¬ Our Bracelets

168 26 7
                                    

Seo Jun, Taehyung dan pasukan polis tiba di lokasi terakhir telefon yang menghubungi Seo Jun malam tadi iaitu rumah banglo besar yang telah ditinggalkan oleh Jimin 1 jam yang lepas.

"Periksa sekeliling rumah. Cari bukti" Arah salah seorang polis kepada ahli yang lain.

Taehyung dan Seo Jun turut bantu mencari bukti. Tiba-tiba Taehyung terjumpa kesan darah di lantai halamam rumah tersebut. Kesan darah yang masih baru.

"Seo Jun, kau tengok ni"

"Darah ni nampak macam baru. Aku rasa.."

"Tuan ! Kami jumpa mayat dekat belakang rumah ni !"

"Mayat??!" Mereka berdua terkejut bila dengar salah seorang polis menjumpai mayat di belakang rumah ini. Bertambah kejutan bila mayat tersebut seperti baru dibunuh.

"Tak.. Tak mungkin itu Jihyo" Seo Jun cuba sedapkan hatinya sebelum berlari ke belakang rumah.

× × × × × × × × × × × × × × ×

Jihyo dibaringkan di atas katil dalam sebuah bilik di rumah yang lain. Dia masih belum sedarkan diri selepas kepalanya dipukul dengan kayu oleh Jimin.

"tak ada apa-apa terjadi right ? Dia okay kan?"

"Dia cuma terhantuk kuat yang biasa. Tiada apa terjadi. Luka dekat muka dan kepala dia pun saya dah bersih. Oh, ini ubat yang encik minta"

"Tapi kenapa dia masih tak sedar lagi?"

"Saya bagi dia ubat tahan sakit. Buat masa sekarang bagi dia rehat dulu. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu ya Encik"

Jimin mengangguk tanda faham. Sebaik sahaja doktor itu keluar, Jimin terus berjalan mendekati Jihyo yang terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri.

"Maafkan aku. Aku tak sengaja pukul kau. Mesti kau sakit kan? Aku minta maaf.."

Dahi Jihyo dicium. Sebelah tangannya memegang erat tangan Jihyo manakala sebelah lagi mengusap perut Jihyo yang leper dan tiada apa-apa itu.

"Maafkan papa ye sayang. Papa tak sengaja buat mama. Papa janji, papa akan jaga mama dan anak papa baik-baik lepasni"

Belum apa-apa lagi Jimin dah mula berangan. Dia senyum miring. Dalam hatinya rasa tak sabar menanti Jihyo mengandungkan anaknya nanti.

"Tak lama lagi sayang..."

Jimin gelak seorang diri seperti orang gila. Dia terus berjalan keluar dari bilik dan meninggalkan Jihyo seorang diri.

× × × × × × × × × × × × × × ×

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


× × × × × × × × × × × × × × ×

"Pemilik nombor telefon yang mesej Encik Seo Jun tu ialah mayat orang tua lelaki yang dijumpai belakang rumah banglo tu"

Taehyung berjalan masuk ke dalam bilik rumah tersebut, matanya memerhati kawasan sekeliling yang bersepah seperti baru lepas dirompak.

"Taehyunggg !!"

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now