¬ Back To Seoul

172 33 11
                                    

Jihyo terjaga selepas dengar Jaeyun menangis di tengah malam. Dia terus bangun dari katil yang baru sahaja dia baring tak sampai 5 minit itu.

"Kenapa Jihyo? Jaeyun meragam lagi ke malam ni?"

"Hmm haah, dia tak selesa perut tu. Tadi bagi susu dah tapi dia tak minum pun"

"Kalau macam tu, sini la biar aku jaga. Kau rehat la. Kau macam tak larat sangat dah tu dari pagi jaga Jaeyun"

"Tak payah la. Aku boleh jaga dia. Lagipun esok kau ada client kan? Kau pergi je ti.."

Tak sempat Jihyo habiskan ayatnya, Seo Jun terlebih dahulu mengangkat baby Jaeyun yang menangis dalam baby coat untuk dibawa masuk ke biliknya.

"Lepas kau pump susu untuk Jaeyun nanti, kau tinggal je tepi meja tu. Biar aku packing & masuk  dalam freezer nanti. Dah tidur, jangan banyak cakap"

Seo Jun keluar meninggalkan Jihyo dengan membawa Jaeyun sekali. Jihyo hanya tersenyum, dia rasa dihargai dengan cara Seo Jun menjaganya.

Beberapa jam kemudian, Jihyo datang ke bilik Seo Jun untuk melihat anaknya. Diam tiada bunyi. Perlahan-lahan dia masuk dan melihat mereka.

"Amboi berdengkur ye budak kecik ni bila dapat tidur dengan papa dia"

Suara dengkuran halus Jaeyun tidur di sebelah Seo Jun yang terlena dan tak sedar ketika Jihyo masuk itu membuatkan dia tergelak lalu menarik selimut menutup badan Seo Jun.

"Thank you Seo Jun. Kau memang sepupu aku yang terbaik" Dia mencium pipi Seo Jun lalu beredar keluar.

× × × × × × × × × × × × × × ×

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

× × × × × × × × × × × × × × ×

5 tahun kemudian...

"Ibuuu,  Jake dan papa dah balik!!"

Suara budak kecil dari luar menjerit memanggil ibunya di dalam rumah. Jihyo terus membuka pintu rumah dan menyambut kepulangan mereka dari taman mainan.

"Wahh anak ibu dah balik la. Sini sayang ibu"

Pipi Jihyo dicium.

"Eyy masham la anak ibu ni. Harini pergi mana je?"

"Pergi main dekat taman mainan. Papa belanja aiskrim harini"

"Wahhh belanja aiskrim?? Ibu punya takde ke?"

"Hmm tanya papa" Jaeyun tunjuk Seo jun yang baru menghampiri mereka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now