The Final

249 27 12
                                    

Seminggu berlalu, Jihyo masih belum sedar dan terlantar di hospital dengan alat bantuan pernafasan. Taehyung memandang dari tingkap kaca di luar ward Jihyo.

" Taehyung, doktor cakap apa tentang Jihyo? "

" Masih sama mama tapi dia dah makin pulih. Harap dia sedar dalam masa terdekat, Jaeyun dah mula tanya tentang ibu dia "

Mrs. Kim mengangguk. Wanita tua yang kejam dahulu itu telah berubah. Sepanjang Jihyo berada di hospital , dia lah yang menjaga Jaeyun.

" Kamu kalau nak bergilir dengan mama jaga Jihyo, bagitahu lah. Mama boleh jaga dia "

" Its okay, ma. Tae boleh jaga Jihyo. Mama jaga Jaeyun buat masa sekarang ni boleh? Tae tak sampai hati nak bagitahu Jaeyun tentang Seo Jun lagi "

" Kalau macam tu, baik lah "

Taehyung senyum palsu .

" Ada benda yang Tae nak cerita dekat mama ke ? Mama sentiasa ada untuk dengar "

Mrs. Kim menepuk perlahan belakang badan anaknya. Sebaik sahaja Mrs Kim menyoal soalan tersebut, Taehyung terus memeluk Mrs. Kim dengan erat.

" Tae.. Tae takut mama. Apa Tae nak cakap tentang... Seo Jun dekat Jihyo kalau dia sedar nanti. Sepatutnya Tae yang ada dekat tempat Seo Jun waktu tu , kalau tak semua ni takkan terjadi "

" Benda dah terjadi, Taehyung. Kita tak dapat nak putar lagi masa "

" Tapi mama .. "

" Kalau boleh diputarkan masa, mama takkan khianati kebaikan Jihyo dulu. Mama akan sayang dia sama macam mama sayang kamu. Mama banyak salah dekat Jihyo, Tae .. "

Mrs. Kim memandang Jihyo yang ada dalam ward itu.

" Mama janji, mama akan betulkan balik keadaan. Mama yang buat, jadi biar mama yang kembalikan semula kamu berdua. Maaf sebab mama bukan ibu yang baik untuk kamu Tae "

Air mata yang mengalir di pipi Mrs. Kim di lap . Dia senyum dan mencium pipi Mrs. Kim.

" Mama , jangan cakap macam tu lagi. Mama dah berubah sekarang ni pun dah buat Tae bersyukur sangat. Tae sayang mama "

" Mama pun sayang Tae " Dahi anaknya dicium.

Jihyo's POV

" Jihyo, kau kuat kan? Kau boleh jaga diri kau bila aku tak ada nantikan ? "

" Jihyo, kau kuat kan? Kau boleh jaga diri kau bila aku tak ada nantikan ? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Naee.. Kau nak pergi mana Seo Jun . Jangan tinggalkan aku "

" Aku tak boleh ada selalu untuk kau. Kau kena teruskan hidup kau. Taehyung dan Jaeyun tunggu kau. Balik lah "

" Seo Jun . Kau nak tinggal aku ke ? "

Seo Jun menggeleng kepalanya lalu meletakkan tangan dia di dada Jihyo.

[©] HALF SOUL | K T H Where stories live. Discover now