¬ Next Plan

177 29 13
                                    

Jihyo siap dengan memakai baju kemeja putih dan coat hitam untuk hadiri sidang mahkamah perbicaraan Yoongi. Selesai sahaja sidang tersebut, dia akan kembali pulang ke United Kingdom semula.

"Jaeyun, apa bising-bising tu?"

Dia terdengar suara Jaeyun bising di bawah seperti ada orang yang datang. Tergesa dia keluar dari bilik untuk lihat apa yang jadi.

"Jaeyun. Kenapa tu?"

"Jaeyun.."

"Hi Jihyo"

Wajah Jihyo bertukar teruja bila melihat Seo Jun di depan pintu rumah sambil mendukung Jaeyun.

"Seo Jun !!! Kenapa tak bagitahu kau datang sini?"

"Ibu.. Kan Jaeyun dah bagitahu yang papa nak datang. Ibu tak percaya"

"Ibu tak percaya papa nak datang?? Ish ish ish" Seo Jun dan Jaeyun bila dah bersatu memang Jihyo la jadi bahan mengusik.

"Yelah, ibu salah"

Jihyo gelak melihat telatah dua beranak itu.

"Kau kena pergi perbicaraan pukul berapa? Nak aku hantar?"

"Kau kena pergi perbicaraan pukul berapa? Nak aku hantar?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Takpe, aku boleh pergi sendiri. Kau rehat la dulu. Nanti Jaeyun ada P.A aku datang jagakan dia. Jangan risau"

"Jauh-jauh aku datang sebab rindu Jaeyun, memang tak lah aku nak habiskan masa dengan tidur. Takpe, cakap dekat P.A kau tu.. Aku jaga Jaeyun harini. Suruh dia teman kau pergi mahkamah"

"Betul ni tak menyusahkan?"

"Jihyo.. Aku yang jaga Jaeyun ni dari dia keluar perut kau sampai dah besar tau. Takat jaga budak baik ni, ape lah sangat"

"Okay lah sayang. Jangan nak ajar anak aku bukan-bukan eh. Kalau aku tahu, siap kau

" Hah? Sayang? Apa? Ulang balik"

Sengaja Seo Jun kacau Jihyo yang panggil dia sayang tadi.

"Eishh kau ni. Dah lah bye. Jaeyun, duduk baik-baik okay. Kalau papa buli, bagitahu ibu"

"Okay ibu. Bye-bye!!"

Jihyo senyum. Kereta dipandu ke mahkamah untuk sidang pagi perbicaraan. Rata-rata peguam baru di situ memberi tunduk hormat kepada Jihyo.

"Itu bukan ke ketua lawyer dekat UK tu? Kenapa dia dekat sini?"

"Woah macam mana dia boleh dekat sini?? Habis lah memang kes menang la dekat pihak plaintif nanti. Dia punya perbicaraan tak pernah tak menang"

"Erkk apa nama dia? Nak search kat Google"

"Aryana Nicholes tak salah aku. Cuba check. Tak salah aku dia ni orang sini tapi pindah UK"

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now