ꏳꀍꍏᖘ 45 - " Nak Hug... " 🕯️

2.4K 92 2
                                    

Selesai memasak, sarapan di hidangkan di atas meja makan. Beberapa buah cawan dan satu jag air disusun di belah hujung meja.

"Assalamualaikum, Mama. Morning !" sapa satu suara.

Aisha mengangkat wajahnya. Memandang anak tirinya yang paling bongsu.

Cupp !

Satu kucupan diberikan buat ibu tirinya. Kemudian, Darian lantas memanjat kerusi untuk menyamai ketinggian Aisha.

"Wah, nasi lemak ! Ian suka !" teriak Darian teruja.

Aisha mengukir senyuman lebar.

"Iya, Mama tahu. Sebab tu hari ni Mama saja buat nasi lemak," ucap Aisha.

Darian mengangguk laju.

"Dah, meh basuh tangan dulu," Aisha mendukung Darian menuju ke sinki.

"Mama..." rengek Darian.

Siap membasuh tangan, Darian segera turun dari dukungan Aisha.

"Kenapa Mama angkat Ian ? Kan Mama bawa adik baby ?" Darian lekapkan tangan pada perut Aisha.

"Takpe lah, sayang. Sikit jer," pintas Aisha.

Darian menggeleng.

"Nanti Ian boleh minta tolong bibik angkatkan," petah budak kecil itu menjawab.

Aisha mengangguk menyetujui. Langkah mereka dibawa ke meja makan.

"Morning Mama !" sapa Danny pula.

Damien di sebelahnya menjeling kelibat Aisha. Pandangan dihala ke arah lain.

"Morning sayang," Aisha sudah menyiapkan pinggan untuk mereka bersarapan.

Kecoh suasana di meja makan itu mendengar celoteh Darian dan Danny. Damien pula hanya diam.

Tidak lama selepas itu, kelibat Isyraf menjengah pandangan mereka berempat.

"Daddy !" teriak Darian dan Danny serentak.

Isyraf berikan senyuman lebar buat anak-anaknya.

"Hubby, meh duduk makan dulu," panggil Aisha.

Susah-payah dia bangun dari duduknya untuk mengambil pinggan.

"It's okay sayang, duduk jer. Hubby boleh ambil," potong Isyraf.

Bukan marah, tapi tak nak menyusahkan isterinya.

Aisha terdiam. Dia marah lagi, ke ?

Isyraf pula serba salah. Aisha dah salah faham maksud dia.

Aisha kembali duduk dengan wajah muram.

Isyraf turut melabuhkan punggung di sebelah Aisha. Melihatkan Aisha menunduk, semakin serba salah dia dibuatnya.

"Daddy, eat !" teriakan Darian menyedarkan Isyraf.

Segera dia berpaling pada anaknya, kemudian mengukir senyum kecil.

"Iya sayang, sambung makan,"

•••

Aisha mengangkat semua pinggan dan dibawa ke sinki. Tangannya dibasuh sebelum dia melangkah kembali ke meja makan.

"Sayang, duduk lah. Bibik boleh buat ni," arah Isyraf.

Aisha diam dan akur. Dia pun penat sebenarnya kalau banyak bergerak ni.

Duda Pujaan Dara [C]Where stories live. Discover now