"Daddy, tengok ni !" Danny menjerit memanggil ayahnya.
"Iye sayang, kenapa ?" Isyraf yang baru sahaja pulang dari kerja lantas mendekati anaknya di hadapan televisyen.
Damien menekan butang pada remote tv tersebut. Terpapar satu iklan pada kaca tv.
Isyraf fokus melihat iklan tersebut hingga habis. Dia kemudian memandang kedua anaknya.
"Kita pergi cinema jom, daddy ? Kitorang nak tengok kartun tu," ujar Danny menunjuk ke arah tv.
Isyraf berfikir sejenak. Esok adalah hari Sabtu. Aisha pula akan balik semula ke Universiti pada hari Ahad. Sempat ke dia nak kemas barang ?
"Boleh eh, daddy ?" mohon Damien dan Danny.
Senyuman kecil terbit di bibir Isyraf. Dia mengangguk perlahan.
"Boleh, sayang," kepala anak-anaknya digosok lembut.
Damien dan Danny melompat teruja. Terlalu gembira kerana sudah lama ayahnya tidak meluangkan masa bersama mereka.
"Daddy memang terbaik !"
•••
Tie miliknya dilonggarkan sebelum dicabut. Dua butang baju teratas dibukanya. Beg kerja diletakkan di atas meja.
"Sayang ?"
Aisha menoleh ke belakang. Kelibat suami tercinta menjengah pandangannya. Segera dia bangun dan menghampiri Isyraf.
"Hubby dah balik ? Sorry, saya tak dengar. Saya tidurkan Darian tadi," Aisha menyalam dan mengucup tangan suaminya.
"Takpe, sayang," Isyraf pula melabuhkan ciuman pada dahi si isteri.
"Sayang," panggil Isyraf.
Dia suka panggil isterinya banyak kali walaupun Aisha sedang memandangnya. Entah lah, dia cuma suka. Tiba-tiba rasa nak manja-manja.
"Ye saya ?" Aisha menyahut sambil tangannya dibawa melingkar ke leher suami.
"Tadi Damien dengan Danny ajak pergi cinema. I'm not sure yet, tapi hubby cakap dengan diorang okay. Sayang okay, ke ? Hubby takut sayang tak sempat kemas baju," lilitan tangan Isyraf di pinggang Aisha diketatkan.
Aisha memandang suaminya kemudian tersenyum.
"Saya okay jer. Baju saya dah siap kemas. Takde apa saya nak bawa lagi," tangan ditunjuk ke arah bagasi di sebelah meja solek.
"Anything else ? Ada nak beli apa-apa tak ?" soal Isyraf.
"A bit of snack ! Biscuit or chocolate," jawab Aisha tersengih.
Isyraf mencubit pipi tembam Aisha membuatkannya mengaduh.
"Makan jer tau, gemok kang," usik Isyraf.
Terus wajah Aisha bertukar muram. Ada ke laki aku kata aku gemok ?
"Eee, biar lah kita. Kita yang gemok," Aisha memuncung.
Tergelak Isyraf dibuatnya dengan telatah comel Aisha.
"Muncung-muncung ni nak kena kiss, ke ?" Isyraf mencubit bibir isterinya.
YOU ARE READING
Duda Pujaan Dara [C]
RomanceBook 07 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah un...