3 tahun kemudian...
"Iffah, Wani, Ya nak main juga," tegur Alya lalu menghampiri kakak kembarnya.
Almira dan Alwani tersenyum kecil. Alwani tarik tangan Alya untuk menyertai mereka.
PANGG
PANGG
PANGG
Macam-macam bunyi keluar. Memang riuh betul kediaman Isyraf dibuatnya.
"Anak-anak Mama main apa tu, sayang ?" kelibat Aisha muncul di sebalik dapur.
Puas cari kembar bertiga tu, last-last kat dapur rupanya. Entah apa lah dimainkannya.
"Masak-masak !" jawab Almira gembira.
Aisha sudah hela nafas perlahan. Mereka memang banyak akal.
"Iffah, Wani, Ya, kenapa main senduk dengan periuk Mama tu ? Kan Mama dah beli mainan masak-masak awak," Aisha menghampiri kembar itu.
"Ala, ini lagi best Mama !" kata Alwani.
Istighfar panjang Aisha dibuatnya. Alahai anak, bertuah betul.
Clerkk
"Assalamualaikum !"
Serentak Almira, Alwani dan Alya berdiri lalu berlari muka pintu. Meninggalkan ibunya sendiri.
"Daddy !" teriak si kembar.
Isyraf peluk ketiga-tiganya anaknya dan mencium mereka.
"Mana Mama, sayang ?" soal Isyraf.
"Emm, dapur," Almira tunjukkan ke arah dapur.
Isyraf berjalan ke dapur diikuti kembar itu. Ikut lah bapaknya. Memang anak bapak !
"Sayang ?" tegur Aisha.
Aisha yang sedang mengemas memandang ke arah sang empunya suara. Dia menghampiri Isyraf lalu disalam dan dikucup tangan suaminya.
"Awal balik. Free ke petang ni ?" soal Aisha.
Isyraf mengangguk.
"Free lah. Kata nak pergi tengok Aran, kan ?"
Bersinar mata Aisha mendengarnya.
"Serious ? Boleh ?" Aisha menyoal teruja.
"Iya sayang, anything for my wife," dahi Aisha dicium sekilas.
Aisha senyum malu. Isyraf suka buat dia malu !
"Thank you ! Sayang hubby !" Aisha cium pipi Isyraf tanpa sedar.
Buatkan Aisha makin malu bila Isyraf dah pandang dia sambil senyum nakal.
"Comel ya dia,"
•••
Sampai sahaja di airport, kelibat Aish dan Zulfahrin menjengah pandangan. Masing-masing masih menanti kepulangan Zulfahran.
"Rian, Arin," tegur Aisha.
Aish dan Zulfahrin berpaling. Memandang keluarga kakaknya yang baru tiba.
"Pakngah !" teriak kembar dan berlari ke arah Aish.
Mereka memang manja dengan Aish. Apa-apa semua Aish. Tu kalau merajuk dengan Mama, Daddy dia, pakngah lah yang dicari.
"Comelnya gigirl pakngah ni," Aish peluk mereka erat.
Tersenyum Aisha melihat kemesraan mereka.
YOU ARE READING
Duda Pujaan Dara [C]
RomanceBook 07 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah un...