¬ And I Am?

238 40 32
                                    

Keesokan harinya, Jihyo membawa Jaeyun keluar jalan - jalan di sekitar sungai Han. Seronok Jaeyun dapat bebas berlari di sekitar itu.

"Hati-hati sayang. Jatuh nanti"

"Ibu, Jaeyun nak main dekat taman mainan tu boleh?"

"Boleh. Ibu tunggu sini okay. Jangan main jauh-jauh"

"Okay ibu!!!"

Jaeyun berlari ke taman tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaeyun berlari ke taman tersebut. Jihyo memantau dari jauh anaknya dan tiba-tiba panggilan telefon dari Seo Jun masuk.

"Hellooo, buat apa tu? Mana Jaeyun?"

"Teman Jaeyun main. Ingatkan dah lupakan aku, lambat betul kau nak call balik"

"Alaa sorry la. Aku busy sikit la. Haa ape yang kau nak cerita tu?"

"Yelah tu, entah-entah cari minah salleh baru dekat sana"

"Huish kau ni. Mana ada. Taste aku tak main la minah salleh. Baik aku suka kau"

"Erkkk.."

"Cerita la cepat apa dia yang kau nak cerita tu?"

"Aku jumpa Tae semalam. Dia kawan anak uncle Min"

"Woahh, seriously? Ha-habistu apa jadi?"

Baru sahaja Jihyo nak sambung cerita, dia terpandang Jaeyun yang menangis lalu dia terus mematikan panggilan dan berlari kearah Jaeyun.

"Jaeyun.."

Tak sempat Jihyo datang membantu Jaeyun, datang seorang lelaki berpakaian sukan terlebih dahulu tiba dan membantu Jaeyun berdiri.

"Sini uncle tengokkan kaki awak. Are you okay dear?"

"Huarghh s-sakit " Jaeyun menangis bila melihat lututnya berdarah.

"Sayang, sini ibu tengokkan" Jihyo memeluk Jaeyun untuk menenangkan anaknya dari berhenti menangis.

"Saya ada first aid kit. Tunggu kejap saya pergi ambil" Taehyung terus berlari ke keretanya untuk ambil first aid kit. Dialah lelaki yang membantu Jaeyun berdiri tadi

Jihyo hanya diam dan memandang Taehyung berlari ke keretanya. Semakin dia nak elak, semakin kerap mereka bertemu.

"Ibu.. Sakit.." Jaeyun mengadu sakit.

"Kejap, uncle tu ambilkan ubat. Sini ibu dukung Jaeyun pergi tepi tu"

Jaeyun masih menangis. Penat Jihyo pujuk, bahkan lagi kuat dia menangis. Tak lama kemudian, Taehyung datang bersama first aid kit lalu menghampiri Jihyo dan Jaeyun

"Jangan la menangis. Jake kan lelaki. Lelaki mana boleh menangis" Taehyung mengelap air mata dan beri sebatang lolipop kepada Jaeyun.

Jihyo di sebelah hanya memandang Taehyung cuci luka di lutut Jaeyun. Plaster di tampal perlahan-lahan agar Jaeyun tak rasa sakit.

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now