¬ Baby Tata

204 33 14
                                    

Taehyung's POV

2 : 42 am, Seoul

Rasa gelisah membuatkan Taehyung tak dapat tidur lena. Otaknya serabut tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan. Dia berjalan ke arah dapur lalu mengambil sebotol soju dan gelas untuk minum di halaman luar rumah.

Hampir separuh dia minum soju tetapi masih sama. Malam itu terasa seperti lama dan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Dia mengambil telefonnya dan memandang wallpaper gambar Jihyo di lockscreen.

"Sayang.. If you ada dekat sini, mesti you tahu apa yang kena buat kan.."

× × × × × × × × × × × × × × ×

Jihyo's POV

5 : 42 pm, United Kingdom

Jihyo bersiar-siar di laman rumah sambil menunggu Seo Jun balik dari meeting pembukaan syarikat guaman baru di UK. Perutnya yang dah makin membesar itu menunggu masa untuk meletup tak lama lagi.

Kereta bmw hitam milik Seo Jun masuk parking di garaj rumah. Senyum sampai ke telinga Seo Jun bila melihat Jihyo yang comel itu memandangnya keluar kereta.

"Hello ibu penguin. Buat apa dekat luar ni? Tunggu aku ke?"

"Erkk bila masa pula aku tunggu kau. Aku saja duduk luar ni nak hilangkan rasa krem perut"

"Perut kau krem? Dah sapu minyak apa-apa ke? Ha tu la aku dah pesan jangan makan buah masam tu semalam tapi kau degil"

"Bising la kau ni, tak membantu langsung. Bukan sebab buah tu la. Aku memang krem dari semalam lagi, macam ada yang tak kena"

"Jom la pergi hospital. Lagipun due kau bersalin pun dah lepaskan? Better kau pergi jelah buat check up lagi"

"Kau cakap senang la.."

Tiba-tiba rasa krem tu makin kuat buatkan Jihyo terus berpaut di badan Seo Jun di sebelahnya.

"S-Sakitt arrghh"

"Kau okay tak ni? kau jangan main-main Jihyo"

"B-betull!! s-sakit arghhh" Jihyo mencengkam lengan Seo Jun dengan kuat.

Air ketuban Jihyo mengalir di celah kakinya. Lagi kuat tangan Jihyo mencengkam lengan Seo Jun bila rasa krem makin kuat itu berlaku.

"Kita pergi hospital sekarang" Seo Jun terus mendukung Jihyo masuk ke kereta dengan segera.

× × × × × × × × × × × × × × ×

Di hospital

"Encik ni suami Puan Jihyo ke?"

"Ya saya. Kenapa?"

"Encik nak temankan Puan Jihyo dalam labour room?"

Seo Jun mengangguk lalu mengekori doktor tersebut masuk ke dalam labour room. Dia diberi suits PPE untuk dipakai. Sebaik sahaja dia melangkah kaki masuk, dia melihat Jihyo sedang menangis menahan kontraksi.

" Jihyoo.. " Seo Jun memegang tangan Jihyo erat.

" Doktor! Pembukaan bahagian bawah dah sempurna" Kata seorang nurse sambil memanggil doktor incharge

"Okay, kita boleh mulakan sekarang. Puan, kalau saya cakap push, puan teran je. Jangan gopoh atau menjerit. Okay?"

Jihyo mengangguk. Proses melahirkan pun bermula. Seo Jun memegang tangan Jihyo dengan erat untuk berikan semangat buat Jihyo.

" 1...2...3.. Push!!! "

" Arghhhhh!!! "

Lebih dari 6 kali Jihyo meneran membuatkan dia rasa letih dan tidak bermaya lagi. Seo Jun yang ada di sebelah tak henti memberikan semangat buat Jihyo.

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now