¬ Survived Alone

172 36 18
                                    

Jihyo kembali bekerja selepas bercuti 3 hari. Walaupun dia cuba menutup wajah sedihnya dan mata sembam kerana menangis itu dengan makeup, masih ramai staff tertanya-tanya keadaan Jihyo pada pagi itu.

"Cik Jihyo?Cik okay ke? Cik tak sihat ye?"

"Nae, saya okay je. Nanti kalau nampak encik Seo Jun, minta dia masuk bilik saya kejap. Boleh?" lembut saja suara Jihyo, dia antara majikan yang paling baik di firma guaman itu.

"Boleh cik. Cik Jihyo kalau perlukan apa-apa terus bagitahu saya ya"

Jihyo senyum lalu masuk ke biliknya. Dia menahan sakit kepala yang menyerang kerana tak cukup tidur malam tadi. Kepalanya diletakkan atas meja, berharap dapat tidur untuk 15 minit pun okay.

"Song Jihyo..."

Suara lembut encik Song menegur anak perempuannya yang datang bekerja di hari cuti dia itu.

"Appa.. Jemput la duduk" Jihyo membetulkan rambutnya, senyuman manis diberi kepada Encik Song.

"Jihyo bukan minta cuti seminggu ke? Cepat nya balik Jeju dengan Tae"

"Taehyung ada kerja sikit appa. Last minit projek yang kena siapkan."

"Ohh ye ke. Kesian anak appa ni. Takpe,  kalau Taehyung dah free dan Jihyo nak pergi bercuti dengan dia, pergi je lah. Jangan risau lah kerja dekat sini"

Jihyo senyum. Dia terpaksa menipu untuk menjaga nama baik Taehyung.

"Baik appa. Terima kasih. Ada apa-apa lagi ke appa?"

"Hm, hujung minggu ni kamu free?"

"Free tu tak sure la appa tapi kenapa? Ada kerja ke?"

"Anniy. Bukan kerja tapi event. Appa harap Jihyo boleh datang la event tu. Appa dah tak larat nak pergi event orang muda ni. Kamu gantikan boleh?"

Jihyo tergelak mendengar ayat Encik Song 'Tak larat nak pergi event orang muda' sedangkan encik song baru nak masuk 50an. Tak ada la tua mana.

" Boleh appa. Demi appa, semua boleh. "

" Good to hear that. Jadi, appa balik dulu lah. Harini appa masuk half day je. Kalau ada apa-apa,  Jihyo uruskan ya"

"Baik appa. Annyeongg"

Encik Song keluar dari bilik Jihyo . Mata Jihyo terpandang gambar perkahwinan dia dan Taehyung di hujung meja kerjanya.

Rasa rindu yang amat dekat Taehyung. Namun lepas balik hospital, Taehyung langsung tidak balas chat apatah lagi untuk call.

"Saya rindu awak Tae.. Kenapa awak langsung tak tanya tentang saya. Saya ni cuma ada waktu awak bosan ke?"

Jihyo terus mengambil bingkai gambar tersebut lalu menyimpan di dalam laci. Sedih dia bila teringat tentang kejadian di hospital.

"Song Jihyo.. Hati kau tengah baik-baik ke tu?" Jihyo bermonolog sendirian.

× × × × × × × × × × × × × ×

"Hati-hati chagi"

Taehyung membantu Melissa masuk ke bilik mereka. Dia dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi. Sementara masih ada baki cuti, dia ingin jaga Melissa yang baru lepas keguguran.

"Thank You Tae"

"Welcome. Btw.."

"Btw what?"

Taehyung memegang tangan Melissa.

"Chagi.. I nak minta maaf sebab lalai jaga you. I'm so sorry, Chagi. I taktahu yang you pregnant. Mianhae.."

Melissa memandang Taehyung. Dia cintakan Taehyung dari zaman kolej lagi. Ketika itu, Taehyung sedang mabuk bercinta dengan Jihyo. Sikit pun Taehyung tidak pandang Melissa.

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now