ꏳꀍꍏᖘ 1 - " Ryna Dah Lambat ! " 🌹

4.8K 177 3
                                    

"Aisha Malika Eryna, bangun cepat !" bergema jeritan Puan Zulaika di dalam bilik anak daranya.

'Ni mesti tertidur lepas Subuh' desis hati Puan Zulaika apabila melihat anaknya tidur di sejadah bersama telekung yang belum dibuka.

"Ye, ye, Mi. 5 minutes please," kata Aisha dengan mata yang masih tertutup.

"Bangun ! Takde 5 minutes nya. Kamu lupa ke hari ni kamu dah start kerja ?" Puan Zulaika menyelak langsir yang menutupi tingkap bilik tersebut.

Terbuntang luas mata Aisha setelah mendengar ucapan ibunya. Ya Allah, macam mana boleh lupa ?

"Umi ! Ryna dah lambat !" Aisha dengan cepat membuka telekung dan melipat sejadahnya.

Sejadah dan telekung disimpan rapi lalu tuala diambil dan dia berlari masuk ke bilik air.

Terpinga-pinga Puan Zulaika sebelum dia tergelak kecil. Tidur lagi lepas Subuh, kan dah lambat. Nasib ada 1 jam sebelum Aisha pergi berkerja.

Puan Zulaika keluar dari bilik anak sulungnya dan bergerak ke bilik anak-anak terunanya pula.

Yang nombor dua tu, kembar Aisha. Jadi, mereka berdua sama-sama tengah cuti sem. Budak tu ada kata, yang dia ambil part time di cafe.

Sementara nombor tiga dan empat, masing-masing masih bersekolah. Seorang di tingkatan 3 dan seorang lagi di darjah 4. Dekat sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah dengan rumah mereka. Sebelah-sebelah jer sekolahnya.

"Aish Arian, bangun !" kejut Puan Zulaika pada anak terunanya itu.

Namun hampa, sedikit pergerakan pun tiada.

Puan Zulaika mengeluh perlahan.

Dan tiba-tiba, katil Aish digoncang kuat.

"AISH ARIAN, BANGUN !"

"Arghhh, gempa bumi ! Kak, tolong !"

Terkejut Aish dibuatnya. Terus dia terbangun dan menyelubungkan dirinya di dalam selimut.

Pakk

"Aww, sakit," Aish mengusap kepalanya yang baru ditampar seseorang.

"Kamu ni kan, gempa bumi apanya ? Bangun ! Kamu dengan kakak kamu sama jer. Susah betul nak dikejut bangun. Bangun, sebelum Umi rendam kepala kamu dalam air," Puan Zulaika mengugut anaknya.

'Tabah lah siapa dapat mak mertua macam ni' -Aish

"Ye lah, Umi ku sayang. Nak bangun lah ni. Umi jangan lah ganas sangat, nanti takut calon menantu Umi," sempat Aish bergurau.

Puan Zulaika mencerlung tajam pada Aish.

"Calon menantu konon. Ada ke yang nak kat kamu tu ?" sindir Puan Zulaika sengaja.

Riak wajah Aish terus berubah. Wajahnya dibuat sedih.

"Sampai hati Umi cakap macam tu. Bukannya nak doakan Arian dapat jodoh," Aish mengelap air mata palsunya.

Puan Zulaika membuat roll eyes. Menyampah dengan 'drama king' ini.

"Dah, cepat bangun. Pergi mandi sana. Melayan kamu, sampai bila tak habis," Puan Zulaika terus keluar dari biliknya.

Dan Aish mengambil kesempatan untuk berbaring kembali di atas katil. Namun baru sahaja dia mahu memejamkan matanya,

"AISH ARIAN ! UMI RENDAM KEPALA KAMU DALAM AIR NANTI !"

•••

Terkocoh-kocoh Aisha berlari turun tangga menuju ke meja makan. Phone dikeluarkan dari beg tangannya.

"Kamu ni kenapa, Ryna ?" soal ayah Aisha, Encik Malik.

"Baba, Ryna dah lambat ! Aduh, ni semua sebab tertidur lepas Subuh tu lah," jawab Aisha lalu mengomel perlahan.

"Dah-dah, kamu rileks dulu. Lagi setengah jam nak pukul 8. Sini, makan dulu," ajak Puan Zulaika tenang.

Aisha menarik dan menghembus nafasnya perlahan. Dan dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Aish.

Setelah memakan sepinggan bihun goreng dan beberapa keping roti serta meminum coklat panas, Aisha terus ke dapur membasuh pinggan dan cawan.

Dia kembali ke meja makan dan mencapai satu keping roti lagi. Uishh, menyempat eh.

"Umi, Baba, Ryna pergi dulu," pamit Aisha.

Aisha menyalam tangan ibubapanya sebelum adik-adiknya dipandang.

"Kakak pergi dulu tau. Aran, Arin, belajar rajin-rajin. Aran ingat tahun ni PT3. Jangan ponteng pula," ujar Aisha sambil kedua adiknya menyalam tangannya lalu dahi adiknya dikucup sekilas.

"Baik, kak !" jawab Zulfahran dan Zulfahrin serentak.

Walaupun diorang bukan kembar, but still they're siblings. Sebab tu nama dia nak dekat sama.

Pakk

Aish mengusap bahunya yang baru ditepuk oleh Aisha. Berbisa weh tangan dia !

"Awak jangan lambat pergi kerja. Memang lah cafe tu member awak punya, tapi awak sebagai pekerja tunjuk lah contoh baik sikit. Dah, kita nak pergi kerja dulu," Aisha menghulurkan tangannya.

Aish dengan penuh keterpaksaan, menyalam tangan kakak kembarnya. Alah, beza 10 minit jer.

"Yelah princess, hati-hati bawa kereta," pesan Aish.

Walaupun dia nampak macam tak kisah, tapi dia memang caring dengan kakak dia. Dah seorang kakak jer dia ada.

"Hmm, Ryna pergi dulu. Assalamualaikum," Aisha memberi salam.

Mereka berlima memandang kelibat Aisha sehingga hilang dari pandangan.

Kemudian Encik Malik memandang dua anak terunanya yang harus bersekolah.

"Dah Aran, Arin, cepat makan. Nanti lambat kamu pergi sekolah," ujar Encik Malik.

Zulfahran dan Zulfahrin mengangguk. Selesai makan, mereka naik ke bilik untuk mengambil beg sekolah.

"Baba, jom," kata Zulfahran.

Encik Malik mengangguk kemudian bangun dari situ. Kepergian mereka bertiga dihantar melalui pandangan Puan Zulaika dan Aish.

"Dah Rian, tolong Umi kemas. Lepas tu baru siap pergi kerja. Kamu jangan nak membongak dengan Umi, kerja kamu start pukul 9," Puan Zulaika mengangkat pinggan ke dapur.

Aish mengeluh perlahan. Kenapa aku yang jadi mangsa ?

Tak sempat dia nak jawab apa-apa, Puan Zulaika dah cakap sampai habis.

☁️ 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐-

Duda Pujaan Dara [C]Where stories live. Discover now