ke rumah. Selepas mengambil ubat, Aisha terus berjalan untuk menunggu di hadapan hospital.

15 minit menunggu, sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu tiba dihadapannya. Seorang lelaki berbaju hitam keluar dan menuju ke arahnya.

"Ryna dah siap ? Jom balik," tegur Aish.

Aisha berkerut pelik. Kenapa Aish yang datang ambil dia ?

"Mana Isyraf ?" soal Aisha mengabaikan soalan adiknya.

"Rian tak tahu. Pagi tadi Rian dapat message dari Abang Isyraf, minta tolong ambilkan Ryna kat hospital," jujur Aish.

Aisha mengeluh kecil. Kepalanya di angguk perlahan.

"Okay, takpe lah. Dia busy kot. Jom lah balik," ajak Aisha.

Aish mengangguk. Barangan Aisha di ambil lalu diletakkan di bahagian seat belakang.

Aisha terus membolosknn diri ke dalam kereta. Fikirannya memikirkan Isyraf. Harapnya lelaki itu baik-baik sahaja di rumah.

Tidak sabar rasanya dia ingin bermanja dengan Isyraf. Hatinya sangat rindu akan lelaki itu.

"Ryna ada nak singgah mana-mana tak, before balik ?" teguran Aish menyentakkan Aisha.

Aisha berfikir. Dia sebenarnya tengah mengidam aiskrim, tapi takpe lah. Demi Isyraf, dia nak balik awal.

"Takde. Kita balik jer terus," senyuman lebar dihadiahkan buat adiknya.

Aish mengangguk. Kereta tersebut mula bergerak membelah jalan raya yang sesak.

•••

Hilang sahaja kelibat kereta Aish dari pandangan, Aisha terus memboloskan diri ke dalam rumah. Begnya diletakkan di atas sofa sementara mata melilau mencari kelibat sang suami.

"Assalamualaikum ! Hubby ?" panggil Aisha.

Namun panggilannya tidak bersahut.

Secara tiba-tiba, seorang maid datang ke ruang tamu dan menyapa Aisha.

"Waalaikumussalam Puan," wanita itu tertunduk sedikit.

"Mana Isyraf ?" soal Aisha pelik.

Maid itu mengeluarkan sekeping kertas dari poketnya lalu dihulurkan kepada Aisha.

Tanpa banyak kata, Aisha menerima kertas tersebut dan membukanya.

For my lovely wife,

Sayang , hubby minta maaf sangat - sangat . Pagi ni ada emergency , so hubby kena pergi outstation . I'm so sorry , hubby tak dapat ambil sayang . No worries , seminggu jer hubby pergi . Tak lama pun . Nanti chat , okay ? I'm sorry , sayang . Love you .

Your husband ,
Isyraf .

Laju air mata Aisha bergenang. Dia sangkakan dapat melepaskan rindu, namun hampa.

"Bila dia keluar ?" Aisha sedaya-upaya menahan air matanya.

"Pagi tadi, Puan. Lepas Subuh, Tuan terus keluar," ujar maid itu.

Duda Pujaan Dara [C]Where stories live. Discover now